Friday, January 3, 2014

Sebenarnya Miss president yang sekarang ni ada gelaran baru Miss Tiang di sarankan buat blog dengan nama blognya TiangSeri. Konon konon ini lah mukadimah blog tiang seri tu nanti. Hamba harap semua seronok membaca blog TiangSeri yang belum wujud lagi ni.


Start- http://TiangSeri.blogspot.com

Salam pengenalan semua pembaca budiman, Miss Tiang dah lama teringin nak ada blog sendiri tapi baru ni tercapai hajat. Itu pun selepas dapat nama blog meletops atas buah fikiran rakan rakan dari geng ronggeng, maka terhasillah blog TiangSeri ni. Mula mula sekali kita tepek gambar tuan tanah dulu. Meletops uols, tak caya jom tengok. 


Cun tak cun tak? kalau saper kata tak cun Miss tiang haramkan orang tu dari baca blog ni. G berambus je jauh okays. Tapi kalau tak malu nak baca jugak blog ni, miss tiang cuma boleh cakap..ADA AKU KESAH!!!
 

Ni cak citer...dulu Miss tiang selalu berangan jadi nakhoda memimpin apa apa yang vogue, besar dan membanggakan. Tak sangka impian menjadi kenyataan, Miss tiang dapat jadi nakhoda club ronggeng. Meletops uols. Club ni happening sangat. Semua ahli club ni sayang kat Miss Tiang. Kita pun sayang kat they olls, kalau nak tahu lebih lanjut pasal club ronggeng, boleh la uols baca blog rasmi club ronggeng...dot dot dot...sila cari sendiri okays...sebab kalau tepek kat sini takut blog tu lagi glamer dari blog tiangseri ni. NO NO NO. 

OK..kenapa ekk nama blog ni tiang seri??? Semuanya sebab Gambar ni.


Hebat tak uols Miss Tiang peluk tiang? Korang pun mesti lepas ni teringin nak posing peluk tiang jugak. Elehhh jangan tipu la, Miss tiang tahu semua suka posing posing kat tiang.
 

Kita kasi close up dulu baru la cun kan uols.



Kelassss meletopsss tahap cik bedah kan, betol tak uols?.  Jom kita tengok sape lagi suka gambar posing posing kat tiang. Jom jom







Sekarang uols caya tak Miss tiang cakap pasal tiang tiang ni? kan ada bukti saheh ni. yang part pakai selipar posing posing tu pun ikut style miss tiang la tu. cer tengok kat gambar nakhoda tadi. Ayu je miss tiang pakai selipar kan. see semua ikut posing pakai selipar. Miss tiang posing kat tiang, sumer ikut posing kat tiang. Tak sia sia Miss tiang jadi president. Semua anak buah ikut je apa Miss Tiang buat. Hebat tak? Hebat tak?
 

Okays, Miss Tiang nak cerita jugak kat uols blog tiangseri ni kalau postings seterusnya nanti akan banyak berkisar cerita tiang. Selain tu cerita Kicap dan Mandi. Kenapa ekk? Tak kan la Miss tiang nak cerita semua kat episod pengenalankan, uols rajin rajin la check it out kat posting seterusnya kan. Banyak info menarik uols.

Kicap apa uols tanya? ni ha, gambar botol kicap



kalau bab bab mandi pulak? ala uols mandi pool tuuu cam ni ha

 


Meriah uols kalau mandi pool.
 

Kita close up sikit.



Ehhh...apsal close up tinggal ni aje? Biar la rahsia, kena la uols terus membaca blog tiang seri ni uols, tak baca rugi wa cakap luuuu.

Kalau tak mandi pool mandi kat tasik dayang bunting pun boleh jeee...kan?



see...see...I told ya....kan best mandi manda kat tasik uols.
 

Adoi, penatnya nak menaip, tapi demi pembaca sekalian. Miss Tiang gagahkan diri jua mencoret kat blog tiang seri ni.
 

Akhir kata...selamat membaca, Miss Tiang pasti uols semua mesti terhibur.

Sekian.
 

-Penulis Sementara-
 

Wednesday, May 15, 2013

Kesian Kesian Apo nak di Kato

Ayoyo...sedihnya tengok blog yang dah berkulat ni. Kesian di abandon kan sekian lama. Selain daripada penulis malas tahap dewa...club ronggeng pun jarang sekali ada activities. Semua kesibukan katanya.
Mak Yang dan Ado baru baru ni dapat rezeki tukar kerja ke company baru. Same company dengan Lin. So dapat la berkumpul balik geng geng lama. Walaupun tak lengkap macam kat HLA dulu tapi kira ok la kan.
Sempena dapat tukar tempat kerja, Mak Yang dan Ado berbesar hati sponsor makan makan untuk club ronggeng. Acara di buat kat Sentul dan chefnya ialah Siti. Fenfid tetamu yang pertama sampai. Datang awal sebab lepas makan makan ni nak balik PD.
Aan sampai aje posing posing dulu untuk kesekian kalinya.
Posing dengan food pulak. Macam macam ada.
Zara paling kecik dalam group ni. Dia pun sibuk berposing jugak.
Layannn.
Asal nak snap photo aje semua berkumpul menempel. Masa ni Zamreen tak sampai lagi. Stuck in the jammed kata nya.
The kids layan movie kat TV baru.
Mama Reen sponsor cake untuk birthday girl. Celebrate lewat seminggu.
Love Bird. Masa ni orang lain semua dah kekenyangan. Tapi ada 2 families lagi tak sampai lagi. Nuarlin dan Mala semua stuck in the jammed jugak. Tak tahu la apa sebab semua jalan jammed. Jom layan gambar makanan. Semua ni Chef Siti yang masak.
Chow Kit mari.

Sambal Ikan Bilis kentang goreng kering
Daging dendeng. Sedap. Fenfid siap tapau bawak balik PD. Makan dengan lemang...satanem.
Ketam masak lemak.
Sambal belacan mangga.
Ulam ulaman.
Gulai tempoyak dan udang.
Sayur goreng jawa style
Ayam goreng berempah
Longan makan dengan ais.

Sambal sardin
Banana cholate cake sponsored by Zamreen
Besday girl yang happy dapat cake. Sweet 17 katanya.
Layan...nak dekat 10 keping posing macam ni aje dengan cake.
lagi dan lagi
ha ha ha....GGG
Sambal tempoyak lagi.

Konon konon la kan...padahal dah masak tunggu nak hidang aje.


Kan dah kata...posing dengan cake aje entah berapa keping. Happy Birthday Mak Yang...president club ronggeng. Semua happy happy selalu...panjang umur dan murah rezeki untuk buat makan makan lagi macam ni.

Monday, September 3, 2012

Rumah Terbuka Aan - Pecah Record.

Pecah record la tahun ni sebab Asmahan jadi the first dalam group ronggeng buat Open House. Open House tu was on Merdeka Day. Masa ni memasing kekenyangan....sebab food banyak varities and sedap sedap. Puas makan sedap. Semoga murah Rezeki Aan...boleh buat grand grand punya open house next year.

The boys semua pakat lepak dalam bilik sebab nak kan aircond. Biler dah boring baru lepak lepak posing beramai ramai.

Geng Ronggeng yang lain belum ada tarikh khusus untuk open house sebab memasing ada hal tersendiri.

Thursday, August 30, 2012

London oh London


Tajuk - Sehari di Kota London




Pada hujung tahun 2010…bertarikh 31 December, Mak Yang dengan jayanya menjejakkan kaki besar lagi katiknya ke Kota Londonkota pelancong yang tersohor di dunia. Makanya…di coretkan di sini beberapa tempat menarik yang telah di cop mohorkan oleh Mak Yang...kiranya dapat jejak tapak kaki dia tu la…jom kiter layan


The popular BIG BEN

Sejak dari KL lagi Mak Yang memasang impian untuk melihat sendiri Jam Big Ben yang menjadi kemegahan warga kota London. Sebenarnya semasa di sini…Mak Yang tak puas hati melihat jam itu dari luar pagar…makanya Mak Yang berusaha untuk memanjat pagar tu…tapi kelibat pelik Mak Yang disedari olah para guard…makanya usaha Mak Yang mendekati Big Ben..terbantut…hanya sekadar di pinggiran pagar sahaja. Apo nak di kato…kaki berat lambat sangat langkah pagar. Tersangkut kat selipar jepun yang Mak Yang pakai…Lariiiiiiiiiiiii

Kenapa Mak Yang pakai selipar jepun? Tungguuuu.
 Church – Wedding William and Kate.

Mak Yang memang peminat no 1 William…walaupun rambut William ala ala tinggal sipi sipi aje…Mak Yang tak pernah berganjak…tetap meminati putera itu. Selain meminati Mawi dan Mr Bean...Mak Yang peminat no 1 William. Biler mendapat tahu saja wedding Putera William akan di adakan di sini…Mak Yang telah cop tempat dulu…kerusi paling depan mengadap tempat Pope berdiri…sayang sekali…Mak Yang tidak mendapat undangan untuk perkahwinan diraja tu...sbb kerusi kat church tu comel comel aje…makanya Mak Yang hanya melayan upacara itu di tv saje sambil menangis sedu sedan…aku dah cop dulu aku dah cop dulu…huaaaaaa. 
Trafalgar Square – tempat Mak Yang kena kissing dek Mat Salleh lepas detik 12 malam New Year Eve. Sambil cuba memanjat patung singa untuk berposing…jam big ben pun berdetik…masa tu Mat Salleh klon Mr Bean yang nampak kepayahan Mak Yang memanjat patung itu 
 ingin membantu Mak Yang…baru sebelah tangan je tercapai kaki singa tu…detik ke 12 Big Ben pun berhenti…terus lah klon Mr Bean itu mencium pipi gebu mulus Mak Yang sambil berkata…Happy New Year. Mak Yang terus pengsan terjelupuk...sampai tourist ingat ada patung singa kembar kat bawah patung asal tu. Lariiiiiiiiiiiiiiiiiii
 The Eye of London. Tiket yang Mak Yang beli telah di kembalikan semua wangnya. Mak Yang Cuma dapat bergambar dari bawah aje…tak di benarkan masuk…alasan…over weight yang di benarkan. Lariiiiiiiiiiiii
The Parliament

Mak Yang teringin sangat untuk berjumpa PM Britain sambil nak menghadiahkan jeruk petai satu balang… tapi PM Britain tak nak jumpa Mak Yang…makanya berposing dari luar aje.Jeruk petai tu Mak Yang sedekah kat kat ikan ikan dalam sungai tu. Esoknya timbul la ikan ikan tu...sakit perut nak ambik extra udara
 London Bridge – tempat Mak Yang dok nyanyi lagu all time favourite dia…London Bridge is falling down…falling down…keesokannya…satu dunia telah di kejutkan dengan berita Kota London di landa Hujan Batu…sambil kilat sabung menyabung…hanya Mak Yang yang tahu sebab musabab hujan batu tu melanda London. Iklim Britain tak pernah mengalami Hujan Batu...pelik betul la kan kan kan.
 Church-tempat princess Diana kawin dgn Charles.  Selain meminati Putera William, Princess Diana adalah ikon Mak Yang no 1…adalah wajib melawat tempat ni sebab memorial Princess Diana terletak di sebuah pulau dan tiada mengusaha bot yang sanggup menghantar Mak Yang ke pulau itu.
 Pintu Masuk Tower Bridge.

Mak Yang tidak berjaya mendapat kan tiket masuk ke tower bridge ni kerana Mak Yang terlupa menukar selipar jepun dia…protocol untuk masuk ke sini kena pakai boot. Boot Mak Yang basah kerana cuba mengharung air untuk ke memorial Diana di pulau semasa tak berjaya mendapatkan khidmat boat. Boot Basah pakai selipar jepun…padan muka…tak leh masuk ke Tower Bridge ni.
 Palace& museum. Mak Yang tak masuk pun kesini…sebab dia benci subject Sejarah. Museum museum ni bukan makanan Mak Yang…sebab Mak Yang Cuma minat kesusasteraan England saje. Ambik photo ni pun masa dok tukar boot ke selipar jepun sebelum ke Tower Bridge.
Tower Bridge – Mak Yang berposing dari jauh aje sambil meraung Nak Masuk Nak Masuk…Ironinya…pelancong Jepun yang berselipar jepun boleh pulak masuk ke Tower Bridge tu....Mak Yang yang berselipar jepun tak di benarkan masuk. Adakah kerana Mak Yang bukan orang jepun tapi pakai selipar jepun satu kesalahan? Actuallynya…itu hanya alasan…reason sebenar…guard di Big Ben dah roger roger kawan kawan dia yang guard tourist attraction berhati hati dengan Minah Melayu yang pakai selipar jepun….sebab takut Mak Yang nak panjat tower tu pulak…takut roboh.

Sekian la saje…cerita merepek rekaan…impian sejak 10 tahun lepas nak melawat London…tapi tak sampai sampai…abih tu camno…dok asyik pi Bandung, Jakarta, Bali, Kuching, PD…10 kali…Melaka 12 kali…abih camno????

Thursday, October 6, 2011

The Best Trip katanya

Waduuhhh, rasanya hamba sudah berkurun lama tidak bersiaran di blog ini, bak kata Daddy Fen HAUS. Rindu tidak terkira tapi apakan daya, Hamba kesibukan yang amat. Daddy Fen aja yang berkesempatan memeriahkan blog ini. Takpa takpa, biar sekali sekala hamba muncul yang mustahaknya merapu Tukang Karut terkesan di sanubari Geng Ronggeng khasnya.

Di Khabarkan Geng Ratu Posing dan CT K baru saja pulang dari bercuti dan bermesra di Korea. Yang maha hebatnya ada antara mereka yang dapat bermesra dengan pak cik tua di Korea. Peristiwa itu terkesan di benak sanubari CT K katanya.
Oleh kerana masing massing desperado tiada berteman sepanjang percutian, maka terpaksa lah bertemankan pokok pokok. Kalau tidak percayakan hamba, tanya pada Meet Uncle Hussin yang popular dengan lagunya Tanya Sama Pokok. Lariiii

Sungguh Indah pemandangan di Korea dan gambar ini cukup untuk membuktikannya. Hamba salute pada pemilik camera canggih ini. Kepada Mama Reen dan Ibu Lin, sila la gantikan camera cap ayam kamu berdua ya. Lari lagiiiiii.

Hamba pasti pembaca tertanya tanya mengapa tiada tourist lain di situ? Bagaimana geng ratu posing mampu berposing dengan tanpa gangguan maka terhasilnya photo yang cemerlang lagi terbilang ini? Di beritakan kekecohan geng ratu posing dan CT K bersama beberapa kawan mereka yang ikut di Nami Island itu, umpama pasar borong Selayang. Tourist dan warga Korea yang kagum lagi pening terus menjauhkan diri dari group mereka ini. Sebab tu lah mereka dapat berposing sakan sampai 3500 keping photo di snap untuk 4 hari percutian. Pengsann.

Sekali imbas macam puteri puteri Korea berhias. Dua kali jeling macam anak anak Smart Readers di bawah kelolaan mummy Fid berposing sebelum membuat persembahan di concert tahunan. Yang pastinya, jika begini lah anak anak didik mummy Fid beraksi, pasti mummy migrain 3 hari. Terutama sekali melihat Mak Ado yang baju sampai tersenget ribennya tu. Miss President yang terkejung tu sebenarnya menahan nafas. Itu baju paling ngam yang Miss President muat. Lariiii. Teruk lah hamba asyik kena lari aje. CT K dan Aan pandai kontrol ayu...tapi Aan tu senyum sebab lepas posing dapat makan.




Hamba sampai sekarang tak dapat nak figure out apa motip photo ni. Siapakah gerangan apek Korea ni? Yang passti jaket busuknya itu menjadi kenangan terindah kepada CT K.


Walaupun ada 3500 keping photo katanya, hamba cuma di bekalkan dengan 3 photo ini saje untuk tatapan readers sekalian. Sebab tukang upload photo melepek kat rumah demam dan batuk kerana cuaca di Korea yang hujan dan sangat sejuk. Miss President, Aan dan Mak Ado semuanya down with flue. Cuma CT K aje yang up, gara gara jacket busuk coklat itu.


Sekian, coretan merapu tukang karut untuk kali ini sehingga ketemu lagi.