Monday, January 11, 2010

Jalan jalan cari makan tertinggal luggage bags.

Last Saturday Ayah Zam, Abah Nuar dan Daddy Fen ke Melaka pi jalan jalan cari makan. Pi bujang je. Seronok bangat. Kah kah kah...fresh je kepala otak tak tension nak melayan kerenah budak budak...Apakah???
Mula mula sekali pi pekena cendol nyonya kat jonker street. Satanemmmm.
Ni cendol campur sago.

Abah nuar layan cendol sea coconut. Sangat sangat manis.


Posing depan Kedai dessert 88.

Dulu tak dapat nak ronda sangat sibuk dok kendong handbag. Kali ni lepas geram keluar masuk kedai. Sampai kena halau...kah kah kah.
Script tokey tu : Takde apa nak tengok sini...barang tak sesuai.
Mana taknya dia jual barangan buddha...sah sah tak sesuai...he he he.



Abah Nuar dengan Ayah Zam di paksa jadi model. ha ha ha.


Jauh meronda sampai ke Kota A famosa.


Lawak lawak.

Dok belek belek topi koboi...nyaris nak sambar.


Habis semua kedai kat sini kami keluar masuk. HEAVEN. Bukan beli sangat pun. Tapi the freedom membelek window shopping tu yang seronok bangat.


Sempat ronda ronda kat Bangunan Merah merah ni.


Lepas dah penas ronda kedai. Pi lepak tepi sungai.


Masa ni nak tunggu sampai perut lapar sebab ada Misssion.

Inilah missionnya. Asam Pedas power. Memang lepas geram memasing.


Mine.


3 orang makan...tapi penuh meja dengan pinggan kosong.

Satanemmmmm.
Tukang report aka mastermind...he he he.

Wednesday, January 6, 2010

Fanatik

Baru baru ni kan ada perlawanan bola antara Kelantan dan Negeri Sembilan. Sebagai peminat no 1 dan fantik fan kepada team negeri kelahiran. Mestilah Abah Nuar akan turun serta menggamatkan suasana di Stadium.

Datang sebagai penyokong Negeri Kelantan. Abah Nuar gigih lukis kat muka dia lambang bendera Negeri Kelantan.
Tapi tak sure la pulak apa significant Topi Koboi tu dengan Kelantan. Agaknya sebab tu la Kelantan kalah kot malam tu. Sebab ada orang pakai topi Koboi. Tapi tak kisah la sebab kalah pun kepada Negeri Sembilan. Negeri Sembilan memang main power malam tu or sebab orang Negeri Sembilan memang power power serba serbi? Tetiba je statement pun power sebab aku anak jati Negeri Sembilan...ha ha ha. Jang...oh Jang...hebat nko Jang yooo...cayokkkk.

Sunday, January 3, 2010

Happy Birthday Ibu Lin

This is the first ronggeng for 2010. Roger Roger jumpa kat Danau Kota.
Wajah wajah keringan biler tahu nak ronggeng. Kids la yang paling tak sabar sekali.

This time sume order Char Koay Teow except for Adam ordered nasi lemak. Aliff tak makan nasi lemak ke? Menu favourite dia tu. Apakah?


Gigih memasing makan udang. Berkilo.

Hafiy share Ayam Goreng dengan Adam. Puass hati dia dapat pegang sendiri tulang ayam tu.

Gambar beramai ramai sempena promosi free untuk Mali's corner. Char Koay Teow Terbaikkkk. Satanemmm.

Lepas dari Mali's Corner terus tuju ke Aneka Kopitiam pulak. Konon nak celebrate Birthday Ibu Lin kat sini.


Ketua Rombongan Cik Kiah.

Ahli rombongan Cik Kiah.

Pasangan Remaja.


Brithday Girl, Abah Nuar dan Afiq


Zamreen. Posing maut cari angle terbaik.

Memasing dah kenyang. Order Lempeng nyiuk je. Nak tunggu lempeng dari Keramat...haus haus.

Entertainer

Aqif malu malu kucing...la ni asyik tak nak ambik gambar. Takut sun burn ke?

Dari Aneka Kopitiam terus berarak ke Tasik Titiwangsa. Buat "surprise" besday untuk Ibu Lin kat sana. Lepas nyanyi tiup lilin simpan balik cake tu sebab memasing perut dah ketat kekenyangan.

Birthday Girl aka Pelakon Terbaik malam tu - Ibu Lin.

Sedap bangat cake ni. The kids sume dok berebut Straberry je. Cakenya tak nak.

The kids lepak main berlari...menjerit...suka hati la. Kalau kat kopitiam asyik lah kena marah kalau tak duduk diam.


Lepas dah lepak lepak borak borak...baru potong cake makan.

Ni Yang mahal ni. Romantik ...teringat zaman zaman bersanding dulu. Apakah?
Lepas ni Birthday Surprise sapa ekk?

Kes dera

Masa load gambar gambar birthday party Ej, Ada lak tersesat gambar ni. Entah kerja sapa la yang "dera" Hafiy posing dengan Tiara ni. Sampai patah Tiara tu. Kah kah kah.

Nanti Hafiy besar dia report kes dera ni.

Saturday, December 26, 2009

Mali's Corner - Danau Kota & Nasi Kandar Kedah

Mulanya ingat nak pi pekena Asam Pedas kat Kampung Pandan tapi cam jauh la pulak. Takut tak sempat nak fetch Ayah Fid lak nanti. Masa on the way ke Ampang ternampak restoran ni. Selalunya orang dok cakap Nasi Kandar Penang kan. Tapi yang ni nasi kandar Kedah. Belasah je la try rasa best ke tak. Restoran ni located along Jalan Ampang.

Daddy punya...kari kambing, telur ikan, ayam goreng cili dengan daging kicap sikit. Satanem. Rasa lebih kurang macam nasi kandar kat mydin USJ tu.

Mummy ambik ayam goreng madu. Tapi ayam dia kena cukai dek misha.

Mulanya Daddy suggest misha makan nasi dengan ayam madu tu tapi dia nak jugak order mi mamak. Pastu dia swap dengan mummy. Kerana kesedapan ayam madu tu, misha dah masukkan ke dalam Blueberry Danish kat Bakery Cafe Disneyland Hong Kong dan ayam goreng madu ni.
Malamnya, Nuarlin kidnap misha ke Jusco Keramau AU. Ada project khas katanya. Pastu masa daddy nak fetch misha, the kids sume sibuk mengadu lapar. Terus la daddy yang baik hati drive ke Danau Kota. Sampai sesat sebab tersilap simpang. Pastu kat satu roundabout kecik kat wangsa maju ada sorang budak cina dok berkeliaran jalan kat tengah tengah jalan raya dekat dengan roundabout tu. Ngeri je tengok.

Daddy pernah try makan kat Mali's Corner main branch kat Taman TAR...memang satanem. Masa ke Classic Kopitiam perasan ada branch baru kat Danau Kota. Tu yang daddy gigih drive ke Danau Kota bagi Nuarlin try kesedapan makanan kat sini. Lagi pun sebelum trip hari tu ada member dah racun with his sms masa dia tengah menikmati kesedapan nasi lemak kat sini.


Menu simple je tapi orang beratur ramai giler. Kat sini layan diri. Simple konsep tapi sangat sesuai.

Nasi Lemak Ayam Panas dan Char Kueh Teow...memang meletopssss.

Daddy dan Abah Nuar order Nasi Lemak dengan Ayam Goreng.

Yang lain lain ordered Char Kueh Teow Special.

Happy je Misha dapat ronggeng dengan kengkawan.


Aqif yang mulanya merajuk terus ok biler dapat food yang sedap.

Char Kueh Teow tu kena kawan dengan cili jeruk untuk menambah kesedapannya.


Gigih Abah Nuar kopek udang yang untuk Afiq. Tengok la memek muka Afiq yang layan sesedapan Char Kuew teownya.

Sedap ke? Tengok je la pinggan yang di sapu bersih.
Lepas dah selesai makan....script Abah Nuar. "Sedap makan kat sini. Kalau tak ramai orang beratur boleh beli satu lagi makan sepinggan lagi. "
APAKAH????

Wednesday, December 9, 2009

Sepetang di Semenyih

Ingatkan sume gambar-gambar ni dah di load dan posting dah di buat...rupanya masih berkulat belum di loadkan. Last Saturday Fendifid balik PD sebab ada wedding. Ayah Zam ada ajak dinner kat Chillies untuk celebrate Anniversary Zamreen sesama tapi tak dapek nak join sebab kesuntukan masa.

On the way balik PD plan singgah kat Semenyih sebab nak beli barang kat Mydin. Roger roger Mama Reen. Buat buat sebut Asam Pedas Melaka sume. Akhirnya...petang baru sampai Semenyih...tengaharinya fendifid makan ala kadar je time lunch sebab Zamreen dah usahakan Asam Pedas Melaka special dok menunggu kat Semenyih. Specially imported dari dapur Bonda.

Sampai je umah Zamreen...salam salam terus duduk kat meja mengadap makanan. Perut memang dah lapar sangat.


Ni la Asam Pedas Melaka special from dapur Bonda. Satanemmmmm. Bertambah tambah Mummy dengan Ayah Zam makan. Mama reen, cuit cuit je nasi...apakah??? Daddy fen je makan berhemah. Lariiiii.



Ayam goreng, Sotong goreng kunyit dan sayur campur tak import. Mama reen yang masak. Sekali sekali tunjuk bakat untuk kengkawan...meletops.

Penyedap. Ulaman daun tenggek burung, petai, daun selon dan telur asin. Sayang sekali Nuarlin tak dapat join memeriahkan luncheon sempena Anniversary Zamreen yang ke XX. Nanti Mama reen tulis kat comment apa angka untuk ganti XX tu. Daddy fen tak pasti la.
To Zamreen...congratulations...selamat berbahagia selalu dari pasangan remaja fendifid.
Lepas dah kenyang...Ej, Alif and Adam main basikal lak. Tapi tak lama sebab lepas tu fendifid kena rush balik PD. Janji nak jumpa kawan sekolah lama. Nanti bila ada kelapangan kita ronggeng lagi. Puas hati dapat makan Asam Pedas power. Terima Kasih daun keladi.


EJ kalau dapat main memang gelak manjang la. Biler nak suruh stop ajak balik...jenuh.

Sape la photographer ambik gambar belakang je ni. Bukan Daddy fen ye.


Aliff yang terkejut macam nampak "sesuatu"