Sunday, September 27, 2009

Sri Menanti - Pekan Di Raja Negeri Sembilan

Pada hari Raya yang ke 2. Fenfid dengan Zamreen beraya di Sri Menanti Negeri Sembilan ke rumah Zana, geng ratu posing. Masing masing tak pernah sampai ke sini. Kiranya sambil beraya diorang melancong la sekali.
Katanya, jalan kat Bukit Putus tu jammed sampai ke Kuala Pilah. Bagaimana la agaknya ye keadaan sehari sebelum raya hari tu. Mahu patah pinggang duduk lama lama dalam kereta meredah jammed. Ingatkan kat KL je jalan jammed.

Ratu posing berposing dengan prop motor kapchai.
Sebab both Fenfid dengan Zamreen tak tahu jalan ke rumah, Tu yang Zana kena jemput kat depan Istana Di Raja tu.

Alamak - Mama reen lari konti la.
Hamba tengok memasing slim slim je lepas berpuasa sebulan ni. Cabutttt.
Kat area rumah Zana ni sebab termasuk dalam diameter 3 km dari kawasan Istana Di Raja, kalau ada apa apa kenduri kahwin ke kena ikut adat serba sikit. Salah satunya rumah pengantin kena di pasangkan kain kuning keliling rumah. Ada lagi beberapa adat yang penduduk kat sini kena ikut esp kalau ada ahli keluarga yang bersangkut paut dengan hal ehwal istana.
Yang pasti Daddy Fen senyum fr ear to ear sebab kat rumah Zana ni terhidangnya rendang rembau yang power tu. Macam mana lah agaknya rasa Rendang Rembau tu kan? Resepi daddy fen dah buat postingkan...boleh la di cuba.
Selepas dari Sri Menanti, singgah ke Bukit Mahkota untuk beraya dengan Kak Zie, Abg Said sekeluarga. Cantik cantik rumah kat kawasan Bukit Mahkota ni.
Ini je stok gambar hari raya geng ronggeng yang hamba ada. Nanti kalau ada lagi boleh lah di update kat blog ni.

Wednesday, September 16, 2009

Geng Ronggeng - Shopping Raya

Semalam lepas kerja, Zamreen, Nuarlin dan Fendfid roger roger berbuka bersama pastu nak ronggeng raya kat Jalan TAR dengan SOGO. Yang lawak tu sume sampai lambat. Nak berbuka pun restoran sume dah fully booked. Kedai mamak yang nampak from outside cam banyak tempat kosong kisahnya dah full jugak. Sib baik ada orang yang buat reservation pastu cancel.
Ni mama lin baru je join makan ni. Orang dah habis makan dia dengan mama reen baru sampai. Dok shopping, kenyang je kan rasanya.
Misha dengan mummy dah kenyang. Melantak briyani rice dengan naan garlic. Tapi briyani dia so so je. Liz punya briyani lagi sedap. Meletops. Apa rahsianya yek kak long?

Ayah Zam dengan Abah Nuar dah kekenyangan jugak. Dok nak masuk gear 2 untuk continue shopping. Jenuh kuar masuk fitting room tapi takde size...Apakah???
Mama lin sibuk bersms sebab terlupa anak ada tusyen...kah kah kah. Ghairah bershopping sampai terlupa pasal tusyen. Lepas makan...Nuarlin continue shopping kat Jalan TAR. Mama reen dengan Mummy shopping tudung. Daddy, misha dengan ayah zam pi Sogo. Akhirnya ramai ramai tolong tutup Sogo tu.



Monday, September 7, 2009

Berbuka bersama Geng Ronggeng.

Last weekend geng ronggeng dapat jemputan dari Fenfid untuk berbuka puasa beramai ramai di Keramat. Dah lama geng ronggeng tak beronggeng sama ada bercuti ke ataupun lepak lepak makan sama sama. Masing masing sibuk dgn macam macam hal. Yang tak dapat turut serta kali ni ialah Mokre yang ada function berbuka dan Siti yang sekarang ni berperang menyiapkan order kueh muehnya. Tukangkarut doakan bisnesnya maju cemerlang...masyuk masyuk. Mudah mudahan.

Sementara nak tunggu waktu berbuka, semua geng lepak kat luar ambik angin petang. Anak anak sibuk bermain berkejaran.
Geng Ratu posing paling lambat sampai. Macam VIP lak hamba tengok biler yang lain dok tunggu kat luar.

Dania dan hafiy. Hafiy ambik gambar ni ada makna tersirat tau.


EJ sibuk main basikal dengan kengkawan.

Dania : Apa sal nko ni Hafiy? Dari tadi dok usha aku. Nko nak apa?
Hafiy : Takde apa la kak. Kak dania cantik la hari ni. he he he

2 jejaka macho. Hafiy dan Aqif

Yang 2 beradik ni, orang dok main kat luar diorang dok lepak tengok TV tak bergerak. Puasa la katakan. Takde tenaga nak main kat luar tu.

Geng ratu posing sampai je, memasing berposing dulu. Wajib tu.


Ha...ni la sebab Hafiy dok ngendeng Dania je dari tadi. Ada mee sebalik udang. Rupanya nak tackle adik Dania, delisha. Kan main nko ye Hafiy.

Tak puas posing kat luar, sambung lak dalam umah.

Tak cukup korum tapi nampak cam ramai je kan. Penuh gak gambar hambar perhatikan....Apakah? lariiiii

Abah Nuar yang memang peel very observant..dok buat lawatan YB dia kat bukit tepi Highway Duke tu. Apa lagi Abah Nuar...tolong lah mintakkan penghadang kalis bunyi tu. Boleh kurangkan bunyi bising untuk Fenfid dan jiran jiran.

EJ yang over excited. Daddy dgn mommy nko tak pernah bawak ke pi site visit kat situ? Pelik Hamba tengok.
Heartrob Hafiy. Delisha.




Saje je hambar tepek banyak sikit photo Delisha. Khas untuk Hafiy.
Dah namanya majlis berbuka. Mesti la banyak makanankan. Jom hamba bawak korang tour makanan pulak. Apa la agaknya Fendid masak untuk geng ronggeng kali ni. Layannnnn

Sambal tempoyak tu...tu yang mahal. Siap ada Budu, ikan masin, telur dadar, ayam masak kicap dengan serunding tak jadi. Hamba di beritahu sepatutnya Nuarlin bawa budu dari rumah tapi terlupa katanya. Daddy fen jadi penyelamat beli sebotol kat Jusco petang tu jugak dengan Abah Nuar. Yang bergedil tu Zamreen bawa all the way from Semenyih. Sedap bangat.

Fenfid masak rendang kampung, labu dan pucuk manis masak lemak. Goreng tahu dan tempe dengan kuah kicap. Dapat pujian rendang dan kuah labu tu. Siap geng ratu posing suruh Daddy fen buat posting letak resepi. Layannnn kata Daddy fen.

Fenfid dah awal awal pesan, Jangan bawa kueh banyak banyak. Tapi geng ronggeng pemurah memasing. Bersusun kueh mueh. Banyak tak habis.

Yang ni gambar semua makanan. Banyaknya...hamba tengok pun seram. Boleh habis ke ni?
Ribena Laici. Gigih hamba tengok daddy fen dok buat air ni 2-3 round.


Ni sebenornya penyedap Majlis berbuka tu. Petai jeruk, ulam raja, timun cameron dan yang paling di tunggu tunggu, ulam Daun Tenggek Burung. Berselera memasing makan biler ada ulam ulaman ni. Hamba pun tak pasti siapa dok ula ng tambah nasi beberepa round. Yang pasti, gulai labu tu licin. Daun tenggek burung pun licin. Sambal tempotak pun licin.

Macam ni la rupanya daun Tenggek Burung tu. Yang Daun lebar lebar tu.

Time santap.
Papa Kery dok lawan dengan Dania siapa makan paling banyak. Rupa rupanya, dua dua pun tak kuat makan.

Abih tu sapa yang kuat makan? Jom tengok gambar ni dan sila la teka. Lariiiii. Daddy Fen, Ayah Zam dan Abah Nuar, terus cari port baik punya landing. Siap bawak lari mangkuk budu tu. Pastu diorang bertiga bergilir gilir pi ke meja dok tambah itu ini.
Yang pasti, memasing happy dapat makan sama sama, bergossip sama sama. Anak anak pun riang gumbira bermain tak kisah nak kacau mak bapak. Nanti lepas raya boleh ronggeng lagi.

Saturday, August 29, 2009

Bersahur dengan geng ronggeng Part 2

Semalam roger roger geng ronggeng ajak bersahur kat Nasi Kandar Padang Kota kat mydin subang. Nuarlin tak dapat nak join sebab Abah Nuar kerja. Oleh kerana ada masalah technical saat akhir kena tukar venue pi Nasi Kandar Jalan TAR. Memasing tak kisah sebab Ayah Zam dah ketagih nasi kandar kat sini. Hari hari dok nyanyi kat Mama Reen nak repeat makan kat sini. Tercapai gak cita cita.

Learned from past experience, kali ni aku order Ayam Kicap berempah lagi tapi ambik bahagian peha. Kalau bhgn dada dry la. Pastu ada lak telur dadar. Meletops.
Menyelerakan.
Mama reen dengan mummy tak makan nasi. Diorang makan roti canai je.

Walau pun sekejapan berronggeng. Tapi hati puas dapat makan sedap dan borak borak. Anak anak je tak puas nak ronggeng sebab tak boleh lak lari kesana kesini. Kena balik awal sebab EJ and Alif ada tusyen. Next time je la kita pi Nasi Kandar Padang Kota tu. Next week ke? Apakah?

Sunday, August 23, 2009

Bersahur dengan geng ronggeng

Lepas Tarawih, roger roger dengan geng ronggeng untuk pi late supper...kira sahur terus la. Daddy fen suggest pi pekena Nasi Kandar kat Jalan TAR. Zamreen tak pernah pergi restoran nasi kandar ni. Nuarlin dgn Fenfid je yang biasa makan kat sini.



Zamreen sampai dulu, so kena chop tempat la. Fenfid sampai je terus beratur ambik nasi. Daddy fen tak dinner sebab tahu nak kuar makan dengan geng ronggeng. Zamreen katanya nak makan roti canai ke atau yang light je. Tapi nampak je nasi nalarekek yang Daddy Fen bawa terus tukar menu nak makan nasi jugak.



Abah Nuar yang dah makan kat surau masa Tarawih pun dok layan nasi. Apakah?

Nasi kandar dengan Sotong giant dan ayam masak kicap herba.

Daging masak kicap dengan telur ikan.


Hafiy yang happy sebab dapat ronggeng.


Sedapnya Abah Nuar. Mama lin tengok je la sebab ada sahur date dengan bonda katanya.


Sedapnye roti canai...magic tukar jadi nasi...meletop first time try kat sini.


Lega...





EJ dok layan Hafiy...senang parents sume nak makan takde gangguan. Alif lak sesorang dok kat meja lain. Tidur...terus terpeleot.


Sambil makan borak pasal trip Mama Lin ke China. Seronok shopping katanya.

Mummy Fid tak dapat pi china layan gambar je ok la kan kan kan.



Licin. Kedai nasi kandar ni malam malam pun penuh dengan pelanggan. Memang sedap.




Lepas makan tak tahu nak gi mana lepak kat bus stop.


Hafiy dok menari gaya MJ.

Lepas tu nak meronggeng tapi Nuarlin kena balik sebab Aqif sakit perut. So Zamreen dengan Fenfid lepak kejap kat McD. Bagi anak anak lepak main puas puas. Parents pun tak puas berborak lagi.



Habis 1 Mc D tu hafiy conquer. Riuh dia berlari menjerit riang gumbira.


Alif yang dah kenyang.



Happy je memasing dapat ronggeng. Bulan puasa kena kurang la kot activiti meronggeng. Activiti Sahur je boleh layan.