Monday, November 23, 2009

Bercuti ke Melaka

Selepas 3 bulan 13 hari berplan akhirnya masa yang di tunggu tunggu tiba jua. Fenfid, Nuarlin dan Zamreen terus roger roger friday petang tu pakat nak meet up kat R&R Seremban pastu bertolak sesama ke Ayer Keroh, Melaka bandaraya bersejarah. Plan asal untuk berjumpa kol 4 ptg terus tergendala sebab hujan lebat giler. Memasing pakat lepak tunggu hujan berhenti. Akhirnya kol 7 malam baru sampai ke Apartment.



Malamnya lepak lepak hilang kan penat..makan bihun yang Mama lin bawa...tengok NurKasih. Lepas tu baru bersiap ke Jetty Bandar Hilir untuk ke restoran Asam Pedas yang sedap bangat itu.

Ni photo pagi Sabtu. The kids biasalah kan. Mesti nak mandi manda sampai kecut. Pastu kena jerit jerit marah baru sume keluar dari pool. Akhirnya lambat sampai ke Zoo...pastu hujan.


Apa apa hal pun mesti posing dulu.

Malamnya berselera memasing makan nasi dan asam pedas. Meletops. Kuah di hirup sampai ke titisan terakhir.

Order sate jugak. Boleh tahan sate tu.

Hafiy pun boleh tahan makan sate. Favourite katanya.


Time ni orang lain sume dah habis makan dah. Tinggal Abah Nuar dengan Ayah Zam je belum lagi.

Saturday lepas mandi manda terus ke Zoo. Masa ni tengah panas terik.

Ayah Zam dengan Hafiy tak sampai lagi. Ayah Zam pi park keta.

Daddy fen dok posing dengan the kids.

Koboi sesat.



Abah Nuar melayan the kids.

Ratu posing takde...diorang ni volunteer take over...berposing sakan.

Keluarga Nuarlin.

Tak dapat benda lain...dapat ular jadi la...ha ha ha.


Tak dapat benda lain dapat ular jadi la...la la la.

Ular sawa.

Pasangan remaja.


Penat berjalan...naik tram. Cover 1 zoo terus. Tram kena bayar ye...harga tiket masuk tak include tram.

Penuh 1 gerabak dengan family ronggeng je.



Tram berhenti 10 minutes. Sempat la pi tengok buaya.

Peace from Afiq

Peacefrom aqif pulak.

Peace from mummy.

Tepat kol 2pm terus ke pentas pertunjukan binatang. 30 minutes shownya.

Ayah Zam gigih jadi photographer.

Mummy sesat di balik bunga.

Dalam tram lagi. Malas nak jalan pi tengok binatang...tu yang sume gambar pun mostly dalam tram.

sekawan 3

Sunday, November 1, 2009

Rutin Wajib Geng Ronggeng

Aku kesian betul dengan blog ni. Dah bersawang tak di update. Apa kes? Esok, lusa, tulat...blog naik berkulat. Jawab tukang karut...jawab.

Tapi kan ada geng ronggeng yang baru je beli laptop dan broadband. Kena la jadi co author. Baru meriah sikit blog ni. Itu je mukadimahnya...jom layan activiti wajib geng ronggeng yang terbaru.

Kelmarin, lepas tengok Nur Kasih...roger roger dengan Nuarlin dan Zamreen nak pekena tosey. Tapi biler sampai je tosey pun dah habis. Kuar lambat lagi. Kan dah habis...


Pastu Zamreen lak silap kedai. Lawak lawak...mamak kedai tu dah siap susun 3 meja...kisahnya dah salah kedai. Dah la aku tanya sape nak nasi lemak...Ayah Zam kata nanti nanti..aku dok ingat diorang beli sendiri. Non Ado...share la yang 2 bungkus tu je. Kesian Mama Reen tak puas makan nasi lemak. he he he.
Aqif yang ghairah nak main bowling tapi non ado gak...abih tu...kol 11 lebih baru nak start ronggeng. Bowling centre pun dah nak tutup dah.

Ej dok layan nasi lemak sotong. Tengok plastik sambal tu. Macam 5 orang nak makan.

Mama Reen siap bawa chaperon....teman dia drive dari Semenyih sebab Ayah Zam kerja keras overtime kat Ofis. Almaklum...nak kumpul duit claim nak pi Bandung next year dengan Daddy Fen - guys only. Tak sabarnya... Apakah??? mesti ada yang jeles bangat ni.


Tosey takde...layan roti nan garlic je dengan tandoori chicken.

Nasi lemak sotong dengan paru...satanem. Lepas dah kenyang...pi taman tasik titiwangsa lepak lepak bagi budak budak main . Enjoy semua.

Semalam lak...lepas habis shopping kat KLCC terus pi Bangi lepak kat Old Timer Kopitiam ni. Nuarlin tak dapat join. Fenfid dgn Zamreen je la...layan kopi O yang maha power. Sorang 2 cawan. Sapa kah orang itu?




Ubi rebus takde...order lempeng dengan ubi goreng je.

Tak cukup...oder lak kueh teow sup.

Tunjuk kopi sorang satu je...padahal...penuh meja tu.

Zamreen sampai lewat sikit ...hand phone ada masalah teknikal. Tetiba je meja terus penuh. Tadi meja clear je kan...ada kopi je kan. Apakah???

Adam - aka "Engineer Makanan". Kejap kata kenyang, kejap tak nak makan. Pastu order kueh teow sup.

Alif - aka aero engineer. Sampai je tak bagi salam terus balun kueh teow sup share dgn Ej. Pastu order lak nasi lemak lagi share dengan mama reen. Gambar EJ dgn hafiy takde lak.
Masa tengah syok lepak sambil makan lempeng...Liz roger roger dari Kuantan kata ada rainbow di sekeliling bulan. Terus aku keluar dari kopitiam tu pi cari tempat lapang nak cuba tengok bulan tu. Apa bulan pun tak nampak. Gelap sesadoo je langit. Yang ada pun kapal terbang.
Lagi 3 minggu kita berongeng lagi ye. Ronggeng yang best best punya.

Tuesday, October 13, 2009

Open House Zamreen di Semenyih & Kezutannya

Posting ni banyak gambar gambar ehh...tak dapek hamba nak karang ayat panjang panjang...mengah nanti. Hamba ulas gambar gambar ok la kot. Lebih Afdal.
Makanya Hari Sabtu yang lepas, geng ronggeng telah beramai ramai menyerang Umah Zamreen di Semenyih.

Yang specialnya walaupun di jemput datang petang, di galaknya semua stay sampai ke malam. "Dinner is provided katanya Mana Reen". Geng ronggeng takde hal punya stay lama lama ni asalkan ada makanan. Ketua Geng Ronggeng hadir ke tak hadir hamba rasa geng ronggeng totap stay. Cuma kurang lah meriah ehhh...kurang bahan gelak ketawo. Korum tak cukup.

Yang tak dapat menghadirkan diri untuk majlis kali ni ialah geng Ratu Posing. Memasing ada hal. Zana bz buat shooting drama tangkap leleh kat LCCT/KLIA.

Paling lambat sampai ke Semenyih hari tu ialah pasangan VIPnya. Sapo laii kalau bukan Fenfid. Lawat kawasan ke? Lariiikkks. Dah la botol budu kat dio...suko suko yo datang lambat. Dari Damansara pi 1 Utama pastu ke Bangsar Village dan Mid Valley. Camno tak lambat. Dengan Jalan sosak sini sana. Sib baik sempat geng ronggeng sume merasa budu yang di bawak tawaf 1 KL tu.
Dah jadi tradisi lak tahun ni, kurang sangat gambar makanan. Ni pun seketul hamba dapat dari Daddy Fen. Tuan rumah masak Rendang Rembau. Good try Zamreen. Daddy Fen kata for first attempt dapat 70% markah. Jangan serik, cubo laiii pasti meletops percubaan kedua. Daddy Fen pesan kalau masak kali yang ke 2 kalau nak capai tahap maha sedap, kena jemput geng ronggeng merasa sekali rendang tu. Apakah???
Satu lagi masterpiece tuan rumah. Puding kek gulung. Geng Ronggeng sume pakat kata SATANEM. Hamba dapat tahu ada yang siap ambik resepi. Entah dibuat entah tidak. Kalau ikut resmi geng ronggeng, NON ADO. Tak cayo tanya Ratu posing Cik Ann.

Kesian hamba tengok kek lapis Sarawak tu terkontang kanting tinggal 2 yo.

Ayah Zam gigih dengan preparation. Masa ni VIP baru sampai.
Lepak lepak sebelum dinner. Memasing dah kenyang makan mi kari sebenarnya. Tu yang tak kisah sangat nak makan nasi.

Posing itu wajib.

Mr Khai.
Afiq.

2 best fren. Nelly dan Dania. Both gemalai like princess.

Waktu serangan bermula. Masa ni Daddy Fen ingat dia sorang je lapar. Sebab yang lainkan dah makan mi kari.
Amboi mokre, bukan dah makan mi kari ke?

Tengok tu ada 3 piring budu.

Sedap bangat.

Sekali tengok, Abah Nuar yang last sekali habis makan. Rupanya dia pun tak makan mi kari. Sebab biler nampak ada Sambal Sardin import dari sentul, terus Abah Nuar letak balik mangkuk. Tambahan pulak dapat tahu Fenfid bawak budu. Patut lah 10 kali call Daddy Fen tanya bila nak sampai.

Selalunya EJ sorang je girl tapi hari ni ada geng.

Bengisnya muka nko ni Hafiy. Tak suka orang datang umah nko ke? Rupanya dia geram dengan sesapa saje naik basikal kuning dia tu.

Lepas kaum bapa dah selesai makan, Ayah Zam, Daddy Fen dgn Abah Nuar pi Tesco beli cake. Nak buat surprise untuk Mama Siti. Birthday yang ke 29. Ye ke??? Layannn.

Memek Muka siaran ulangan. Dulu masa dapat surprise kat Cherating pun memek muka camni jugak.
Cepat buat wish - "di murahkan reseki dan di percepatkan jodoh, Aminnn"

Besday girlnya. Ni memek muka happy ke nangis ni? Hamba pun confuse.


Budak budak tak sabar nak rebut white coklat yang hias cake tu.

Cik Mala.




Sedap ke kek tu Afiq?

Siap tapau tu.
Sampai ke malam jugak lah Geng Ronggeng lepak. Fenfid siap datang bawak luggage bag. Rupanya tidur situ terus. Orang offer dinner je kalau tak silap hamba. Camne lak boleh sampai lepak terus kat situ? Layannn.
Yang pastinya geng ronggeng happy. Next year boleh la Zamreen host open house lagi. Yang lebih Vogue.