Showing posts with label food. Show all posts
Showing posts with label food. Show all posts

Monday, September 26, 2011

Open House CT K 2011.

Semalam geng ronggeng beramai ramai attending rumah terbuka CT K. Dah planning baik punya ramai ramai sampai lambat sikit. Sampai sampai aje memasing terkam makanan dulu.
Ms president sampai lambat sekali...lepas makan posing posing dulu...memasing asal nampak je daddy fen pegang camera semua get ready. Takut gambar paparazzi semua keluar kat blog ni. LOL. Yang ada yang memek muka terlebih ke...posing terover ke...kena jaja kat blog ni....leceh semua. Topic hangat bukan gossip gossip...tapi pasal plan ronggeng yang bersusun susun sampai tahun depan. Manila, Korea, Perth, Singapore, Ho Chi Mint dan Langkawi...antara tempat tempat yang ahli geng ronggeng akan pergi dari bulan 9 ni sampai la ke tahun depan. Layannnn.
Tasha yang susah nak tidur sebab kepanasan. Sementara Daddy Fen makan...mummy pegang tasha dulu.
Tengok memasing posing terbaek punya...senyum meleret memasing. Kalau photographer tak sound...siap la memek muka memasing.
Kaum ayah conquer kat ruang tamu satu lagi. Lepak lepak borak borak sambil layan kacang.

Rasanya ini lah penamat open house for 2011. Sampai bertemu Syawal yang akan datang pulak.

Friday, March 26, 2010

Tak Merasa

Sedapkan...burger ni...Cilok dari FB Mama Reen. Member aku bagi email pasal lunch promo ni kat San Francisco SteakHouse. Promo Rm16.90 je...boleh choose 1 out of 10 choices for main dish..pastu dapat lagi Free flow drink + Soup of the day.
Masalahnya takde branch dekat dekat dengan office aku...email kat mama reen and geng ronggeng lain je la suruh pi try. Mama reen yang dulu try hari ni...Satanem katanya. Not sure sampai biler offer ni...tapi sesapa berkesempatan..pi la try. Berbaloi baloi.

Sunday, March 21, 2010

Makan dan Makan lagi di Pulau Mutiara...highlight

The previous postings were done courtesy of photos and lappy from Zamreen. We are back in KL oledi and I can't continue the next chapter since I don't have the latest set of photos for ronggeng in Penang.(nampaknya Zamreen kena sambung la buat postings...jangan haus sudah la...he he he).

Nevertheless, I will summarise the agenda makan makan dan makan lagi di atas overwhelming queries dan permintaan daripada jutaan pembaca blog ronggeng ni...ha ha ha. Statement mesti tahap megakan...baru layan.

Bila cakap pasal makan ni...taste dan tekak memasing lain lain...so kena try sendiri pastu lu pikir la sendiri...kata Nabil. Kalau sedap...repeat lagi....tak sedap....cari la port lain. Yang di baca ni semua ikut kesedapan tekak fenfid dan Zamreen.

Let's start with Mee Banjir Udang di Kuala Sepetang. Actually...the nearest exit is Changkt Jering...but we followed ajaran sesat from my colleague...suruh exit kat Taiping Utara.
I don't know the direction kalau ikut Chankt Jering...but if you are from the north and want to exit kat Taiping Utara - Lepas tol, belok kanan ikut papan tanda Kuala Sepetang...along the way ada banyak banner Mee Udang. Passby Kota Ngah Ibrahim dan terus ikut sign board mee udang. Pilih la yang mana suka nak pi try.
The one we went...Mak Teh Mee Banjir Udang. Udang boleh pilih nak udang laut or udang bela.


Memang tak di nafikan...kebanjiran udang.


Pi time tengahari...kena la order nasi juga....Nasi Goreng Udang...sume udang tu menyorok di balik nasi. Sepingan nasi tu...ada more than 10 udang yang size pun boleh tahan besar.


Sapa elergic udang...kirim salam je la.


Our Verdict - Sedap...boleh la layan. Kalau ada orang nak belanja...we don't mind to come again.


Next...we went to Queensbay Mall...pi food court kat LG untuk makan cendol black pearl and ABC.


If I'm not mistaken, the original stall kat Penang Road...sebelah Chowrasta market tu...orang punya la ramai. Kedai pun buruk je...nak keselesaan...we come here.

My Verdic - Sedap. Will I come again...YES.

Mama reen and Mummy Fid layan ABC...but to them...biasa biasa je rasanya. I agree with them.






After we got to taste cendol kat Jonker Street Melaka...cendol yang ni terus jatuh tahap biasa. The black pearl tu je penyelamat keadaan...because I like it so much. Tak pernah jumpa kat tempat lain.





If you want to experience different ambience for breakfast...boleh ke Pantai Batu Feringgi. Tak banyak stalls pun...so choice limited. Tapi nak pengalaman bercanda di tepi pantai...makan breakfast sambil layan angin laut...boleh je ke sini. Nasi lemak...ada ikan...rasanya ikan selar. Verdict...biasa biasa je.


Yang penting...Happy!!


EJ suka lak nasi lemak ni...tapi masa we reached there...tinggal 2 bungkus je.



Then Ej ordered western brakfast set...boleh la layan. The beef tu - Sedap. Lain lain...biasa biasa je.







Yang ni...paling puas hati...our first time makan mi goreng sambal sotong...semua terus fall in love.


It is located kat Padang Kota Lama. Betul betul sebelah Fort Cornwallis. Ada open food court kat tepi Padang tu. Kalau nak senang...park keta kat tepi laut menghadap pintu gerbang yang "Taman Kota Lama"...jalan depan sikit nampak taman permainan kanak kanak sebelah padang dan Fort Cornwallis tu...kedepan sikit dalam 5-10 meter...boleh nampak food court ni...kalau tak nampak...sila la pi kedai cermin mata.


Sebelah mee sotong tu...ada kedai drinks ni.


Cononut Shake - Verdict - Sangat Sedap....Satanem...meletops.


Ada jual Ice Kacang...jugak....Verdict - Sedap. Better than we had kat queensbay mall tu.


Aduhhh....kejam betul korang....ni. Terus lapar...tengok photo ni...rasa macam nak drive balik ke Penang..makan mee sotong ni. Ej pun suka esp sambal sotong tu. Mummy...terus mintak 2nd serving. Ayah Zam...terkulat je la dengar crite....sebab masa 2nd serving tu...dia kena layan the kids main kat taman. Dapat la mama reen menghayati kesedapan mee goreng sotong ini.


Layannnnn....verdict - Sangat sangat sedap. (ikut tekak kami berempat la). Will we come again??? Definitely.



mummy....2nd serving...share ber3.





Tak jauh from parking tepi laut menghadap pintu gerbang "Taman Kota Lama" tu...kalau terus ke hujung jalan...ada satu lagi food court. Kat situ Famous for Rojak Pasembor dan Sotong Kangkung. Kami tapau je...sebab the kids sibuk nak mandi swimming pool.


Sotong Kangkung. - Verdict Ayah Zam - Sedap (Dia sorang je yang melantak byk...fenfid dah too full...mama reen layan Pasembor)



Rojak Pasembor...lepas the kids mandi pool...masing masing macam piranna kelaparan...ngap ngap kejap je dah licin...tak sempat nak snap photo. Kuahnya yang sedap...sampai Hafiy pun layan. We bought from the stall yang kat row kanan (kalau stand kat tgh tgh byk kerusi meja tu...facing the sea)...2 stalls from the tembok tepi laut...the first stall tu jual Sotong Kangkung.


Verdict - Sedap. Akan di repeat lagi in our next trip to Penang in August (Bak kata mama reen kat fb)


Kalau on the way ke Batu Feringgi kat tepi pantai ada van jual laksa penang...Rm2.50 je sebungkus. We tapau 3...tak cukup...sebab tak pedas...the kids sume layan.

Verdict - biasa biasa je.


Original plannya nak ke Hameed ni for lunch sebelum bertolak balik ke KL...tapi sebab Nasi Kandar beratur tu tutup...kami pusing pusing pusing...sampai pening untuk cari kedai Hameed ni. Akhirnya jumpa. Don't ask me how to guide you to this place...sah sah tak jumpa. Sebab Penang Road to 1 way.


The easiest way that I can tell you is to follow what we did. From Lebuh Chulia...go till the end...turn left...akan masuk Jalan Penang...Panggung wayang Odeon on your right...terus masuk parking kat belah kanan tu. That parking is opposite Nasi Kandar Line Clear. Then jalan kaki...towards Cititel Hotel...5 minutes walk from Nasi Kandar line clear...depan hotel Malaysia. Jumpa la kedai ni.


Chicken soup - Verdict - Boleh la...Ej suka sangat...Zamreen...kata biasa je. Fenfid...boleh la layan.



Daddy siap makan nasi kandar kat sini...sebab curry kambing kat sini...Satanem. Dulu datang pun layan kari kambing jugak kat sini. Best.


Yang mummy suka bila dapat roti benggali cicah soup tu...layannnn.


Mama reen kata nasi lemak kat sini...biasa biasa je.


Kalau datang Penang...wajib la ke Pasar Chowrasta beli jeruk jeruk ni...sampai lenguh tangan nak carry to kereta. Kalau nak senang...park kereta kat depan Komtar Walk...pastu jalan kaki ke pasar ni.

We have been here every time we came to Penang. Konon nak try Nasi Kandar tempat lain...tapi yang kami nak pergi...either tutup...or buka waktu malam je...so layan je la kat sini. Same row dengan Pasar Chowrasta....towards 1 end of Penang road.


Cendol kat sini sedap jugak...santan dan gula melaka pekat...layannn.



Telur Sotong dan Ayam kicap...both pun sedap. So far from our experiance...Nasi Kandar kat sini tak pernah mengecewakan...every time makan...sedap. Walaupun ada yang kata kat tempat lain ada Nasi Kandar yang lagi sedap...maybe betul...but kalau tak jumpa kedai lain...datang sini...still worth the effort pusing pusing drive or walk.


Kari Sotong...satanem.



Muka memasing...tetap tersenyum puas. Ayah Fid pun layannn. Licin pinggan. Kuah campur yang penyedap sangat tu.




Melantak ke?

Lagi satu agenda wajib sebelum balik ke KL...mesti singgah kat Malia Bakery beli roti benggali dan kaya. How to go to this bakery by car? Pi tanya orang Penang la...cik tak tau. Cik boleh guide kalau ikut kaki je...ha ha ha.


Depan Nasi Kandar Line Clear tu...ada restoran kayu (dah tutup) Jalan kat lorong tu...lalu kat kedai kopi kecik...taraaaa....opposite kedai kopi tu. Millia Bakery.



Pilih la mana nak.(sesapa same office dgn mama reen...cepat roger roger dia suruh bawak pi office roti dan kaya tu...ha ha ha....lariiiii)


Kat tepi Pasar Chowrasta ada jual buah berangan ni....RM10 for 500gm. Wajib for Fenfid untuk beli kalau lalu kat situ.

Kan kat Penang baru je buka Hotel Hard Rock Cafe....sempat la Pasangan Remaja berdating ke cafenya...makan dessert...nak makan heavy heavy...perut dah ketat layan Mee goreng sotong.



Apple slice...ada caramel and walnut and ice cream...lupa namanya...tapi sangat sangat sangat sedap.


Layan dengan latte....meletops.


Lepas ni kalau buat rombongan cik kiah ke Penang...boleh try pi makan kat tempat tempat ni...takde geng nak pergi...ajak je Mama Reen...Volunteer tour guide katanya....lariiii.