Monday, September 26, 2011

Open House CT K 2011.

Semalam geng ronggeng beramai ramai attending rumah terbuka CT K. Dah planning baik punya ramai ramai sampai lambat sikit. Sampai sampai aje memasing terkam makanan dulu.
Ms president sampai lambat sekali...lepas makan posing posing dulu...memasing asal nampak je daddy fen pegang camera semua get ready. Takut gambar paparazzi semua keluar kat blog ni. LOL. Yang ada yang memek muka terlebih ke...posing terover ke...kena jaja kat blog ni....leceh semua. Topic hangat bukan gossip gossip...tapi pasal plan ronggeng yang bersusun susun sampai tahun depan. Manila, Korea, Perth, Singapore, Ho Chi Mint dan Langkawi...antara tempat tempat yang ahli geng ronggeng akan pergi dari bulan 9 ni sampai la ke tahun depan. Layannnn.
Tasha yang susah nak tidur sebab kepanasan. Sementara Daddy Fen makan...mummy pegang tasha dulu.
Tengok memasing posing terbaek punya...senyum meleret memasing. Kalau photographer tak sound...siap la memek muka memasing.
Kaum ayah conquer kat ruang tamu satu lagi. Lepak lepak borak borak sambil layan kacang.

Rasanya ini lah penamat open house for 2011. Sampai bertemu Syawal yang akan datang pulak.

Thursday, September 22, 2011

Ronggeng Beraya ke Jelebu.

Sebenarnya ini kisah siaran ulangan sebab dah cerita kat blog 30 smtg dah...tapi ada banyak photo yang di snap aku daddy fen tak published kat situ. Masa tu ingat nak cepat siap aje posting tu. LOL.
Afiq dengan fesyen rambut angry bird dia.
Masa ni dok tunggu Abah Nuar dengan Ayah Zam "buat" kereta kat Kajang. LOL. Plan nak gerak kol 12.30pm terus jadi 1.30pm. Ikut highway Lekas terus ke Jelebu. Cam dekat je Jelebu tu rasanya.
Posing posing dengan Tuan rumah Iszue before makan. Sampai pun time lunch...memasing memang kelaparan.
Abah Nuar nak test power camera canggih DSLR Daddy Fen. Suruh Daddy dengan Adam jadi model snap gambar membelakangkan cahaya yang kuat dari luar. Terbukti camera daddy canggih. ha ha ha.
Masa ni tengah keboringan menunggu hujan berhenti...rambut pun takde dah style angry bird.
Liz ada tanya...antara Zamreen dengan Nuarlin siapa akan berjangkit dulu....maknanya siapa akan pregnant dulu to deliver Zamreena or Nuarliana? Kalau kita perhatikan gambar makan yang atas dan bawah ni...rasanya semua orang boleh jawab. LOL.
The Coco yang bercanda mood. Apakah? cer citer cer citer...sapa nak jawab soalan kuiz Liz tu?
Faheem masa ni baru bangun tidur. Masa kami sampai dia tengah tidur sebab baru balik dari kenduri kahwin.
Ambik berkat. LOL.
Faheem dengan bantal favourite dia duduk kat daddy dia. Masa ni masih takut takut dengan tetamu yang ramai ni.
Kan main syok lagi dia gigit bantal dia tu.
Faheem yang genap setahun.
Comel.
Lepas hujan berhenti, the kids semua ke pondok tepi kolam ikan untuk memancing. Guna umpan kueh cha koi. Itu je yang ada...belasah.
Ayah Zam yang mula sekali berjaya tangkap ikan.
Lepas tu Afiq pulak dapat.
Aqif pun dapat jugak...semua orang take turn untuk pancing....kecuali Daddy Fen dan Alif. Kami ulat buku lepak tepi kolam baca paper. LOL. Feeling feeling lepak kat pantai Kuta Bali.
Mummy dengan Mama Reen pun datang jugak ke pondok...tapi jadi pemerhati aje la.
Entah apa la yang diorang toraks kan. Masa ni dah hujung hujung time untuk gerak balik sebab dah janji nak beraya ke Kajang pulak lepas tu. Nuarlin first time sampai ke sini...seronok la the kids sebab diorang suka layan memancing. Nanti tahun depan la pulak...buat trip ke sini lagi...yearly event ni. Layannn.

Wednesday, September 7, 2011

Beraya ke rumah President Geng Ronggeng

On 2nd day raya masa fenfid beraya ke Melaka, sempat la singgah ke rumah Mak Yang...walaupun masa tu sampai dah petang. Memang daddy fen dah set baek punya dengan Mak Yang nak beraya ke rumah dia. Tu yang Mak Yang siap dressing maut punya tunggu family kami sampai. Tu dia baju raya terbaekkkk. Lariiiiiii.

Cakap pasal baju raya kan...hari tu sempat la borak through email kenangan membeli baju raya masa kecik kecik. Macam Aan Ayah dia dulu beli kain satu kayu...semua adik beradik sedondon je baju...mak dia jahit sendiri...pastu kain lebih buat cadar katil. Yang penting...tetap meriah dan rasa macam baju raya tu cun bangat walaupun sedondon dengan kain cadar.

Mama Reen pulak bershopping baju gaun kat Globe Silk Store...masa tu rasa cam dah hebat sangat lah. Cer kita tanya anak anak kiter kat mana Globe tu...sah sah sumer tak tahu kat mana...LOL.

Daddy fen dulu masa kecik beli baju raya kat pasar malam...RM10 dapat 3 helai...so dapat la sorang sehelai dengan adik beradik...baju corak sama...warna je lain lain. Masa tu sebelum raya dah sibuk test pakai siap dengan kasut...tak sabar nak beraya. Seronoknya kenangan masa kecik kecik dulu.

Tapi anak anak zaman sekarang ni...songel terlebih...nak yang berjenama la...mahal la...fesyen terbaru la...malas nak layannn. GRRRR.
Masa kami sampai elok je group sebelum kami nak pulang...terus dapat makan...LOL. Gambar ni di snap selepas selesai makan.
Tuan rumah jamu kami nasi. Memang daddy fen tengah lapar pun masa tu...pastu ada pulak masak lemak ikan campur binjai jeruk...terbaek dari ladang. Sedap meletops. Rendang kerang, sambal sotong dan rendang ayam pun ada...daddy fen makan bertambah tambah. Penat drivekan...kena la isi minyak lebih sikit. Mommy Fid makan sikit aje sebab kat umah kakak dia dia dah melantak banyak punya...rugi rugi.

Thank you to Mak Yang yang sanggup gak melayan kami ni walaupun sampai dah lewat petang.

Wednesday, July 20, 2011

Melawat Geng

Sabtu lepas Geng Ratu Posing dan CT K datang ke rumah fenfid untuk Visit Fid yang baru bersalin. Memasing pun tak sabar nak jumpa dengan Tasha yang cute cam daddy dia tu. Tengok gambar je mana puas....kan kan kan.
CT K sampai dulu...siap bawa pau panas untuk jamu kengkawan. Fid pun dah segar sikit badan dan puas rehat...suka kengkawan datang visit. Sessi berposing wajib la kan.
Tasha elok je diam Mak Ado dia dukung. Tapi Mak Yang tengok cam tak puas hati yoo..
Mak Yang yang tak puas hati dengan cara cara Mak Ado dukung budak, take over...cam ni dukung budak...katanya. Makin lena lah Tasha tidur. Tak berbunyi langsung.
Lepas tu Mak Yang sambung pulak syarahan cara cara berpantang bersalin. Yang lain kusyuk je dengar. Masa ni Asmahan pun sampuk sekali sekali

Syarahan Aan " Aku senang je cakap...diorang suruh makan nko makan nanti yang menanggung sakit nko sorang bukan diorang " masa dok menasihat Fid jangan makan benda benda gatal.
Kejap je Aan concentrate...biler dia rasa kari ayam tu sedap bangat terus dia concentrate makan je. Mak Yang je la yang continue menurun kan tips kat Fid. GGG.

Sunday, December 26, 2010

Birthday Party

Daddy Fen & EJ.

Sempena Cuti Xmas tahun ni we celebrated Birthday Ej at A&W kat Jusco Setiawangsa. Ej had been asking nak celebrate birthday dia kat fast food restaurant sebab nak bergambar dengan mascot. Mengenang kan dia pun dah 10 years old and kalau tangguh sampai dah masuk age teenager cam tak sesuai pulak nanti nak berparty kat restaurant makanan segera ni. Mommy and Daddy thought this year would be the best time. Booking pun buat 2 weeks ago je...cake pulak ordered last week. Semua set set last minute sampai terlupa nak prepare party pack.
The kids semua seronok and happy biler Mascot - The Great Root Bear keluar dari tempat persembunyiannya. Masing masing berebut rebut nak bersalam dan bergambar. Siap ada yang high-5. Biler the kids and Ej seronok, mommy and daddy lagi la seronok melihatnya.
Masing masing masa ni tak sabar nak membaham cake tu. Seperti biasa la. Cake beli kat Baker's Cottage. Dah macam signature cake pulak sebab saban tahun cake yang sama. Untuk nampak lain tahun ni mintak shape square...lol.
Geng Ratu posing, CT K and mokre.
BTW...photo ni semua from BB Torch. Kekadang cun kekadang blur. Layan je la. DSLR Daddy Fen tak sampai sampai lagi.
CT K and Khaimal's family. CT K mobile ye kengkawan. Dia di mana mana je. Tak caya nanti lihat gambar seterusnya. Actually CT K nak tackle Bear tu...Apakah?
Mak Yang, Aan and Lin. Ratu Posing Zana tak sempat nak datang. Cari skirt jeans tak jumpa katanya...tu yang strandered kat Low Yat Plaza.
Alif and Adam.
Afiq, Fiqri & Faris. Seronok melayan ayam goreng garang.
Birthday Girl surrounded with frens.
Detik yang di tunggu tunggu
After Cake cutting...the kids main games. Root Bear joined them. Jangan lupa spot CT K. Dok ngendeng kat Bear tu kan. Layannn.
Games yang paling seronok ialah poison ballon. Yang menang ialah Shahira, cousin EJ.
Kids semua sporting, kena keluar pun masih sengih ketawa. Daddy and mommy hope the kids semua had a good time with Root Bear. Food simple je...fried chicken, nugget and fries. Tapi semua sedap sedap. Fried Chickennya garing.

Juara

Petang tadi di Jusco Setiawangsa ada promosi game board. The kids tak melepaskan peluang bermain games yang ada kat sana. I joined them lambat sikit...tu pun duduk duduk dan lepak lepak je.
Antara games yang menarik perhatian the kids ialah carrom. Tak sangka they were quite good main games ni. Ada jugak congkak and board games yang lain macam dam, dam ular dan chess.
Mula mula cousins EJ dok main word puzzle ni pastu half way Ej pun joined them. Rupanya diorang actually bertanding dengan team lain...and seronok biler dapat tahu they won 1st place. Dapat hadiah board games dam set tu.
Masa sedang leka main carrom dengan the kids, Dj buat announcement ada competition untuk Tower of Challenge. Abah Nuar masuk bertanding bergandingan dengan aliff.
Yang lawaknya masa menengok Alif dok betul betulkan seluar dia yang terlondeh. Tangan pulak penuh dengan benda kayu tu. Tapi slow and steady both of them mengejar team lain from the back.
Finally they did it. Berjaya pintas team lain and menang bergaya. Dapat hadiah board games juga. Actually nasib baik geng ronggeng ramai ada kat situ...nampak meriah la event promosi tu dengan kids. Tak sia sia...dapat main games pastu menang hadiah. Enjoyy.

Sunday, November 21, 2010

Two in One

Tak sangka tadi Fenfid dan Nuarlin dapat buat plan mengejut. Kalau ikut perancangan awal, Fenfid nak ke Ampang untuk fetch Ayah mommy Fid untuk di bawa ke Keramat. Abah Nuar pulak standby hari ni. Daddy Fen pun standby jugak tapi support from home. Handphone tak lekang dari tangan walaupun dari pagi senyap sesado. Takde pulak sesapa nak update status kerja.

Oleh kerana by noon rasa macam semua under control for Daddy Fen and mommy pun dah selesai tugasannya. Makanya beroger roger la dengan Nuarlin untuk plan ke Semenyih untuk visit Alif yang berkhatan hari ni. So happen Abah Nuar pun pulang awal. Kol 4 gerak dari umah memasing. Tapi tak terus ke Semenyih...sempat menyinggah kat Old Timer Kopitiam Bangi. Tu yang jadi tajuk 2 in 1. Sambil pi melawat Alif...singgah lepak kopitiam.
Gambar ni daddy fen cilok dari fb. Alif masa ni dok leka main psp. Tapi biler bius dah habis...psp pun tak dapat nak tolong. Sib baik kejap aje rasa sakitnya...lepas telan ubat...Alif dah boleh senyum balik. Kejap je masa berlalu...lagi beberapa tahun Zamreen akan sibuk kenduri menyambut menantu pulak. Apakah? 8nw...Zamreen kena go through lagi 2 kali majlis khatan ni...for Adam dan Hafiy pulak. Ni je sekeping gambar yang ada...so kita merepek pulak chapter satu lagi...pasal kopitiam.
Masa baru sampai Kopitiam. First time for Nuarlin and family ke sini. Berkobar kobar semangat.
The COCO. Sebelum belek menu...posing dulu.
The kids tak nak duduk dengan parents...diorang cari meja sendiri...order sendiri...tapi parents bayar.
Masing masing happy dapat food yang diorang order sendiri. Aqif - nasi lemak and chicken rendang. Afiq - Roti kukus with strawberry sauce dan Misha - soto ayam.
Ibu Lin - Memang mantap la food kat sini. Walaupun kenyang sebab dah makan kat rumah...licin 2 mangkuk sup tulang dan soto. Apakah? Lihat saja ekspressi Ibu Lin yang menikmati penuh perasaan sup yang sedap melampau tu. Lariiiiiiiiiiiiiii.
Abah yang dah kenyang jugak sebab dah lunch kat umah, ordered sup tulang dan roti kukus 2 keping. Sehinnga menjilat jari.
Mommy Fid dan Daddy Fen makan ubi rebus kelapa. Memang mantap. Mulanya order sepiring, pastu tak cukup daddy Fen order lagi sepiring. Sedap lagi menyedapi. Kombinasi yang mantap kalau layan dengan kopi classic special. Fuhh...layannnn.