Wednesday, February 18, 2009

Upin dan Ipin

Selepas kenyang makan makan and the kids dah puas main basikal, semua bersiap untuk ke BTS. Ghairah memasing nak layan movie Upin dan Ipin tu. Mana taknya. 2 minggu punya planning. CT K and kids pergi BTS from HKL. Janji jumpa kat GSC. Sampai je di GSC terus beratur beli popcorn and drinks. Boleh pulak time weekends time time ramai orang tu soft drink out of order. Leceh semua. Hampeh.








Oleh kerana handbag cute Zamreen tak sesuai masuk panggung, kaum bapa beralah bagi can ibu ibu layan the kids yang lain tengok movie. Since masing masing masih kekenyangan selepas makan kat fenfid's place...cancel tak jadi pekena lamb shoulder kat chillies. So we went for Bowling kat BTS tu instead. Sempat main 2 games sorang. Out of 6 games tu score paling tinggi 160. Siapakah top scorer yang hebat itu?
Ayah Zam tak dapat nak concentrate sangat on the second game sebab Hafiy dah mula aksi merantas desa. Letih kejar dia kesana sini...bukan letih baling bola.

Habis je game...just nice movie Upin Ipin pun dah nak habis. So we waited kat lobby panggung. Keluar je kecoh memasing kata best la...syok la...tersengih sengih semua. Sibuk pulak bergambar lagi. Sampai tak perasan hilang anak. Panic jap. Kisahnya Afiq dgn Adam dok layan poster Upin dan Ipin. Since esoknya nak kerja dan sekolah kena terus balik. Tak sabar pulak nak tunggu Upin dan Ipin 2. Agak-agak time tu nanti semua dapat tengok sekali tak? Ke kaum ayah kena layan handbag baru pulak...aleya ke...An-nurlina ke...EJ2 ke...CT K junior ke...tunggu je lah tika dan saatnya.







Monday, February 16, 2009

Lunch Nasi Dagang

Dah lama member ronggeng tak get together berjalan pi bercuti ke...makan makan ke. Few weeks back ada la yang dok nyanyi kat mama lin kata dah lama tak makan Nasi Dagang. Mama lin yang kesiankan kengkawan mengidam gorganise lah lunch nasi dagang kat umahnya tengahari tadi. Pastu plan pulak nak bawa the kids pi tengok movie crite Upin & Ipin - Geng pengembaraan bermula. First time nak pi tengok movie bersama sama geng ronggeng ni. Kids la yang paling girang sekali. Elok je perangai memasing dalam seminggu ni biler tahu ada plan tengok movie dgn kengkawan.

Ramai yang dapat join this lunch. Riuh rendahlah suasananya. Macam open house lah pulak. Awie dgn sofea dan Khaimal's family pun ada sekali. Fenfid paling lambat sampai sebab EJ ada arts class kat Da Vinci. Since semalam ada sekolah ganti..kenalah switch art class ke hari ni. Sampai je kat sana, yang lelain dah bersandar kekenyangan. Lepak lepak sambil "separuh menonton". Separuh menonton tu sebab TV buat hal. Keluar gambar pun separuh je. TV tu bukan apa...nak bagi laluan untuk LCD baru pulak berkhidmat. Takde masa nak gaduh gaduh berebut kuasa macam kat Perak tu kan. Eh masuk bab politik lak...terlebih sudah.

Sesampai je Fenfid tak tunggu lama terus ambik pinggan bersantap. Satanem. Memang power masakan bonda mama lin. Especially gulai ikan tongkol tu kan. Maha Sedap. Geng ronggeng pun dah tak kuasa nak mintak resepi sebab biler dah ada resepi pun buatnya non adoooo. Larikkkkkksssss. Lupa lak nak tanya Zamreen mana lauk tambah?

Ayah Zam dgn Abah Nuar takde masa fenfid sampai sebab pi Berjaya Times Square beli tiket wayang. Mulanya plan nak tengok show kol 5 tapi tiket sold out. Dapat tiket untuk show pukul 8. Belasah je la walaupun esok kerja dan anak anak sekolah. Kalau tak tengok hari ni maunya the kids ramai ramai buat drama air mata. Layannnnn.



CT K tengah ajar Mak Yang dgn Ado camne nak berposing sebelum group buat persembahan. Persembahan apo? Scroll down.











Sedang the parents and aunties dok lepak kekenyangan sambil gossip apa yang patut. The Kids main basikal kat luar tengah tengah panas tu. Di tegah few times pun memasing buat tak endah je. Akhirnya ada yang tercedera. Apa lagi. Meraung la gaya Awie nyanyi lagu Mimpi Syakila. Pastu reramai busy body dok tengok mama lin jadi nurse.





Lepas beli tiket, lama lah pulak ayah zam dgn abah nuar ambik masa perjalanan balik dari BTS tu. Wife memasing dah bising takut husband melencong pi karaoke ke, kopitiam ke. Biler call rupanya dah ada kat kawasan perumahan tu dok singgah tengok kolam ikan hasil usaha abah nuar. Ikan merah tu mulanya ada 4 ekor je. La ni dah nak penuh 1 kolam. Kalau jual 50sen sekor. oklahkan for a start. Keep up the good work Abah Nuar. Kat tepi kolam tu pulak ada iguana besar giler dalam reban. Kalau kecik kecik comel je tapi kalau besar buruk lak ngope eh.






Banyak kali pulak penjual ais krim dok buat tawaf kat kawasan perumahan ni. Kejap kejap ada je bunyi loceng ais krim tu. The kids sume dok pakat nyanyi ramai ramai nak ais krim. Mulanya buat dek je. Tapi biler dah 4-5 kali penjual ais krim dok lalu depan umah tu. The kids pandai pandai sendiri tahan suruh brother tu berhenti. Pastu jerit kat parents memasing nak beli Ais Krim. Habis sume parents and aunties pun dapat makan ais krim sekali. Tak kan nak pandang je kan. Lepas tu memasing pun mula berangkat pulang. CT K and anak anak pi HKL melawat orang bersalin. Mak Yang, Ado dgn Mokre ada hal memasing. Zamreen's dgn An-nurlin's family follow fenfid pi Keramat. Lepak keramat sebelum bertolak kt BTS untuk tengok movie. Thank you An-Nurlin and family for the superb lunch.





Masa dok nak salam salam tu baru perasan Mak Yang dgn Ado pakai baju uniform. Buy 1 get 1 free katanya. Rupanya uniform kumpulan nasyid. Tapi mereka yang special je boleh join group nasyid ni. Yang pass criteria criteria tertentu. Contohnya...ceria, suka senyum dan boleh shopping pants kat Rumah MODE Bandung. Larikkkkkkkssssss.

Monday, February 9, 2009

Bagan Lalang

Earlier today, on the way to Banting, tetiba teringin nak makan seafood. Terus call Zamreen ajak join makan seafood kat Bagan Lalang. Masa tu they were at Desaria Water Park beronggeng tengah tengah panas terik ni. Both of them pun memang dah lama plan nak makan seafood rupernya cume zahir belum terucap lagi. Baru berplan plan je.

Lepas semua urusan kat Banting selesai fenfid terus ke Bagan Lalang. Since Zamreen sampai dulu kat restoran Senandung malam tu, diorang tolong orderkan. Menu standard...sotong dgn udang goreng tepung, ikan kembung bakar, sup sayur, ikan kerapu masak sweet sour, pepahat masak pedas dgn ketam goreng. Biler makanan sampai semua dah kebulur terus makan tak saper bother to snap photo. Rupanya memasing breakfast plus lunch kol 11 pagi. Patut lah semua lapar sesangat. Kejap je semua makanan licin. Masa ni Baru snap gambar dgn tulang tulang.





Teka saper makan paling banyak sekali? Tentulah Hafiy. sampai nak angkat muka pun tak larat. Dok bersandar kat meja.




One problem makan kat sini, makanan tak hadam bebetul lagi dah kena bangun. Ramai orang dok tunggu turn nak makan lak. Kenalah bertolak ansurkan. Orang lain pun lapor gak. Nanti next time siapa tahu turn kita lak yang terpaksa berdiri tunggu spot clear nak makan. So after daddy fen and ayah zam clear the bill terus kami ke Pantai lepak for a while. Biler Hafiy dah mula buka silat tidur dia, memasing pun terpaksalah berangkat pulang. Lagi pun esoknya Ayah Zam nak menebas kat Bukit Tinggi. Tapi sempat lagi nak plan untuk next trip makan seafood lagi kat Bagan Lalang ni.