Wednesday, May 27, 2009

Era sape lagi seronok???

video video

Korang yang dah veteran ni teringin tak nak main wind castle ni??? Masa zaman kita takde pun benda nikan. Similarly our kids tak tahu apa tu galah panjang, konda kondi, baling tin dan banyak lagi. So sapa yang lagi kesian. Kita ke or anak anak kita?

Dulu aku masa kecik pagi kuar umah pi main, tengahari balik lunch pastu keluar main lagi. Duduk kat kampung A...pastu jelajah ke kampung B, C, dan byk lagi kampung cari member and main tak hingat dunia. Now misha kalau padai pandai pi lorong belakang umah even though same taman memang sah la nak makan rotan. Kita kesian ke anak anak kita yang kesian?

Renung renungkan dan selamat beramal.

Monday, May 25, 2009

Dinner at Souled Out lagi.

Mulanya ingat fid abis kol 5.45. So bolehlah repeat dinner kat SOULed Out pastu pi tengok movie ke. Roger-roger Zamreen dengan Nuarlin tapi Zamreen je dapat join. Kisahnya training habis training kol 7. After fetch Fid terus ke SOULed Out. Kan semalamnya hajat tak kesampaian. Kira nak balas dendam la ni.









Memasing muka kelaparan. The kids memang dari Jusco lagi dah nyanyi lapar nak makan.


Ini lah yang daddy fen ordered. Beef noodle. Tapi tak puas makan sebab kena cukai dek EJ and Adam. Terus Daddy fen order satu lagi. Puas hati. Memang Satanem. Kalau datang sini lagi. This is wajib di order.



This is another famous item kat sini. Tak ingat lak namanya. Tapi servingnya kecik. Tak kenyang Ayah Zam. kah kah kah.


Ini lak prawn olio. Mama reen yang order. Paling tak sedap. Siap passing passing. Tapi akhirnya pinggan ni u turn pi cari tuan dia balik.



Aku rasa aku sendiri buat sedap lagi kot...kah kah kah.



Yang ni cabonara, Ej shared dengan Adam. Tak habis pun sebab diorang dah kenyang cukai beef noodle daddy.

Yang ni Mommy fid ordered. The fish tu sedap. Tapi speggetti tu so plain. Kisahnya orang yang order tak sedap duduk at one side. yang order sedap at the other side. Jadi bahan gelak je la.


Sapa lapar order ni memang sah tak kenyang. Alif makan apa yek? Alif puasa ke? lariiiiii
Alif order spegetti bolognese twist macam yang EJ ordered semalam. And he quietly enjoyed the speggetti by himself. Tapi mama reen dengan ayah zam dapat gak merasa. Yang lain tak excited nakkan speggetti tu sebab semalam dah makan.


Masa nak balik. Tengah tunggu jockey ambik kereta.


Gaya orang dah kenyang.

Dato' Fen Pitt tengah tunggu kereta. Lepas tu terus ke The Curve melepak.

Bersuka ria di Jusco Setiawangsa

Fid ada training lagi, so plan dinner dengan Zamreen lepas fetch Fid. Nuarlin tak dapat nak join sebab Abah Nuar kerja. Janji jumpa kol 5.30 sebab training habis kol 5.45. Tapi at 5 Fid sms kata training habis kol 7. Since Zamreen dan sampai awal, pi Jusco Setiwangsa dulu bagi anak anak main wind castle.






Macam Macam aksi.





Hafiy was not allowed to go in the windcastle. Bawa dia round jumpa motor mainan ni tapi out of order la pulak. Eksen je la naik. Tapi ada gaya tu.



Ambik gambar dari tingkat atas.


Adam mintak nak begambar dengan tangan ajaib ni.







Hafiy dapat naik benda ni tak nak turun tapi sib baik masa ni Daddy fen yang in charge. Zamreen pi cari ATM. Abis je stop gajah ni terus Daddy fen dukung dia. Senyap tak berbunyi lah Hafiy.

Lepas tu pi kat kerusi ni sementara tunggu Zamreen. Daddy fen letak Hafiy terus cakap. Duduk kat sini jangan turun. Very obedient terus duduk diam sampai Zamreen datang. Tapi Si Ej tu di jeritkan pun dia boleh lari ke sana sini. Buat dek je. Apakah?














Sunday, May 24, 2009

Gossip??? Apakah???

video video

Geng ronggeng kalau dapat berkumpul kecoh macam kat pasar borong. Kalau tak caya, tengok klip ni. Tapi juaranya tentu lah aan. Dia kalau buka story je...sume mata tertumpu ke arah nya. Sambil melopong orang mendengar cerita terbaru dan sensasi dari Aan.

Happy Birthday Adam

video

Klip tiup lilin untuk Besday Adam yang di buat time orang ghairah tengok AF7 Final. Lepas tiup lilin je, terus the kids sume hilang dari depan TV. Lihat la cake yang sangat enak itu. 10 minit terus licin di baham. Besday boy pun bertambah tambah makan cake itu. Ye ke? lariiiiiiiiii

Sunday, May 17, 2009

Pot Luck at CT K's

Bersempena musim Transformasi, maka seperti yang di war warkan CT K bermurah hati untuk menganjurkan pot luck sambil tengok AF7 final. Makanya seperti perancangan rapi yang telah di aturkan beberapa minggu sebelumnya, begini lah persembahan makanan untuk sessi meramping pinggang. Hamba sendiri pun takut bila tengok menu yang bersusun mengalahkan kenduri kahwin. Tak caya? tengok sendiri.
Jus guava dengan asam masin. Gantikan jus kedondong.
Kerabu mangga hasil tangan Puan Fid.

Ayam masal lemak cili api.

Lepat pisang - CT K dok layan permintaan sapa ntah.

Peria goreng dan budu.

Popia basah

Ribena longan. Hidangan paling laku dan meletops malam tu. Hamba tengok Gigih Daddy fen dok ulang bancuh sampai 3 round. Kuat minum betul geng ronggeng ni. Hamba ingat kuat makan je.


Rosemarry Chicken. Hamba di khabarkan resepi rosemary chicken ni dah 2 ke 3 tahun di sebarkan di kalangan geng ronggeng. Tapi malam ni tukang sebar resipi sendiri yang gigih mengorder melalui blog yang di bacanya. Blogger kah tukang order chicken ini? lariiiiiiii


Roti jala dan kuah durian. Hasil tangan Mak Yang. Kembang Semangkuk dia hamba tengok dok kena puji. Boleh buka kopitiam katanya.

Sambal belacan campur Mangga.


Sardine. Ini adalah menu permintaan ramai. Antara masterpiece CT K untuk geng ronggeng.
1) Abah nuar tak makan lauk lain katanya. Dah kebah demam??
2) Lepas ni selain melayan geng ronggeng makan Sardin. CT K ada peminat baru yang layan sardin dia. SelamatHari Guru...Apakah???? lariiiiiiii

Sate ayam dan daging. Sedap ke? Ayah Zam dapat bau je...pastu lidi pun tak nampak katanya. Daddy fen dapat merasa secucuk. Tapi Daddy fen bukan peminat satepun. Ayah Zam peminat sate ke? Mama reen ad tolong simpan kan beberapa cucuk katanya. Simpan kat mana yek??? lariiiiii

Tempe goreng. Mommy fid bekalkan stok. Fresh from the factory. Fresh ke??? lariiiiiiiiii

Tempoyak. Daddy fen import chef khas katanya. Stok tempoyak from Mak Ado.

Ulam daun tenggek burung. Ada lagi beberapa ulaman seperti petai, jering, daun ulam raja, petai jeruk, pegaga dan beberapa lagi. Ada juga Pau yang lembut dan sedap dan agar agar santan hasil tangan CT K. Layan permintaan geng ronggeng katanya.

Mak Yang baru sampai masa ni. Bakul dan bekalan fresh from Keramat.






Toley sate.


Hafiy - Sebelum dapat power

3 sahabat sejati. Semoga panjang umur dan persahabatan tetap meriah selamanya. Backbone geng ronggeng.



Tetiba je jadi main chef .



"Main chef" tunjuk cara menggoreng.



Camne gambar Bandung boleh tersesat dalam posting makan makan ni? Hamba confuse. Tak clear la gambar back ground. lariiiiiii


Ayah Zam - Kalau tuan hamba nak tahu mana pegi sate sate tu sume...tengok gambar ni. Ini lah jawapannya. lariiiiii


Lepas kenyang makan sate baru boleh buat kerja. Ada faham???? Bagaimanakah???



Dialog : Mana Sate? tak tauuuu...kiter dari tadi sibuk buat kerja.

Dialog : Mana sate? Kitorang jaga mangga ye...tak jaga sate.


Tetiba lak "main chef" dapat protege.
Dialog : Haaa...jgn risau ye geng ronggeng. Kalau CT K busy masak sardin untuk "selamat hari guru" je...biar Lin masak kan. Dah master dah ni kan Mak Yang kan.

Nampak sardin terus baik demam. Pastu terus banyak tenaga nak tumbuk cili untuk budu.


Dialog : Geramnya aku tengok makan yang maha banyak ni. Biler diorang nak kasi aku makan ni? Lupa ke aku "main chef"?



1, 2, 3...serbu.
Dialog : Apa apa hal pun tokey sardin makan kat meja. Senang nak tambah kan kengkawan.


Pusingan 4, 5, 6. lariiiiiii



Dialog : Mana sate? daun daun je ada?

Dialog : Kengkawan...pause dulu... lepas makan baru sambung balik round 7, 8, 9. Ready? cheeseeee

Dialog : Tengok...ambo pun makan daun je ayah Zamnya...(dalam hati...he he he)


Dialog : Sedap gak daun tenggek burung ni...tapi mana sate yek? Daddy fen...nko rasa tak sate tadi? sedap ke?


Dialog : Korang makan la ye...akak an dah kenyang dah makan kat umah tadi. (Dalam hati...kita kasi hadam dulu...baru repeat. aku pun dah lost count dah berap round)



Hafiy sentap tak dapat remote car besar.


AF dah start. Layannnn


Masa Aan dok bergossip. Lupa TV arah mana.


Abah nuar dapat kerusi 3rd class je.



10 minit je concentrate bebudak ni.


Ni tengok concert ke tengok daram seram ni?


Minit ke 9.


Minit ke 10.
Dialog : Ish...nyampah den. Orang nak tengok concert sibok yo dio nak berposing romantik kat sini.



Dialog : Kenapa concert ni hambar je ni? Apa kata Astro ambik geng ronggeng jadi akli faculti tahun depan? mesti meletop letop concert.


Dialog : sedap lagi food food tadi dari cencert ni aku rasa.


Sambil tengok concert...sempat lagi potong cake besday untuk Adam. Sedapnya cake...10 minit je licin sume. lariiiiii


HAPPY BESDAY ADAM.



Dialog : Eh tolong sikit eeekkk..aril masuk pun sebab Anak Tiara dah nangis nangis lepas Aril keluar dulu. Tak caya tanya aku.


Besday lagi??? sape pulak punya besday ni? (lilin ada 9 tapi penat nak pasang...so daddy fen pasang 3 je...6 lagi simpan katanya)



Happy besaday mommy. Dalam hati...strawbery tu apa apa hal pun aku punya.


Dialog : Apsal besday cake mommy ada buah buahan? Besday cake aku takde pun??? apsal yek???

Dialog : betul ke besday aku ni? rasanya macam lambat lagi?
Hamba dikhabarkan daddy fen nak jimat belanja...buat sekali harung time geng ronggeng sume ada ni. ye ke??? lariiiiiiii


Dialog : sib baik ada 3 lilin je...jenuh aku nak kira umur aku nanti.

Dialog : Apa la buat besday aku hari ni...kan aku dah tak dapat hadiah dah...orang sibuk tgk of je.

Sib baik Hafiz perform bagus kan kan kan.

Dialog : Aku kalau emo emo ni lapar sesaje...apakah???

Akhirnya Hafiz ditabalkan sebagai juara. Dan geng ronggeng tetap juara juga...juara Melantak dan juara gossip. Apakah??? lariiiii. Hamba tak pasti bila geng ronggeng akan bersidang lagi untuk sessi meramping pinggang yang seterusnya. Tapi kesian lak hamba tengok rumah CT K di belasah dek anak anak.
Apa apa pun...terima kasih semua untuk hidangan yang lazat lazat dan suasana gelak ketawa yang happening. Terima kasih CT K sebab jadi tuan rumah yang berjaya lagi sekali. Hamba nak tanya fendifid, nuarlin, zamreen dan geng posing biler lak nak jadi tuan rumah? lariiiiiii