Wednesday, May 15, 2013

Kesian Kesian Apo nak di Kato

Ayoyo...sedihnya tengok blog yang dah berkulat ni. Kesian di abandon kan sekian lama. Selain daripada penulis malas tahap dewa...club ronggeng pun jarang sekali ada activities. Semua kesibukan katanya.
Mak Yang dan Ado baru baru ni dapat rezeki tukar kerja ke company baru. Same company dengan Lin. So dapat la berkumpul balik geng geng lama. Walaupun tak lengkap macam kat HLA dulu tapi kira ok la kan.
Sempena dapat tukar tempat kerja, Mak Yang dan Ado berbesar hati sponsor makan makan untuk club ronggeng. Acara di buat kat Sentul dan chefnya ialah Siti. Fenfid tetamu yang pertama sampai. Datang awal sebab lepas makan makan ni nak balik PD.
Aan sampai aje posing posing dulu untuk kesekian kalinya.
Posing dengan food pulak. Macam macam ada.
Zara paling kecik dalam group ni. Dia pun sibuk berposing jugak.
Layannn.
Asal nak snap photo aje semua berkumpul menempel. Masa ni Zamreen tak sampai lagi. Stuck in the jammed kata nya.
The kids layan movie kat TV baru.
Mama Reen sponsor cake untuk birthday girl. Celebrate lewat seminggu.
Love Bird. Masa ni orang lain semua dah kekenyangan. Tapi ada 2 families lagi tak sampai lagi. Nuarlin dan Mala semua stuck in the jammed jugak. Tak tahu la apa sebab semua jalan jammed. Jom layan gambar makanan. Semua ni Chef Siti yang masak.
Chow Kit mari.

Sambal Ikan Bilis kentang goreng kering
Daging dendeng. Sedap. Fenfid siap tapau bawak balik PD. Makan dengan lemang...satanem.
Ketam masak lemak.
Sambal belacan mangga.
Ulam ulaman.
Gulai tempoyak dan udang.
Sayur goreng jawa style
Ayam goreng berempah
Longan makan dengan ais.

Sambal sardin
Banana cholate cake sponsored by Zamreen
Besday girl yang happy dapat cake. Sweet 17 katanya.
Layan...nak dekat 10 keping posing macam ni aje dengan cake.
lagi dan lagi
ha ha ha....GGG
Sambal tempoyak lagi.

Konon konon la kan...padahal dah masak tunggu nak hidang aje.


Kan dah kata...posing dengan cake aje entah berapa keping. Happy Birthday Mak Yang...president club ronggeng. Semua happy happy selalu...panjang umur dan murah rezeki untuk buat makan makan lagi macam ni.