Monday, September 3, 2012

Rumah Terbuka Aan - Pecah Record.

Pecah record la tahun ni sebab Asmahan jadi the first dalam group ronggeng buat Open House. Open House tu was on Merdeka Day. Masa ni memasing kekenyangan....sebab food banyak varities and sedap sedap. Puas makan sedap. Semoga murah Rezeki Aan...boleh buat grand grand punya open house next year.

The boys semua pakat lepak dalam bilik sebab nak kan aircond. Biler dah boring baru lepak lepak posing beramai ramai.

Geng Ronggeng yang lain belum ada tarikh khusus untuk open house sebab memasing ada hal tersendiri.

Thursday, August 30, 2012

London oh London


Tajuk - Sehari di Kota London




Pada hujung tahun 2010…bertarikh 31 December, Mak Yang dengan jayanya menjejakkan kaki besar lagi katiknya ke Kota Londonkota pelancong yang tersohor di dunia. Makanya…di coretkan di sini beberapa tempat menarik yang telah di cop mohorkan oleh Mak Yang...kiranya dapat jejak tapak kaki dia tu la…jom kiter layan


The popular BIG BEN

Sejak dari KL lagi Mak Yang memasang impian untuk melihat sendiri Jam Big Ben yang menjadi kemegahan warga kota London. Sebenarnya semasa di sini…Mak Yang tak puas hati melihat jam itu dari luar pagar…makanya Mak Yang berusaha untuk memanjat pagar tu…tapi kelibat pelik Mak Yang disedari olah para guard…makanya usaha Mak Yang mendekati Big Ben..terbantut…hanya sekadar di pinggiran pagar sahaja. Apo nak di kato…kaki berat lambat sangat langkah pagar. Tersangkut kat selipar jepun yang Mak Yang pakai…Lariiiiiiiiiiiii

Kenapa Mak Yang pakai selipar jepun? Tungguuuu.
 Church – Wedding William and Kate.

Mak Yang memang peminat no 1 William…walaupun rambut William ala ala tinggal sipi sipi aje…Mak Yang tak pernah berganjak…tetap meminati putera itu. Selain meminati Mawi dan Mr Bean...Mak Yang peminat no 1 William. Biler mendapat tahu saja wedding Putera William akan di adakan di sini…Mak Yang telah cop tempat dulu…kerusi paling depan mengadap tempat Pope berdiri…sayang sekali…Mak Yang tidak mendapat undangan untuk perkahwinan diraja tu...sbb kerusi kat church tu comel comel aje…makanya Mak Yang hanya melayan upacara itu di tv saje sambil menangis sedu sedan…aku dah cop dulu aku dah cop dulu…huaaaaaa. 
Trafalgar Square – tempat Mak Yang kena kissing dek Mat Salleh lepas detik 12 malam New Year Eve. Sambil cuba memanjat patung singa untuk berposing…jam big ben pun berdetik…masa tu Mat Salleh klon Mr Bean yang nampak kepayahan Mak Yang memanjat patung itu 
 ingin membantu Mak Yang…baru sebelah tangan je tercapai kaki singa tu…detik ke 12 Big Ben pun berhenti…terus lah klon Mr Bean itu mencium pipi gebu mulus Mak Yang sambil berkata…Happy New Year. Mak Yang terus pengsan terjelupuk...sampai tourist ingat ada patung singa kembar kat bawah patung asal tu. Lariiiiiiiiiiiiiiiiiii
 The Eye of London. Tiket yang Mak Yang beli telah di kembalikan semua wangnya. Mak Yang Cuma dapat bergambar dari bawah aje…tak di benarkan masuk…alasan…over weight yang di benarkan. Lariiiiiiiiiiiii
The Parliament

Mak Yang teringin sangat untuk berjumpa PM Britain sambil nak menghadiahkan jeruk petai satu balang… tapi PM Britain tak nak jumpa Mak Yang…makanya berposing dari luar aje.Jeruk petai tu Mak Yang sedekah kat kat ikan ikan dalam sungai tu. Esoknya timbul la ikan ikan tu...sakit perut nak ambik extra udara
 London Bridge – tempat Mak Yang dok nyanyi lagu all time favourite dia…London Bridge is falling down…falling down…keesokannya…satu dunia telah di kejutkan dengan berita Kota London di landa Hujan Batu…sambil kilat sabung menyabung…hanya Mak Yang yang tahu sebab musabab hujan batu tu melanda London. Iklim Britain tak pernah mengalami Hujan Batu...pelik betul la kan kan kan.
 Church-tempat princess Diana kawin dgn Charles.  Selain meminati Putera William, Princess Diana adalah ikon Mak Yang no 1…adalah wajib melawat tempat ni sebab memorial Princess Diana terletak di sebuah pulau dan tiada mengusaha bot yang sanggup menghantar Mak Yang ke pulau itu.
 Pintu Masuk Tower Bridge.

Mak Yang tidak berjaya mendapat kan tiket masuk ke tower bridge ni kerana Mak Yang terlupa menukar selipar jepun dia…protocol untuk masuk ke sini kena pakai boot. Boot Mak Yang basah kerana cuba mengharung air untuk ke memorial Diana di pulau semasa tak berjaya mendapatkan khidmat boat. Boot Basah pakai selipar jepun…padan muka…tak leh masuk ke Tower Bridge ni.
 Palace& museum. Mak Yang tak masuk pun kesini…sebab dia benci subject Sejarah. Museum museum ni bukan makanan Mak Yang…sebab Mak Yang Cuma minat kesusasteraan England saje. Ambik photo ni pun masa dok tukar boot ke selipar jepun sebelum ke Tower Bridge.
Tower Bridge – Mak Yang berposing dari jauh aje sambil meraung Nak Masuk Nak Masuk…Ironinya…pelancong Jepun yang berselipar jepun boleh pulak masuk ke Tower Bridge tu....Mak Yang yang berselipar jepun tak di benarkan masuk. Adakah kerana Mak Yang bukan orang jepun tapi pakai selipar jepun satu kesalahan? Actuallynya…itu hanya alasan…reason sebenar…guard di Big Ben dah roger roger kawan kawan dia yang guard tourist attraction berhati hati dengan Minah Melayu yang pakai selipar jepun….sebab takut Mak Yang nak panjat tower tu pulak…takut roboh.

Sekian la saje…cerita merepek rekaan…impian sejak 10 tahun lepas nak melawat London…tapi tak sampai sampai…abih tu camno…dok asyik pi Bandung, Jakarta, Bali, Kuching, PD…10 kali…Melaka 12 kali…abih camno????