Sunday, June 28, 2009

Transformers at GSC Pavilion

Semalam roger roger dengan Zamreen and Nuarlin for Transformers session. Mulanya ingat nak dinner ramai ramai dulu pastu baru tengok movie. Puas lah Daddy fen try nak book guna phone dgn online. Phone tak dapat. Masuk online...akhirnya dgn gigih dapat la book kat GSC Pavilion. Masa book seat tu yang tinggal pun sume kat front row jek. Yang dapat pun kol 9pm punya show. Zamreen lambat confirm sebab Mama Reen sibuk kat sekolah. Macam pegawai pendidikan dok pi beberapa sekolah semalam. Itu baru 2 orang tu anak yang bersekolah. Belum Hafiy start sekolah lagi...lagi la pening mama reen. Ayah Zam bz kat office layan system canggih katanya. Sebelum Zamreen confirm daddy fen try buat booking untuk Fenfid's dgn Nuarlin's family dulu. Since 7 orang. Kena booking 2 kali.
Pilih punya pilih hall 13 ada kosong semua front row. Terus book 6 seats dulu. Settle. try nak book lagi. Sekali hall 13 dah tak boleh klik dah. Cepat cepat pilih hall 12. Since nak book 1 seat je dapat la pilih seat yang elok sikit kat tengah tengah.
Tak lama lepas tu Zamreen sms confirmation diorang pun nak join. Daddy fen try pilih hall 12. Tak boleh pulak dah, pilih hall 2 dapat front row jugak. Settle. Tu yang akhirnya kena tengok kat hall lain lain tapi showtime sama kol 9.

The kids tak sabar dah masa ni.
Ayam zam yang kelaparan dan keletihan. Dah lah lepas kerja terus rush datang from Semenyih pastu tak sempat nak dinner kat Rainforest. Sib baik baju baru menceriakan sikit apperance...larikkkk.

Muke excited memasing. Guna alasan teman kan kids. Padahal 4 bulan lepas dah start dok nyanyi nak tengok transformers sesama.
Masa nak masuk tu hall 12 & 13 je boleh masuk dulu. Pastu Alif pun dok nak ikut Nuarlin dgn Fenfid. Daddy terus usik dia.
Daddy Fen : "Alif...Alif pi ikut Ayah. Tiket Alif ada pada Ayah."
Alif : Dengan muka terkejut. "Haa?"
Mama lin : "A ah. Alif hall 2. Tiket ada pada Ayah"
Daddy Fen : "Tiket transformers dah habis. Korng kena tengok crite lain. Crite melayu hantu Congkak"
Alif : Yang tetap berjalan ikut group Nuarlin dgn Fenfid. " ala...tak nak...nak transformer jugak"
Ayah : Dari tadi dok panggil Alif Alif.
Akhirnya dgn muka nak nangis Alif terpaksa pi kat Zamreen. Masa ni Nuarlin dgn Fenfid dah masuk cinema area. Mommy Fid macam biasalah dok marah marah Daddy Fen dia menyakat Alif.
Lepas habis je movie terus pi Ampang Point beli Nasi Lemak pastu lepak Mamak sampai kol 2 pagi. Sib baik daddy fen dah kenyang. Lidah dgn lelangit sakit lagi tak leh nak makan nasi lemak. Kena tang sambal tu Meraung...dibuatnya.

Sume kelaparan. Sebab tak sempat dinnerkan.


Tu dia nasi lemak kampung pandan. Tapi lori tu sebelah ampang point.

Mama lin yang tak sabar nak melantak

Sedap ke Abah Nuar? Muka frust sebab nak paru tak dapat. Ada telur goreng jek. Lepas habis sebungkus Abah Nuar pi beli lagi pastu bawa nasi Lemak yang ada paru dengan sambal sotong. Masa Mama Lin dgn Mama yasreen pi takde katanya.


Anak anak makan roti canai. Mommy fid makan tosey yang tak sedap. Dok offer kat orang lain sume tak layan.


Satanem.

Puas hati memasing dapat tengok Transformers especialy the mak maknya.

Tuesday, June 16, 2009

Wedding anak Sedara Ratu Posing


Gambar ni di ambil sempena Majlis Kahwin Anak Saudara kepada chief Ratu Posing. Sape lagi kalau bukan Mak Yang. Gambar pengantin takde. Tak muat nak masuk katanya...larikkkksssss.
Gambar pun tak complete. The kids sume takde dalam gambar. Jangan di tanya kenapa. Jawapan tetap sama.
Selamat Pengantin Baru. Bila lagi nak ronggeng reramai ni yek??? Miss pau kacang la. Oppsss terlebih sudah.