Saturday, August 29, 2009

Bersahur dengan geng ronggeng Part 2

Semalam roger roger geng ronggeng ajak bersahur kat Nasi Kandar Padang Kota kat mydin subang. Nuarlin tak dapat nak join sebab Abah Nuar kerja. Oleh kerana ada masalah technical saat akhir kena tukar venue pi Nasi Kandar Jalan TAR. Memasing tak kisah sebab Ayah Zam dah ketagih nasi kandar kat sini. Hari hari dok nyanyi kat Mama Reen nak repeat makan kat sini. Tercapai gak cita cita.

Learned from past experience, kali ni aku order Ayam Kicap berempah lagi tapi ambik bahagian peha. Kalau bhgn dada dry la. Pastu ada lak telur dadar. Meletops.
Menyelerakan.
Mama reen dengan mummy tak makan nasi. Diorang makan roti canai je.

Walau pun sekejapan berronggeng. Tapi hati puas dapat makan sedap dan borak borak. Anak anak je tak puas nak ronggeng sebab tak boleh lak lari kesana kesini. Kena balik awal sebab EJ and Alif ada tusyen. Next time je la kita pi Nasi Kandar Padang Kota tu. Next week ke? Apakah?

Sunday, August 23, 2009

Bersahur dengan geng ronggeng

Lepas Tarawih, roger roger dengan geng ronggeng untuk pi late supper...kira sahur terus la. Daddy fen suggest pi pekena Nasi Kandar kat Jalan TAR. Zamreen tak pernah pergi restoran nasi kandar ni. Nuarlin dgn Fenfid je yang biasa makan kat sini.



Zamreen sampai dulu, so kena chop tempat la. Fenfid sampai je terus beratur ambik nasi. Daddy fen tak dinner sebab tahu nak kuar makan dengan geng ronggeng. Zamreen katanya nak makan roti canai ke atau yang light je. Tapi nampak je nasi nalarekek yang Daddy Fen bawa terus tukar menu nak makan nasi jugak.



Abah Nuar yang dah makan kat surau masa Tarawih pun dok layan nasi. Apakah?

Nasi kandar dengan Sotong giant dan ayam masak kicap herba.

Daging masak kicap dengan telur ikan.


Hafiy yang happy sebab dapat ronggeng.


Sedapnya Abah Nuar. Mama lin tengok je la sebab ada sahur date dengan bonda katanya.


Sedapnye roti canai...magic tukar jadi nasi...meletop first time try kat sini.


Lega...





EJ dok layan Hafiy...senang parents sume nak makan takde gangguan. Alif lak sesorang dok kat meja lain. Tidur...terus terpeleot.


Sambil makan borak pasal trip Mama Lin ke China. Seronok shopping katanya.

Mummy Fid tak dapat pi china layan gambar je ok la kan kan kan.



Licin. Kedai nasi kandar ni malam malam pun penuh dengan pelanggan. Memang sedap.




Lepas makan tak tahu nak gi mana lepak kat bus stop.


Hafiy dok menari gaya MJ.

Lepas tu nak meronggeng tapi Nuarlin kena balik sebab Aqif sakit perut. So Zamreen dengan Fenfid lepak kejap kat McD. Bagi anak anak lepak main puas puas. Parents pun tak puas berborak lagi.



Habis 1 Mc D tu hafiy conquer. Riuh dia berlari menjerit riang gumbira.


Alif yang dah kenyang.



Happy je memasing dapat ronggeng. Bulan puasa kena kurang la kot activiti meronggeng. Activiti Sahur je boleh layan.








Monday, August 3, 2009

Sunway continue...

Lepas sume dah kenyang. Photo session la kan kat tempat wajib. Depan hotel sunway tu. Mana lagi nak gi. Dah malam. Sunway Pyramid pun dah tutup. Lepas memasing dah kepenatan time untuk pulang.





















Sunday, August 2, 2009

HAPPY BIRTHDAY - MAMA REEN

Dah bersawang blog ronggeng ni. Begitulah pesanan pesanan adik beradik dan kengkawan. Nak buat camne. Bahan ada tapi masa takde. Malas sesado sebab utama.

Tapi dalam sibuk kerja sempat juga geng ronggeng ke Rainforest Sunway untuk dinner sambil celebrate besday Mama Reen yang ke 23. Muda dua tahun dari aku rupanya.
Besday cake tajaan Nuarlin dan Fenfid. Tapi tukang belinya Nuarlin. Konon nak buat surprise...tapi by the time cake ni tiba ke meja lilin pun terpadam dengan sendirinya. Kipas sesaje kiri kanan di mana mana. Belum kira blower lagi. Untuk ketenangan dan keselesaan customer jugakkan. Layannnn.
"Mama ni suka ambik gambar tutup mata tau" - katanya photographer muda Adam.

Lilin yang di nyalakan 2 je...menandakan pangkal 2 kat umur tu telah bertahun di tinggalkan. Lariiiiiii.

Alif yang kusyuk makan Cabonara sampai orang dok nyanyi lagu besday kat mama dia. Dia buat dek je. Sibuk menyuap makanan. Adam pun sama gak. Kisahnya diorang awal awal lagi dah nyanyikan lagu untuk mamanya.

Lovebird. Bila nak ke Bandung lagi?



Besday girl and cute boy Hafiy. Very behave Hafiy hari ni.

EJ dok menyuapkan cabonara kat Mama Reen.

Zamreen. Hadiah besday tiket pi Bandung katanya.
Nuarlin. From Pandan to Shah Alam to Sunway. 1 JAM TAK CUKUP katanya? Apakah? Lariiiiiii

Fendifid. Pasangan remaja. Kah kah kah.

Kalau sapa tak caya cabonara kat Rainforest ni sedap. Tanya Afiq. Satanemmmmmm.

Sume berebutkan longan. Bukan nak makan cake.


Licin semua.

Kenyangnya. Kata Hafiy. Ye ke? Tak caya tengok Ayah.

Besday girl yang happy. Anak buat perangai pun kena maintain senyum jugak. Don't spoil the nightkan. Janji semua mesti happy. Selamat panjang umur dan dimurahkan rezeki.
Selamat beronggeng ke Bandung. Bawak balik ole ole tau.

Ole ole katanya daddy. Oh tidak....tak kan ku benarkan takhtaku di rampas oleh orang lain. Neverrr. I'm still the cute one...the lovely one. Nenek kata jangan gigit kaki kalau nak terus bertakhta.
Gigit tangan takpekan mommy...hu hu hu
Yeah....I am still the one.