Monday, April 26, 2010

Kenyang

Semalam masa balik from Seremban sempat lagi Fenfid roger roger zamreen ajak minum kat Kopitiam Old Timer Bangi. Masa roger roger tu pun tak la lapar sangat...katanya...walaupun. Zamreen lagi la perut ketat memasing sebab ada pesta makanan kat umah nenek Mama Reen.
Sesampai je...order kopi o dulu. Fenfid lambat sikit sebab sempat menyinggah kat Ariani.
Happy sebab dapat kopi o special dan tudung ariani. Ej lak yang dok recommendkan tudung dwi colour tu. Layannn. Masa kat Seremban Daddy fen dan balun pau rendang daging. Mommy tak nak pau tu...kenyang katanya.

Mommy yang kenyang...ordered pulut rendang ayam.

Ayah zam ordered roti kukus.

Daddy fen ordered soto. Sume mantap mantap makanannya. Alif dan Ej ordered nasi lemak rendang ayam. Pastu fenfid dengan zamreen memasing ordered kopi O sampai 2 cawan sorang. Memang kaw kaw punya kopi o special kat sini. The best.

Pre meet up before Mega Ronggeng.

Sabtu lepas, selepas di tunda beberapa kali akhirnya dapat jugak Geng Ronggeng berjumpa untuk majlis makan makan bersama themenya, "Melantak tak Hingat punya". Tuan tanahnya, tak lain tak bukan Cik CT K. Hamba di khabarkan sambil aktiviti utamanya makan makan dan gossip gossip, geng ronggeng nak berbincang untuk trip mega yang akan berlangsung penghujung May dan usul trip seterusnya ke Utara. Tapi Ms President malas nak layan usul trip ke Utara tu sebab Trip May pun tak siap discuss lagi. Kah kah kah. Nak buat camnekan Ms President. Yang penting, semangat beronggeng mesti sentiasa UP.

Tapi hamba kureng puas hati la biler dapat photo majlis makan makan ni. Cam ada yang kureng je. Entah sapa la photographer haus yang ditugaskan untuk snap gambar gambar paparazzi luncheon ni? Kalau ikut firasat hamba, ni sume hasil kerja Ayah Zam. Sebabnya gambar dia sorang je takde. Geng ronggeng yang lain lain tu dok ikut theme sangat. Melantak tak Hingat. Apo nak dikato. Sabar yo, Ayah Zam. Lain kali ambik kursus macam Ms Aan aka ratu posing, macam mana nak enter frame.

Jom kito layan, kisah di sebalik pesta makan geng ronggeng weekend baru ni.


Tak cayo hamba kata photo mengecewakan? Ni contoh eh. Dinamakan "photo cover semua". Gambar makanan takde sangat. Yang ni yo paling jelas sekali. Menu yang ado tentu la menu wajib - Sardin CT K. sayur campur, kari daging (untuk di makan dengan roti jala jugak), ayam goreng rempah, keropok, sambal belacan, budu (import secara paksa dari Pandan Indah from Nuarlin. Daddy Fen beritahu hamba, di roger rogernya Nuarlin konon tanya khabar sambil selit mintak budu). Kentang bulat - menu baru ni dari CT K. Roti jala dan kuah durian from Fenfid. Hot Jelly aka cucur udang from Zamreen. Ice Cream from Ms Aan aka ratu posing. Cake Coklat from Ms president.Drinks pula Ribena longan from Nuarlin. Kalau ada yang tertinggal tu, mintak maap je la ye.
Ayam goreng rempah. Makan dengan nasi lemak pun mari ni.

Botol budu tu yang mahal tu. Lawan pulak dengan Ikan masin, pehhh, satanem.

Pau. Permintaan khas daddy fen. Yang ni hamba pelik sikit, dok ngidam ngidam ni. Ada apa apa ke? Nanti hamba cuba korek rahsia dari Ms Ado yang buat buat blur sejak dua menjak ni. Lariksss.

Nama food ni, tetiba je jadi Hot Jelly. Bukan apa. Patutnya Zamreen bawak agar agar katanya. Tapi kesuntukan masa, cucur udang la jadi penyelamat. Tapi cucur udang melaka ni memang terkenal kat Semenyih tu.
Sebagai penghormatan kat Tuan Tanah event makan makan ni, hamba selitkan gambar ronggeng yang CT K dah framekan. Jadi wajib la kan kat semua photo tu mesti ada CT K.

Abah Nuar antara yang terawal sampai terawal makan dan terawal landing.


Ms Ado aka Ratu Posing pun antara yang terawal sampai. Gigih dia keluar umah sesudah subuh untuk sampai awal. Tapi awal dia pun lepas makanan sume dah siap masak. Lariiiikkk


Khaimal sedang menjamu selera. Bekas keropok tu orang lain ingat dah hilang. Rupanya Ayah Khai bawak lari.

Ms Aan dan Ms ado aka ratu posing, dah siap siap makan sebelum fenfid sampai. Takut daddy fen baca berapa round diorang dok repeat tambah nasi. Jadi Cik Anne take over. Tak cukup kat bawah tadi bersidang dengan Ayah Khai, Cik Annes sambung lak kat meja. Apakah???

Biler orang tanya, Berapa round dah nko tambah ni Cik Anne? Buat buatmuka terkejut. Taktik lama ni. Dalam poket hamba je. Tak gitu Daddy fen?

Akhirnya Cik Anne ngaku Round 3 katanya.
Ms Aan lak sambil posing tu, tangan dok cubit CT K. Mulut bisik kat CT K- "Biar pecah di perut mah. Jangan pecah depan daddy fen. Masuk blog nanti aku repeat 4 kali tadi". Lariiiii.
Zamreen baru sampai masa ni dengan ole ole dari vietnam dan bandung.
Keberangkatan tiba Ms President. Masa ni orang lain dah ketat dah perut memasing.

Apo la yang mummy fid dok suka sangat tu.


Untuk Ayah Zam yang gambar dia sekeping pun takde, cuba belajar dari Ms Aan cara cara nak enter frame. Cam ni, enterframe 1.

Enter frame 2. Ayah Khai pun dok ambik course enter frame jugak.

Ni bukan aksi enter frame. Tapi ni aksi Moncong. Sama ada sedap sangat atau kena paksa makan? Kena tanya Ms President. Lariiiiii.

Ni aksi lenggang perut, biar makanan gerak ke kiri, pastu boleh sambung lagi makan. Apakah?

Yang ni, lesson aksi enterframe yang ULTIMATE. Demo by Ms Aan aka ratu posing.
1) Buat buat tak pandang camera
2) Jarak kan sikit dari main subject photo ni.
Kalau Ayah Zam ikut style Ms Aan, hamba pasti lain kali gambar Ayah Zam akan ada dalam event geng ronggeng yang seterusnya.

Mokre yang last sekali sampai pun ada gak aksinya.

"Hujan pun tahu nak berhenti" kata kata usikan untuk mok re yang kusyuk makan. Tapi masalahnya, Mok re ikut kata kata Ana Raffali - "Hujan Bunga di Kuala Lumpur".
Sepanjang masa beb, mana ada berhenti henti. Sapa nak jawab?

Sebelum bersurai, photo session dulu. Tapi yang sorang tu dok mencanggung tu, apa kes? Banyak makan sampai tak larat nak berdiri la tu. Lariiiiiiii
Ms president pi umah CT K pun balik berplastik begs dia angkut. Bekas kosong untuk tapau food tak yah cerita la kan. 5 jenis tupperware ada. Tu baru pi umah orang, kalau pi shopping, lu pikir la sendiri kata Nabil.

Akhirnya, agenda bincang, terus ke laut. Sume dah kenyang otak pun jammed. Nak bincang apa nya kan. Sampai next event la hamba buat coverage lagi aktiviti geng ronggeng. Layannn.

Monday, April 12, 2010

Rombongan Cik Kiah Ke Sweet Chat Cafe

Memang dah rezeki la dapat jugak beronggeng ke Sweet Chat Cafe ni. Punya la plan dok tunda tunda...sib baik berjaya jugak Fenfid dan Zamreen buat rombongan cik kiah ni. Nuarlin tak dapat turut serta sebab Abah Nuar bz sikit minggu ni. Daddy fen tipu Mama reen dengan Mummy Fid kata cafe ni tutup...punya la frust menonggeng both of them. Siap berura ura nak ke Mid Valley pi outlet cafe ni kat sana. Punya la bersungguh. Kah kah kah.
Kecoh masa ni...the kids dah tak sabar...memasing dah kelaparan. Daddy Fen nak jugak snap photo dulu apa apa hal pun.
Lepas dah order...waiter tu siap print bill untuk daddy fen check order...sampai 3 kali print bill tu.Terlepas pandang jugak...order Ayah Zam takde...kah kah kah.

Alif naik pening...bunyi bising memasing baca menu.


Kedai subway tu pun macam memanggil manggil jugak tu...bau roti yang satanem.

Bukti...dah sampai Sweet Chat Cafe....sah lepas ni akan datang lagi...katanya.


Biler makanan sampai je...memasing macam phiranna la gamaknya. Majority ordered tropical punch. Zamreen je terpaksa berkorban minum ice lemon tea sebab it comes with set speg bolognese yang Adam an Alif ordered.


Sedap bangat rasanya. Sumer puas hati dengan hidangan masing masing.


Photo ni was taken...khas di tujukan untuk Mama Lin...dengan ucapan..."Bila lagi nak ke sini?"

Lex Luuuuu....jawab mama lin.
Mama reen yang first time merasa kesedapan pancake durian ni. Meletops katanya.


EJ yang tukang snap photo ni..."Ayah tak senyum pun"
Ayah jawab ..."Ayah tengah kunyah makanan la"


Mulut memasing penuh dengan pancake durian...apakah?




Ej, Adam dan Alif : "Emmmm....Satanemmmm"
Jom layan...untuk buat korang terliur kesekian kalinya.

Pan Cake durian.

Mama reen ordered this. Baked Mac Cheese.

Hot Dessert. Mama reen - bubur cha cha, Mummy fid - bubur pulut hitam, Ayah Zam - Lai Chi Kang. Paling takde sambutan...lai chi kang ni la....kah kah kah.


Daddy ordered - chicken sandwich...filling dia sekali lagi...daddy fen repeat...best giler.

Mummy Fid ordered - Spicy grilled beef pasta....rasanya macam daging salai masak lemak. Surprisingly...sedap jugak. Boleh layan.


Daddy fen tak minat bubur bubur ni...tetap dengan TongY Ground Nut.

Ayah Zam ordered - curry laksa. Sedap kuahnya...tapi pekat sangat sebab this is the last bowl. Nak order 2...tapi dapat 1 je.

Lepas habis sume makanan di sapu dengan rakusnya...memasing pulang dengan kepuasan. Nanti kita plan lagi...dengan Nuarlin sekali.
To Zamreen...selamat beronggeng ke Bandung...dan selamat bershopping. Jangan lupa kiriman daddy fen tu...pisang salai...nanti daddy fen sms setiap hari ingatkan...Apakah?