Tuesday, October 19, 2010

Taman Pandan Indah

On Sunday lepas Ej dah siap ulangkaji BM dia...Fenfid joined Lin, her sister, aqif dan afiq berjogging kat Taman Pandan Indah. Ej nak bawa roller blade dia tapi mummy and daddy tak approve. Taman tu takde tempat sesuai untuk berroller blade. Nanti ganggu orang berjogging je.

Sampai sampai je...buat senaman ringan terus jogging 3 round. Besar jugak taman tu...hampir sebesar Taman KLCC. Ye ke? belasah je la labuuu.






Mummy Fid and Ibu Lin....walaupun penat berjogging 3 round kat taman tu...tetap ceria masa snap gambar.



Abah Nuar takde...sebab tak habis lagi kerja overtime...pulun habis cari budget shopping kat Orchard Road Sg nanti. Daddy Fen take over layan the kids. Ni dok tolong Afiq hayun buaian.

Afiq sampai nangis nangis suruh Daddy Fen join dia main buaian...layannnn. GGG. Sib baik Daddy Fen sekarang dah kurus. GGG.

Masa ni tengah rehat selepas jogging. Penat wooo.
Lepas dari taman...singgah makan kat kedai Mamak kat Pandan Indah...cover balik energy yang hilang masa bersenam kat Taman tu. Photo tak banyak sebab photo kat phone Sony Daddy Fen semua hilang ghaib macam tu aje. Tak sabar nak beli Blackberry Torch 9800 tu. Apakah?

Sunday, October 17, 2010

Ronggeng di 1 Utama

Semalam Fenfid, Zamreen dan Lin and kids beronggeng kat 1 U. We had dinner at chillies pastu ramai ramai layan Magica. Daddy Fen dengan Ayah Zam teman Hafiy lepak lepak kat luar. Tak teringin langsung nak join the kids tgk crite tu. Tapi the kids semua enjoyed themselves. Siap bertepuk tangan layan lagu lagu dalam cerita Magica tu. Masa ni daddy Fen dok pi cari petrol Station...minyak keta dah sipi sipi je kekeringan. Sib baik instinct betul...kat belakang 1 U tu ada stesyen minyak. Kalau tak...ramai ramai la tolong tolak keta...he he he. The Hot Mamas tengah tunggu meja kosong kat Chillies.

The kids yang kelaparan...sabar menunggu giliran.

Abah Nuar kerja over time...cari rezeki lebih untuk ronggeng kat Singapore next month.

Lepas ordered je..the kids dok sibuk buat puzzle dengan quiz kat paper tu.

Ni masa lepas layan movie.

Macam macam aksi...Hafiy pun join sekali. Kesian hafiy...kejap kejap tanya...mana mama. Dia kebosanan.


Lepas layan movie, kami ke Mont Kiara...jumpa Abah Nuar kat restoran mamak kat situ...masing masing dahaga masa tu...ordered air bertali arus...sampai kembung.


Lepas layan mamak...masa nak balik...sempat lagi berposing.








gambar ni lepas keluar dari Chillies masa nak ke cinema.




Jom layan gambar food pulak.
Boneless chicken strip for kids meal.

Menu wajib Ayah Zam...lamb shoulder.

Beef nachos

Mushroom Jack Combo Fajitas. Mommy's fav.


Chillies...tak laku lak...tak habis...sume dok tolak kesana sini. Tak menepati citarasa kot.


Tripple play- Mama reen's fav.

Salad. Tak sangka licin gak salad ni.

Seronok sangat biler dapat beronggeng ramai ramai macam ni. Kids sampai tak nak balik...tapi this round sebab lepak 2 tempat semua rasa puas hati. Masa nak balik takde drama swasta pun.
Lepas ni...ronggeng kat USS Singapore pulak.

Monday, October 11, 2010

Open House Zamreen

Last Saturday sebagai penutup musim raya 2010, geng ronggeng beramai ramai ke Semenyih ke Open House Zamreen. Fenfid konvoi dengan Nuarlin lewat sikit sebab Fid dengan Nuar habis kerja kol 2pm. Jalan pulak jammed...ikut jalan Seri Kembangan masuk bangi terus ke Lekas kuar kat Semenyih. Kol 3.30 pm baru sampai.
Tak duduk lama terus ambik makanan. Zana dengan Mokre dah lama sampai. Sempat la Mokre tolong tumbukkan sambal belacan.
Alif dengan Hafiy leka main game while other kids main kat dalam bilik.

Nuarlin ambik untuk round 3? 3 aje ke? lariiiii.

Mokre yang sampai sejak 12.30pm leka menemani kengkawan untuk makan.

The kids seronok main dalam bilik. Bola ajaib yang jadi rebutan.

Posing lepas makan makan.

Dessert power dari Mama Reen kali ni ialah triffle. Biler dah expert je Mama Reen terus passed salinan recipe 4 keping dia tu kat mummy fid.

Ayah Zam lak kena dera buat rojak buah. Kueh kicap cili specially made dengan belacan sume lengkap. Lagi lama la kengkawan lepak sambil makan makan. Petang baru memasing balik sebab nak bagi chance Zamreen prepare untuk 2nd Open House esoknya pulak. Thank you to Zamreen untuk kari tulang yang marvellous...tapi cian ulam kureng laku...maybe sebab corum tak cukup kot.

Gambar Zaman Batu

Mula mula sekali nak Gelak dulu...kah kah kahhhhhhh...dah habis raya sebulan kan...baru gambar zaman berbuka pose dulu di upload ke FB...haus haus...Ibu Lin kiter ni. Lariiiiiiiiiiiiiii.
Makanya baru la sekarang dapat di tepek kat blog ni untuk tatapan semua. Sekurang kurangnya...ada la kenangan berbuka ramai ramai untuk geng ronggeng kan. Lepas ni boleh plan untuk repeat...without handbags pulak.
Macam giant...daddy fen...tapi la ni dah kurus balik.
The Co Co...ingat lagi ke...couple comel?

Pasangan remaja...tetap maintain senyum meleret.

Love Bird...macam biasa la...handbags mesti kat sebelah...susah nak berposing berdua....he he he. Cepat la besar Hafiy ni pun.

Masa dinner tu...afiq and aqif tak berapa sihat...so makan pun cam kureng je. Tapi geng ronggeng yang lain...laju je...sehingga bertambah tambah.

Tak caya tanya mokre...paling last basuh tangan. Apakah?


Lepas dah kenyang...posing posing lagi. Yang tak bestnya...CT K dan Miss President tak dapat join. Kalau tak...mesti lagi ribut ini tempat jadinya.


Ibu lin and mama reen...tak dapat berposing dengan love bird...dgn ibu lin pun jadi la kan.


Macam twin.

Aikk...ganti love bird lagi.


Cam adik dgn kakak...sapa adik?
Kalau dapat ke Restoran Hj Sharin ni...mesti ada antara menu di bawah ni akan siaran ulangan...sebab sedap dan mantap. Biler ekk...kiter nak repeat? Jomm jomm.

Chicken with Thai Sos.

Kai lan apa entah...dah lupa dah...tapi sedap bangat.


Crab kam heong...sedap jugak. Satanemmm.


Menu wajib kalau pi makan seafood...udang butter