Sunday, November 21, 2010

Two in One

Tak sangka tadi Fenfid dan Nuarlin dapat buat plan mengejut. Kalau ikut perancangan awal, Fenfid nak ke Ampang untuk fetch Ayah mommy Fid untuk di bawa ke Keramat. Abah Nuar pulak standby hari ni. Daddy Fen pun standby jugak tapi support from home. Handphone tak lekang dari tangan walaupun dari pagi senyap sesado. Takde pulak sesapa nak update status kerja.

Oleh kerana by noon rasa macam semua under control for Daddy Fen and mommy pun dah selesai tugasannya. Makanya beroger roger la dengan Nuarlin untuk plan ke Semenyih untuk visit Alif yang berkhatan hari ni. So happen Abah Nuar pun pulang awal. Kol 4 gerak dari umah memasing. Tapi tak terus ke Semenyih...sempat menyinggah kat Old Timer Kopitiam Bangi. Tu yang jadi tajuk 2 in 1. Sambil pi melawat Alif...singgah lepak kopitiam.
Gambar ni daddy fen cilok dari fb. Alif masa ni dok leka main psp. Tapi biler bius dah habis...psp pun tak dapat nak tolong. Sib baik kejap aje rasa sakitnya...lepas telan ubat...Alif dah boleh senyum balik. Kejap je masa berlalu...lagi beberapa tahun Zamreen akan sibuk kenduri menyambut menantu pulak. Apakah? 8nw...Zamreen kena go through lagi 2 kali majlis khatan ni...for Adam dan Hafiy pulak. Ni je sekeping gambar yang ada...so kita merepek pulak chapter satu lagi...pasal kopitiam.
Masa baru sampai Kopitiam. First time for Nuarlin and family ke sini. Berkobar kobar semangat.
The COCO. Sebelum belek menu...posing dulu.
The kids tak nak duduk dengan parents...diorang cari meja sendiri...order sendiri...tapi parents bayar.
Masing masing happy dapat food yang diorang order sendiri. Aqif - nasi lemak and chicken rendang. Afiq - Roti kukus with strawberry sauce dan Misha - soto ayam.
Ibu Lin - Memang mantap la food kat sini. Walaupun kenyang sebab dah makan kat rumah...licin 2 mangkuk sup tulang dan soto. Apakah? Lihat saja ekspressi Ibu Lin yang menikmati penuh perasaan sup yang sedap melampau tu. Lariiiiiiiiiiiiiii.
Abah yang dah kenyang jugak sebab dah lunch kat umah, ordered sup tulang dan roti kukus 2 keping. Sehinnga menjilat jari.
Mommy Fid dan Daddy Fen makan ubi rebus kelapa. Memang mantap. Mulanya order sepiring, pastu tak cukup daddy Fen order lagi sepiring. Sedap lagi menyedapi. Kombinasi yang mantap kalau layan dengan kopi classic special. Fuhh...layannnn.

Saturday, November 13, 2010

Cuba Broadband baru

Tadi beli broadband baru..pastu siap berlaku drama kat Jusco. Today was a day without plastic bags so I brought with me 2 big plastic bags untuk letak barang barang.Sebelum masuk pasaraya I drop by kat tele centre kat situ and bought a broadband. This broadband is more for Fid to use in her office. Lepas tu I put the broadband, resit sumer dalam bag plastic bag tu.

Sampai je kat pasaraya terus ambik trolley and I put the plastic bags inside the trolley...terus pi bahagian sayur sumer. I left the trolley unattended sekejap untuk pi ambik serai. By the time ambik serai pi balik kat trolley...nampak trolley kosong. Bag plastik tu dah takde as well as my broadband. Terus pi buat report and nothing much the security can help...kalau nak tengok cctv kena ada police report katanya. I called Fid bagitahu dia broadband yang baru beli dah hilang...tak sempat nak try pun.

Lepas tu pi tele centre tu untuk buat replacement sim card. Tak pasal pasal kena bayar Rm10. Frustratedly i went to the supermarket again and continue beli barang. Pastu masa nak cari kerisik kena tanya beberapa orang staff ..tapi tak nampak pun kerisiknya. Masa pusing pusing cari kerisik tu jumpa trolley and ada bag plastik dalam tu...terus check and alhamdullillah ada my broadband dalam tu. Entah sapa pi tolak trolley tu punya la jauh ke tempat lain..memang takde kerja betul.

Ni dok try load gambar guna broadband baru...tak selaju streamyx.
















Tuesday, November 9, 2010

Cuti Cuti Singapore

Sempena cuti Deepavali baru baru ni, Zamreen, Nuarlin dan CT K bercuti ke Singapura. Master planner merangkap co-ordinator untuk trip ni ialah mama reen. Yang lain lain bawak badan je. Memang terbaek hasil planning dan arrangement mama reen untuk trip ni. Bravo.
Hamba di khabarkan Aqif dan Afiq pertama kali naik flight. Teruja memasing. Ibu Lin yang selalu kecut perut naik flight pun hilang suspense sebab happy tengok anak anak excited giler.

Hero hero yang bikin gamat kat Singapore.


CT K pun ikut tak menang tangan melayan anak anak bercuti cuti.


Love Bird and family. Asal berposing je kena pegang Hafiy yang very active.

Sempat tu berposing manja dalam MRT. Ayah Zam siap dengan back packnya praktis untuk trip bujang withour handbag katanya.

The boys kalau berposing mesti macam macam aksi.

The COCO family. Yang lawak sekali masa hamba di beritahu berkenaan usaha gigih Ibu Lin merealisasikan trip keluarga ni. Akhirnya tergapa cita cita. Hilang segala penat jerih Ibu Lin.

CT K and boys. Nampak dah nak remaja Fikri ni. Boleh la CT K ikut family trip lain kali. Anak pun dah besar panjang. Mesti Meriah.
Tu dia besarnya back pack Ayah Zam hamba tengok pun macam tak percaya je. Nampak macam nak mengembara 1 minggu.

First time Aqif naik MRT.

Abah Nuar yang kepenatan. Padahal masa ni belum pun masuk gear 2 lagi. Baru santai santai ronda.

Wajah ceria di Bugis street. Penat dan kaki pun melecet. Hampa rasa mesti anak anak dah mula songel masa ni sebab jauh berjalan.

Masing masing dah kelaparan lepak minum dan makan dulu.
Dapat je check in terus masing masing landing lepaskan penat lelah meronda Bugis Street.


Selepas dah puas berehat...masing masing mula masuk gear 2 macam biasa mama reen master planner kena tengok map dulu. Ibu Lin dan CT K bagi moral support untuk mama reen menjalankan tugasnya dengan jayanya.

Sambil jalan jalan sempat window shopping.

Terserlah keceriaan di wajah anak anak. Hamba suka melihat gambar anak anak senyum meleret. Happy sokmo.

Mama reen tak melepaskan peluang beraksi untuk mengangkat kapal tu. Tapi nampaknya cubaan mama reen kurang berjaya. Daddy Fen bangga la tu sebab dulu dia pernah berposing macam ni.
Ayah Zam and boys. Mana gerangan mama reen?


Ibu Lin dan CT K masih teruja berposing tapi anak anak dah mula malas malas.

Berjam jam kat area Esplanade ni. Cun cun persekitaran ni kan.

Hampa pasti semua puas hati dapat melihat dan bergambar dengan Merlion ni. Puas hati memasing. Yang belum berkesempatan ke sini kena la cepat cepat plan untuk ke Singapore. Berbaloi baloi.

CT K dan Faris.

Cun Photo ni.

Alamak kurang menjadi tapi takpe percubaan yang baik. Usaha lagi. He he he.

Usaha tangga kejayaan. Cun.

Marina Bay Sand yang mahal lagi cun.

Afiq berjayaaaaa!


Cun melecun.
Sekejapan aje dah habis sehari tour di Singapore. Malam tu masing masing nyenyak tidur sambil senyum sebab esoknya nak meronggeng ke USS.