Thursday, October 6, 2011

The Best Trip katanya

Waduuhhh, rasanya hamba sudah berkurun lama tidak bersiaran di blog ini, bak kata Daddy Fen HAUS. Rindu tidak terkira tapi apakan daya, Hamba kesibukan yang amat. Daddy Fen aja yang berkesempatan memeriahkan blog ini. Takpa takpa, biar sekali sekala hamba muncul yang mustahaknya merapu Tukang Karut terkesan di sanubari Geng Ronggeng khasnya.

Di Khabarkan Geng Ratu Posing dan CT K baru saja pulang dari bercuti dan bermesra di Korea. Yang maha hebatnya ada antara mereka yang dapat bermesra dengan pak cik tua di Korea. Peristiwa itu terkesan di benak sanubari CT K katanya.
Oleh kerana masing massing desperado tiada berteman sepanjang percutian, maka terpaksa lah bertemankan pokok pokok. Kalau tidak percayakan hamba, tanya pada Meet Uncle Hussin yang popular dengan lagunya Tanya Sama Pokok. Lariiii

Sungguh Indah pemandangan di Korea dan gambar ini cukup untuk membuktikannya. Hamba salute pada pemilik camera canggih ini. Kepada Mama Reen dan Ibu Lin, sila la gantikan camera cap ayam kamu berdua ya. Lari lagiiiiii.

Hamba pasti pembaca tertanya tanya mengapa tiada tourist lain di situ? Bagaimana geng ratu posing mampu berposing dengan tanpa gangguan maka terhasilnya photo yang cemerlang lagi terbilang ini? Di beritakan kekecohan geng ratu posing dan CT K bersama beberapa kawan mereka yang ikut di Nami Island itu, umpama pasar borong Selayang. Tourist dan warga Korea yang kagum lagi pening terus menjauhkan diri dari group mereka ini. Sebab tu lah mereka dapat berposing sakan sampai 3500 keping photo di snap untuk 4 hari percutian. Pengsann.

Sekali imbas macam puteri puteri Korea berhias. Dua kali jeling macam anak anak Smart Readers di bawah kelolaan mummy Fid berposing sebelum membuat persembahan di concert tahunan. Yang pastinya, jika begini lah anak anak didik mummy Fid beraksi, pasti mummy migrain 3 hari. Terutama sekali melihat Mak Ado yang baju sampai tersenget ribennya tu. Miss President yang terkejung tu sebenarnya menahan nafas. Itu baju paling ngam yang Miss President muat. Lariiii. Teruk lah hamba asyik kena lari aje. CT K dan Aan pandai kontrol ayu...tapi Aan tu senyum sebab lepas posing dapat makan.




Hamba sampai sekarang tak dapat nak figure out apa motip photo ni. Siapakah gerangan apek Korea ni? Yang passti jaket busuknya itu menjadi kenangan terindah kepada CT K.


Walaupun ada 3500 keping photo katanya, hamba cuma di bekalkan dengan 3 photo ini saje untuk tatapan readers sekalian. Sebab tukang upload photo melepek kat rumah demam dan batuk kerana cuaca di Korea yang hujan dan sangat sejuk. Miss President, Aan dan Mak Ado semuanya down with flue. Cuma CT K aje yang up, gara gara jacket busuk coklat itu.


Sekian, coretan merapu tukang karut untuk kali ini sehingga ketemu lagi.







Monday, September 26, 2011

Open House CT K 2011.

Semalam geng ronggeng beramai ramai attending rumah terbuka CT K. Dah planning baik punya ramai ramai sampai lambat sikit. Sampai sampai aje memasing terkam makanan dulu.
Ms president sampai lambat sekali...lepas makan posing posing dulu...memasing asal nampak je daddy fen pegang camera semua get ready. Takut gambar paparazzi semua keluar kat blog ni. LOL. Yang ada yang memek muka terlebih ke...posing terover ke...kena jaja kat blog ni....leceh semua. Topic hangat bukan gossip gossip...tapi pasal plan ronggeng yang bersusun susun sampai tahun depan. Manila, Korea, Perth, Singapore, Ho Chi Mint dan Langkawi...antara tempat tempat yang ahli geng ronggeng akan pergi dari bulan 9 ni sampai la ke tahun depan. Layannnn.
Tasha yang susah nak tidur sebab kepanasan. Sementara Daddy Fen makan...mummy pegang tasha dulu.
Tengok memasing posing terbaek punya...senyum meleret memasing. Kalau photographer tak sound...siap la memek muka memasing.
Kaum ayah conquer kat ruang tamu satu lagi. Lepak lepak borak borak sambil layan kacang.

Rasanya ini lah penamat open house for 2011. Sampai bertemu Syawal yang akan datang pulak.

Thursday, September 22, 2011

Ronggeng Beraya ke Jelebu.

Sebenarnya ini kisah siaran ulangan sebab dah cerita kat blog 30 smtg dah...tapi ada banyak photo yang di snap aku daddy fen tak published kat situ. Masa tu ingat nak cepat siap aje posting tu. LOL.
Afiq dengan fesyen rambut angry bird dia.
Masa ni dok tunggu Abah Nuar dengan Ayah Zam "buat" kereta kat Kajang. LOL. Plan nak gerak kol 12.30pm terus jadi 1.30pm. Ikut highway Lekas terus ke Jelebu. Cam dekat je Jelebu tu rasanya.
Posing posing dengan Tuan rumah Iszue before makan. Sampai pun time lunch...memasing memang kelaparan.
Abah Nuar nak test power camera canggih DSLR Daddy Fen. Suruh Daddy dengan Adam jadi model snap gambar membelakangkan cahaya yang kuat dari luar. Terbukti camera daddy canggih. ha ha ha.
Masa ni tengah keboringan menunggu hujan berhenti...rambut pun takde dah style angry bird.
Liz ada tanya...antara Zamreen dengan Nuarlin siapa akan berjangkit dulu....maknanya siapa akan pregnant dulu to deliver Zamreena or Nuarliana? Kalau kita perhatikan gambar makan yang atas dan bawah ni...rasanya semua orang boleh jawab. LOL.
The Coco yang bercanda mood. Apakah? cer citer cer citer...sapa nak jawab soalan kuiz Liz tu?
Faheem masa ni baru bangun tidur. Masa kami sampai dia tengah tidur sebab baru balik dari kenduri kahwin.
Ambik berkat. LOL.
Faheem dengan bantal favourite dia duduk kat daddy dia. Masa ni masih takut takut dengan tetamu yang ramai ni.
Kan main syok lagi dia gigit bantal dia tu.
Faheem yang genap setahun.
Comel.
Lepas hujan berhenti, the kids semua ke pondok tepi kolam ikan untuk memancing. Guna umpan kueh cha koi. Itu je yang ada...belasah.
Ayah Zam yang mula sekali berjaya tangkap ikan.
Lepas tu Afiq pulak dapat.
Aqif pun dapat jugak...semua orang take turn untuk pancing....kecuali Daddy Fen dan Alif. Kami ulat buku lepak tepi kolam baca paper. LOL. Feeling feeling lepak kat pantai Kuta Bali.
Mummy dengan Mama Reen pun datang jugak ke pondok...tapi jadi pemerhati aje la.
Entah apa la yang diorang toraks kan. Masa ni dah hujung hujung time untuk gerak balik sebab dah janji nak beraya ke Kajang pulak lepas tu. Nuarlin first time sampai ke sini...seronok la the kids sebab diorang suka layan memancing. Nanti tahun depan la pulak...buat trip ke sini lagi...yearly event ni. Layannn.

Wednesday, September 7, 2011

Beraya ke rumah President Geng Ronggeng

On 2nd day raya masa fenfid beraya ke Melaka, sempat la singgah ke rumah Mak Yang...walaupun masa tu sampai dah petang. Memang daddy fen dah set baek punya dengan Mak Yang nak beraya ke rumah dia. Tu yang Mak Yang siap dressing maut punya tunggu family kami sampai. Tu dia baju raya terbaekkkk. Lariiiiiii.

Cakap pasal baju raya kan...hari tu sempat la borak through email kenangan membeli baju raya masa kecik kecik. Macam Aan Ayah dia dulu beli kain satu kayu...semua adik beradik sedondon je baju...mak dia jahit sendiri...pastu kain lebih buat cadar katil. Yang penting...tetap meriah dan rasa macam baju raya tu cun bangat walaupun sedondon dengan kain cadar.

Mama Reen pulak bershopping baju gaun kat Globe Silk Store...masa tu rasa cam dah hebat sangat lah. Cer kita tanya anak anak kiter kat mana Globe tu...sah sah sumer tak tahu kat mana...LOL.

Daddy fen dulu masa kecik beli baju raya kat pasar malam...RM10 dapat 3 helai...so dapat la sorang sehelai dengan adik beradik...baju corak sama...warna je lain lain. Masa tu sebelum raya dah sibuk test pakai siap dengan kasut...tak sabar nak beraya. Seronoknya kenangan masa kecik kecik dulu.

Tapi anak anak zaman sekarang ni...songel terlebih...nak yang berjenama la...mahal la...fesyen terbaru la...malas nak layannn. GRRRR.
Masa kami sampai elok je group sebelum kami nak pulang...terus dapat makan...LOL. Gambar ni di snap selepas selesai makan.
Tuan rumah jamu kami nasi. Memang daddy fen tengah lapar pun masa tu...pastu ada pulak masak lemak ikan campur binjai jeruk...terbaek dari ladang. Sedap meletops. Rendang kerang, sambal sotong dan rendang ayam pun ada...daddy fen makan bertambah tambah. Penat drivekan...kena la isi minyak lebih sikit. Mommy Fid makan sikit aje sebab kat umah kakak dia dia dah melantak banyak punya...rugi rugi.

Thank you to Mak Yang yang sanggup gak melayan kami ni walaupun sampai dah lewat petang.

Wednesday, July 20, 2011

Melawat Geng

Sabtu lepas Geng Ratu Posing dan CT K datang ke rumah fenfid untuk Visit Fid yang baru bersalin. Memasing pun tak sabar nak jumpa dengan Tasha yang cute cam daddy dia tu. Tengok gambar je mana puas....kan kan kan.
CT K sampai dulu...siap bawa pau panas untuk jamu kengkawan. Fid pun dah segar sikit badan dan puas rehat...suka kengkawan datang visit. Sessi berposing wajib la kan.
Tasha elok je diam Mak Ado dia dukung. Tapi Mak Yang tengok cam tak puas hati yoo..
Mak Yang yang tak puas hati dengan cara cara Mak Ado dukung budak, take over...cam ni dukung budak...katanya. Makin lena lah Tasha tidur. Tak berbunyi langsung.
Lepas tu Mak Yang sambung pulak syarahan cara cara berpantang bersalin. Yang lain kusyuk je dengar. Masa ni Asmahan pun sampuk sekali sekali

Syarahan Aan " Aku senang je cakap...diorang suruh makan nko makan nanti yang menanggung sakit nko sorang bukan diorang " masa dok menasihat Fid jangan makan benda benda gatal.
Kejap je Aan concentrate...biler dia rasa kari ayam tu sedap bangat terus dia concentrate makan je. Mak Yang je la yang continue menurun kan tips kat Fid. GGG.