Monday, September 26, 2011

Open House CT K 2011.

Semalam geng ronggeng beramai ramai attending rumah terbuka CT K. Dah planning baik punya ramai ramai sampai lambat sikit. Sampai sampai aje memasing terkam makanan dulu.
Ms president sampai lambat sekali...lepas makan posing posing dulu...memasing asal nampak je daddy fen pegang camera semua get ready. Takut gambar paparazzi semua keluar kat blog ni. LOL. Yang ada yang memek muka terlebih ke...posing terover ke...kena jaja kat blog ni....leceh semua. Topic hangat bukan gossip gossip...tapi pasal plan ronggeng yang bersusun susun sampai tahun depan. Manila, Korea, Perth, Singapore, Ho Chi Mint dan Langkawi...antara tempat tempat yang ahli geng ronggeng akan pergi dari bulan 9 ni sampai la ke tahun depan. Layannnn.
Tasha yang susah nak tidur sebab kepanasan. Sementara Daddy Fen makan...mummy pegang tasha dulu.
Tengok memasing posing terbaek punya...senyum meleret memasing. Kalau photographer tak sound...siap la memek muka memasing.
Kaum ayah conquer kat ruang tamu satu lagi. Lepak lepak borak borak sambil layan kacang.

Rasanya ini lah penamat open house for 2011. Sampai bertemu Syawal yang akan datang pulak.

Thursday, September 22, 2011

Ronggeng Beraya ke Jelebu.

Sebenarnya ini kisah siaran ulangan sebab dah cerita kat blog 30 smtg dah...tapi ada banyak photo yang di snap aku daddy fen tak published kat situ. Masa tu ingat nak cepat siap aje posting tu. LOL.
Afiq dengan fesyen rambut angry bird dia.
Masa ni dok tunggu Abah Nuar dengan Ayah Zam "buat" kereta kat Kajang. LOL. Plan nak gerak kol 12.30pm terus jadi 1.30pm. Ikut highway Lekas terus ke Jelebu. Cam dekat je Jelebu tu rasanya.
Posing posing dengan Tuan rumah Iszue before makan. Sampai pun time lunch...memasing memang kelaparan.
Abah Nuar nak test power camera canggih DSLR Daddy Fen. Suruh Daddy dengan Adam jadi model snap gambar membelakangkan cahaya yang kuat dari luar. Terbukti camera daddy canggih. ha ha ha.
Masa ni tengah keboringan menunggu hujan berhenti...rambut pun takde dah style angry bird.
Liz ada tanya...antara Zamreen dengan Nuarlin siapa akan berjangkit dulu....maknanya siapa akan pregnant dulu to deliver Zamreena or Nuarliana? Kalau kita perhatikan gambar makan yang atas dan bawah ni...rasanya semua orang boleh jawab. LOL.
The Coco yang bercanda mood. Apakah? cer citer cer citer...sapa nak jawab soalan kuiz Liz tu?
Faheem masa ni baru bangun tidur. Masa kami sampai dia tengah tidur sebab baru balik dari kenduri kahwin.
Ambik berkat. LOL.
Faheem dengan bantal favourite dia duduk kat daddy dia. Masa ni masih takut takut dengan tetamu yang ramai ni.
Kan main syok lagi dia gigit bantal dia tu.
Faheem yang genap setahun.
Comel.
Lepas hujan berhenti, the kids semua ke pondok tepi kolam ikan untuk memancing. Guna umpan kueh cha koi. Itu je yang ada...belasah.
Ayah Zam yang mula sekali berjaya tangkap ikan.
Lepas tu Afiq pulak dapat.
Aqif pun dapat jugak...semua orang take turn untuk pancing....kecuali Daddy Fen dan Alif. Kami ulat buku lepak tepi kolam baca paper. LOL. Feeling feeling lepak kat pantai Kuta Bali.
Mummy dengan Mama Reen pun datang jugak ke pondok...tapi jadi pemerhati aje la.
Entah apa la yang diorang toraks kan. Masa ni dah hujung hujung time untuk gerak balik sebab dah janji nak beraya ke Kajang pulak lepas tu. Nuarlin first time sampai ke sini...seronok la the kids sebab diorang suka layan memancing. Nanti tahun depan la pulak...buat trip ke sini lagi...yearly event ni. Layannn.

Wednesday, September 7, 2011

Beraya ke rumah President Geng Ronggeng

On 2nd day raya masa fenfid beraya ke Melaka, sempat la singgah ke rumah Mak Yang...walaupun masa tu sampai dah petang. Memang daddy fen dah set baek punya dengan Mak Yang nak beraya ke rumah dia. Tu yang Mak Yang siap dressing maut punya tunggu family kami sampai. Tu dia baju raya terbaekkkk. Lariiiiiii.

Cakap pasal baju raya kan...hari tu sempat la borak through email kenangan membeli baju raya masa kecik kecik. Macam Aan Ayah dia dulu beli kain satu kayu...semua adik beradik sedondon je baju...mak dia jahit sendiri...pastu kain lebih buat cadar katil. Yang penting...tetap meriah dan rasa macam baju raya tu cun bangat walaupun sedondon dengan kain cadar.

Mama Reen pulak bershopping baju gaun kat Globe Silk Store...masa tu rasa cam dah hebat sangat lah. Cer kita tanya anak anak kiter kat mana Globe tu...sah sah sumer tak tahu kat mana...LOL.

Daddy fen dulu masa kecik beli baju raya kat pasar malam...RM10 dapat 3 helai...so dapat la sorang sehelai dengan adik beradik...baju corak sama...warna je lain lain. Masa tu sebelum raya dah sibuk test pakai siap dengan kasut...tak sabar nak beraya. Seronoknya kenangan masa kecik kecik dulu.

Tapi anak anak zaman sekarang ni...songel terlebih...nak yang berjenama la...mahal la...fesyen terbaru la...malas nak layannn. GRRRR.
Masa kami sampai elok je group sebelum kami nak pulang...terus dapat makan...LOL. Gambar ni di snap selepas selesai makan.
Tuan rumah jamu kami nasi. Memang daddy fen tengah lapar pun masa tu...pastu ada pulak masak lemak ikan campur binjai jeruk...terbaek dari ladang. Sedap meletops. Rendang kerang, sambal sotong dan rendang ayam pun ada...daddy fen makan bertambah tambah. Penat drivekan...kena la isi minyak lebih sikit. Mommy Fid makan sikit aje sebab kat umah kakak dia dia dah melantak banyak punya...rugi rugi.

Thank you to Mak Yang yang sanggup gak melayan kami ni walaupun sampai dah lewat petang.