Tajuk - Sehari di Kota London
Pada hujung tahun 2010…bertarikh 31 December, Mak Yang dengan jayanya menjejakkan kaki besar lagi katiknya ke Kota London …kota pelancong yang tersohor di dunia. Makanya…di coretkan di sini beberapa tempat menarik yang telah di cop mohorkan oleh Mak Yang...kiranya dapat jejak tapak kaki dia tu la…jom kiter layan
Church – Wedding William and Kate.
The popular BIG BEN
Sejak dari KL lagi Mak Yang memasang impian untuk melihat sendiri Jam Big Ben yang menjadi kemegahan warga kota London . Sebenarnya semasa di sini…Mak Yang tak puas hati melihat jam itu dari luar pagar…makanya Mak Yang berusaha untuk memanjat pagar tu…tapi kelibat pelik Mak Yang disedari olah para guard…makanya usaha Mak Yang mendekati Big Ben..terbantut…hanya sekadar di pinggiran pagar sahaja. Apo nak di kato…kaki berat lambat sangat langkah pagar. Tersangkut kat selipar jepun yang Mak Yang pakai…Lariiiiiiiiiiiii
Kenapa Mak Yang pakai selipar jepun? Tungguuuu.
Mak Yang memang peminat no 1 William…walaupun rambut William ala ala tinggal sipi sipi aje…Mak Yang tak pernah berganjak…tetap meminati putera itu. Selain meminati Mawi dan Mr Bean...Mak Yang peminat no 1 William. Biler mendapat tahu saja wedding Putera William akan di adakan di sini…Mak Yang telah cop tempat dulu…kerusi paling depan mengadap tempat Pope berdiri…sayang sekali…Mak Yang tidak mendapat undangan untuk perkahwinan diraja tu...sbb kerusi kat church tu comel comel aje…makanya Mak Yang hanya melayan upacara itu di tv saje sambil menangis sedu sedan…aku dah cop dulu aku dah cop dulu…huaaaaaa.
Iklim Britain tak pernah mengalami Hujan Batu...pelik betul la kan kan kan.
Church-tempat princess Diana kawin dgn Charles. Selain meminati Putera William, Princess Diana adalah ikon Mak Yang no 1…adalah wajib melawat tempat ni sebab memorial Princess Diana terletak di sebuah pulau dan tiada mengusaha bot yang sanggup menghantar Mak Yang ke pulau itu.
Mak Yang tidak berjaya mendapat kan tiket masuk ke tower bridge ni kerana Mak Yang terlupa menukar selipar jepun dia…protocol untuk masuk ke sini kena pakai boot. Boot Mak Yang basah kerana cuba mengharung air untuk ke memorial Diana di pulau semasa tak berjaya mendapatkan khidmat boat. Boot Basah pakai selipar jepun…padan muka…tak leh masuk ke Tower Bridge ni.
Palace& museum. Mak Yang tak masuk pun kesini…sebab dia benci subject Sejarah. Museum museum ni bukan makanan Mak Yang…sebab Mak Yang Cuma minat kesusasteraan Sekian la saje…cerita merepek rekaan…impian sejak 10 tahun lepas nak melawat London…tapi tak sampai sampai…abih tu camno…dok asyik pi Bandung, Jakarta, Bali, Kuching, PD…10 kali…Melaka 12 kali…abih camno????