Friday, January 23, 2009

Bandung trip Jan 2009 - shopping & sape ni?

Kalau pi Bandung, inilah activity paling utama di sana. Shop till you drop. Selepas check in ke apartment, tak buang masa terus ke shopping mall Paris Van Java . Selepas makan, terus start gear untuk activity utama ni - SHOPPING ler...apa lagi. Terlalu ghairah bershopping, akhirnya takde satu pun gambar dari rombongan "cik kiah" sedang sibuk bershopping. Yang ada gambar sama ada sebelum or selepas bershopping.

Tapi yang peliks tu...masa geng ronggeng nak bergambar...ada sorang perempuan ni dok kata dia chop dulu pokok tu. Insist nak enter frame...kalau tak she wouldn't move from that spot. SAPE NI? Sebab nak sangat bergambar dgn pokok cantik ni depan shopping malls...kami layannnn sama dia. ok la pulak biler bertiga tu...macam "Three Sisters" kat Blue Mountain Australia.




Talking about "sape ni?"...yang ni lagi kes teruk...satu keluarga dok halang scenery sessi bergambar kami. Kalau kami tak ambil gambar diorang...they did not want to move from the spot. Lepas ambik gambar ni baru lah kami pulak dapat take turn bergambar depan The Summit sebelum kami tolong buka gedung ni di awal awal pagi. Sape diorang ni? tersesat dari mana la gamaknya. Mesti sama sama tersesat dgn the other one...yang bergambar kat pokok tadi tu. Dari kejauhan family ni nampak macam Expert Shoppaholic. Kejap kat kedai ni...kejap kat kat kedai lain pulak. Tak terkejar Zamreen and Fenfid nak ikut rentak diorang ni.




Bila terawal sampai, kedai pun tak buka lagi kami berposing dulu. Lepas habis shopping sambil tunggu kengkawan lain yang belum habis kami bergambar lagi. Begitulah rutin setiap hari. Yang pasti....kami sempat tolong tutupkan kedai Donnatello and tolong buka The Summit keesokan harinya. Impian Zamreen tercapai juga akhirnya nak buat explorace shopping. Banyak ke beli barang memasing? Tengok je la bukti di bawah.






Beginilah rupanya setiap kali balik apartment 6 star yang kami duduk tu selepas seharian bershopping. Tak cukup tangan nak carry shopping bags terpaksa guna trolley. Pastu kat bilik penuh bags sampai nak berjalan pun susah. Almaklum, bilik besar giant king size...kan kak long kan. Sesuailah pulak dgn harganya. he he he. Dah penat bershopping, nak kemas penat sangat. Begitulah rupenya.








Dalam separuh hari je beginilah hasilnya. Sape juara shopping paling banyak beli barang? "Rosyam Nor" celup la gamaknya. Spot the belang belang shirt, tie segala. Nak Makeover katanya bila nak masuk office sekembali dari Bandung nanti. Bayangkan pulak barang barang yang di beli sepanjang 4 hari kami di sana bershopping in heaven sampai over budget. Last last...sapa jadi banker? Ada lah sorang tu..siap kena marah lagi dek shopper queen sebab tak cakap kat dia ada 1.2m rupiah extra. Tak puas shopping katanya...walaupun.




Ada banyak malls and Factory Outlet kat Bandung ni...4 hari terasa singkat sangat. Terkejar kejar di buatnya. Yang paling Fenfid enjoy...rumah mode, pasar baru and of course Rumah Tas. Zamreen camno pulak? Semua tempat katanya...walaupun.

Actually, the "sape ni" above pun ahli rombongan "cik kiah" ke Bandung juga. Saje buat gempak. They are Ejin from Kuching and Lisdu family from Kuantan. We have known each other sejak zaman college kat PPP ITM...batch berapa? tak payah lah sebut...terasa berumur pulak nanti. he he he. Yang pasti...fenfid maintain 20an.

Tak lama lagi...geng ronggeng yang terdiri daripada Ratu Ratu posing pula akan berangkat ke Bandung. Hope they will have great time there macam kami juga. Tapi jangan lupa tips tips berharga yang telah di sampaikan tu. Layannnn.

1 comment:

Liz Duan said...

shot bags tu impressive...