Nota kaki - kisah ini adalah rekaan semata mata tiada kena mengena dengan yang hidup atau dah meninggal dunia.
Scene 65 - Rombongan Cik Kiah ingin membantu kawannya Cik Adoi memujuk kakak tirinya Neng Timah supaya memerima pinangan Pak Adus dan mengurangkan jumlah wang hantaran.
Jiran kepochi :- Tahniahlah Kak Timah bakal menerima adik ipar tak lama lagi. Dengar cerita usahawan berjaya orangnya. Siapa namo eh? Asal mano? Hensem tak? Putih tak? Macho tak? Pakai kereto apo? Ada helicopter tak? pandai masak tak? dio afundi sape AF7 ni? bla bla bla...banyak eh soal.
Neng Timah :- Banyaknye la soalan nko ni...sib baik akak tengah mood baik tau. Akak lyan je nko. Kalau mood aku tak baik aku swing nko sekali. Cantik tak baju akak ni ha? Bakal Adik ipar akak la Pak Adus namo eh...yang belikan kat Kolumpor nun ha. Sebab tu totap pakai baju ni hari ni...kot kot dia datang karang...sojuk mato eh tengok akak pakai baju yang dia belikan ni ha...katanya beli kat lorong haji taib...kolumpor tau...nko jangan main main. katanya beli kat lorong haji taib...kolumpor tau...nko jangan main main. Mahal ni tau..nko ada ke? baju camni? Sebab takde la nko dengki dgn akak pakai jugak baju same kaler dengan akak. Nak tumpang glamer la tu...tapi kaler baju akak lagi terang ye ye aku menang ye ye.
Kawan 1 : Cik Adoi..aku rasa mission kite hari ni mesti berjaya...aku tengok kakak nko happy je.
Kawan 2 : Ye la Cik Adoi..nko jangan risau la. Mesti kow tim punya. Nko tengok je baju den yang ngelip ngelip ni mesti kakak ekau suko punya dengan baju aku nih.
Mis Adoi: Ye ke? terima kasihlah atas sokongan kengkawan. Aku dah tak sabar nak kawin dah ni. Jeles dengan kawan kiter yang tengah honeymoon kat Perok nun. Mesti bestkan kahwin ni. Best ke kahwin? mesti best la dapat kahwin.
Kawan 3 : Cik Adoi..nko join kitorang melepak sini buat apa? pi la dapur ambik makanan bawak sini. Aku dah meroyan lapar ni. Nko tak nampak ke gelang aku satu dah tukau jadi merah...emergency dah ni. Kalau dua dua tukau merah aku boleh pengsan kat sini tau. Dah la dari tadi aku dok bau rendang je.
Mis Adoi : ye la ye la. Nko ni kuat betul makan la. Kan baru je tadi kiter makan kat R&R. Nko ni tak puas puas makan.
Budak kecik tu : Uncle ni kan tengah bina badan...mesti lah kena makan banyak dan makan lagi lagi makan. Peace.
Scene 66 :- Selepas Neng Timah mendengar penjelasan kengkawan Mis Adoi. Dia terus menyinga. Tak setuju.
Neng Timah :- No No No. Aku tetap dengan keputusan aku...hantaran 99,999.99. Muktamad. No 9 tu nombor bertuah aku korang tau tak? Lagipun bakal adik ipar aku tu usahawan belacan dan cencaluk yang berjayo. Import eksport sampai ke luar negeri tau. Korang apa tahu?
Kawan 1 :- Tapi Kak timah..mahal sangat tu. Nanti apa pulak orang kampung ni kata. Akak nak jual adik la...mata duitan la. Lagi naya kalau Pak Adus cancel. Saya masuk jarum...tak kira...ha saya tak kira...saya pun solo ni. Baik kak timah pikir bebaik
Kawan 3:- Aduh hai...sib baik dah lepas makan. Kalau masa datang datang tadi dah start berbalah ni..konfem aku kempunan Asam pedas dengan rendang kerang power tadi. sedap bangat. Satanemmmm...nalarekek.
Budak 1 : Amenda diorang gaduh gaduh ni?
Budak 2 : Entah la labu...aku belum sunat tak ambik pot hal orang orang tua ni. Ada aku kesah???
Scene 67 : Rombongan Cik Kiah berputus asa dan pulang separuh hampa...separuh je sebab perasaan separuh lagi puas hati dapat makan asam pedas power dengan rendang kerang.
Ms Adoi :- Hai Hai Hai..nak kawin pun susah. Aku Doa doa la Pak Adus aku tak lari. Kengkawan aku pun ramai yang tunggu masa dan peluang aje nak ciluk Pak Adus dari aku. Hampel tul la diorang ni. HAUS. Kalau tak dapat kumpul duit hantaran tu camne lak ni? Tapi...best ke kawin ni? apsal diorang tak jawab soalan aku tadi...best ke kawin? mesti best kan...aku rasa la..mesti best punya. konfem best.
Monday, March 30, 2009
Sunday, March 29, 2009
Aku sebuah basikal
Turn misha pulak :-
Aku sebuah basikal. Anggota badanku berwarna hitam. Aku mempunyai dua brek iaitu di sebelah kanan dan kiri. Aku juga mempunyai 2 lampu iaitu di belakang mdan di hadapan.
Aku dibeli oleh seorang budak yang bernama Misha. Dia telah membeliku di disebuah kedai di kampungnya. Dia sangat sayang akanku.
Pada hujung minggu, ayahnya hendak membawanya ke Putrajaya untuk bermain. Dia membawa aku bersama. Dia mengayuhku dengan laju sekali. Apabila tiba masanya untuk pulang dia sangat gembira kerana sudah puas bermain. Dia berharap dapat bermain denganku lagi.
Pada suatu hari, selepas dia habis sekolah, dia bertanya kepada ibunya supaya mengizinnya bermain bersamaku di luar rumah. Ibunya membenarkan dia bermain bersamaku dan rakan-rakannya.
Ini ialah hobiya pada masa lapang. Dia akan mengeluarkanku daripada kamarku di dapur untuk bermain bersama-sama. Aku sangat bertuah kerana tuan aku sangat sayang kepadaku.
the end.
Aku sebuah basikal. Anggota badanku berwarna hitam. Aku mempunyai dua brek iaitu di sebelah kanan dan kiri. Aku juga mempunyai 2 lampu iaitu di belakang mdan di hadapan.
Aku dibeli oleh seorang budak yang bernama Misha. Dia telah membeliku di disebuah kedai di kampungnya. Dia sangat sayang akanku.
Pada hujung minggu, ayahnya hendak membawanya ke Putrajaya untuk bermain. Dia membawa aku bersama. Dia mengayuhku dengan laju sekali. Apabila tiba masanya untuk pulang dia sangat gembira kerana sudah puas bermain. Dia berharap dapat bermain denganku lagi.
Pada suatu hari, selepas dia habis sekolah, dia bertanya kepada ibunya supaya mengizinnya bermain bersamaku di luar rumah. Ibunya membenarkan dia bermain bersamaku dan rakan-rakannya.
Ini ialah hobiya pada masa lapang. Dia akan mengeluarkanku daripada kamarku di dapur untuk bermain bersama-sama. Aku sangat bertuah kerana tuan aku sangat sayang kepadaku.
the end.
Aku Sepasang Kasut
Masa sekolah dulu, karangan yang paling aku tak suka ialah karangan "surat rasmi" dengan "karangan bercerita". Tapi sebab nak ajar EJ bab bab karangan ni terpaksa la aku buat satu karangan bercerita untuk dia jadikan contoh. Tajuknya. "aku sepasang kasut". Lagipun pemintaan mama ejin dia untuk aku buat posting pasal kasut ni dan sejarahnyakan. Layannnn.
Aku sepasang kasut yang berwarna hitam. Aku dilahirkan sebagai kembar tak seiras. Aku diberi gelaran kanan manakala kembarku bergelar kiri. Aku berasal dari kota Bandung. Tuan aku telah membeli aku di sebuah gedung yang bernama Donatello semasa percutiannya di tanah kelahiranku. Pada masa itu, aku berasa sangat bertuah, gah dan gembira kerana aku akhirnya mempunyai seorang Tuan. Tetapi di sebalik kegembiraan itu aku berasa sedih dan hiba ketika mengucapkan selamat tinggal kepada keluarga, saudara mara dan rakan-rakanku yang lain di Gedung Donnatelo itu. Di sebalik kemuraman itu terselit juga perasaan teruja untuk berbakti kepada tuan aku.
Aku di bawa pulang ke Malaysia lalu bermulalah episod baru dalam kehidupanku. Kadang kala aku akan di pilih untuk bertugas tetapi kebiasaannya aku hanya berihat di dalam kamarku. Aku mempunyai beberapa orang rakan yang berkongsi kamar yang sama.
Pada suatu hari ketika bertugas, aku perasan tuan aku berkeadan sedikit kelam kabut. Pada fikiranku, tuan aku kelewatan untuk menghadiri satu menyuarat yang sangat penting. Dalam keadaan tergesa-gesa tuan aku berjalan menuju ke keretanya. Selepas membuka pintu dan duduk di dalam kereta, tuan aku hanya membawa kembarku sahaja masuk ke dalam kereta. Aku di tinggalkannya di atas jalan lalu tuan aku menutup pintu kereta.
Ketika itu suasana sangat cemas. Aku menjerit meminta tolong tapi tuan aku sangat pekak badak rupanya. Jeritan aku seperti mencurahkan air di daun keladi. Sia sia sahaja aku menjerit terpekik terlolong sedangkan tuan aku tidak dapat mendengar jeritan batinku. Tiba-tiba ketika mengundurkan kereta, tuan aku dengan tidak sengaja telah melanggar aku. Aduh! Sakit punggung ku dilenyek tayar kereta itu. Aku semakin kehilangan suara dan hanya mampu menangis sambil melihat kelibat kereta dan tuan aku semakin jauh meninggalkan aku di atas jalan.
Ketika itu, hanya tuhan sahaja yang tahu betapa hancurnya hatiku kerana aku kini ditinggalkan keseorangan dan kesepian. Sedangkan aku masih belum puas untuk berbakti kepada tuan aku. Hanya doa yang dapat ku kirimkan di angin lalu untuk tuan dan kembar yang kusayangi. Semoga mereka berdua selamat dan ceria selalu dan selalu ingat kepadaku. Selepas beberapa ketika, tiba-tiba seorang gadis comel menghampiri aku. Dia mengangkat aku dan diletakkannya aku di bawah sepohon pokok yang rendang. Di fikiran ku ketika itu berat mengatakan di bawah pokok itulah rumah ataupun kamar baru ku. Akan ku jalani sisa sisa riwayatku di bawah pokok ini. Sesungguhnya aku sedar bahawa aku tidak berguna lagi tanpa kembarku di sisi. Sudah tiada air mata untuk aku tangisi nasib diriku yang malang ini.
Sepanjang masa di bawah pokok itu aku terasa masa berlalu begitu perlahan sekali. Untuk menghiburkan hatiku yang kesepian aku menyanyikan lagu "stanza sepi sekeping hati" sambil melihat manusia dan kereta yang lalu lalang di depan rumah baru ku. Malam itu aku gagal untuk melelapkan mata. Aku masih belum dapat menyesuaikan diri dengan keadaan persekitaran rumah baruku. Dalam keadaan mengantuk aku dapat melihat semakin ramai manusia dan kereta mundar-mandir didepanku. Rupa-rupanya malam sudah berganti siang.
Sedang aku melayan rasa mengantuk dan sakit punggungku yang dilenyek kereta semalam aku terlihat kelibat seorang diva sedang berjalan sambil matanya melilau melihat keadan sekeliling. Aku menjerit keriangan. Itu rupanya tuan aku. Syukur walaupun tuan aku tungkik dan gagal mendengar jeritanku tapi silauan dua permata di tubuhku berjaya menangkap perhatiannya. Tuan aku berjalan laju menghampiri aku. Selepas menoleh kiri dan kanan sambil membuat muka seposen tuan aku sepantas kilat mengangkat aku dan terus berjalan menuju ke keretanya. Selepas membuka pintu tuan aku menemukan semula aku dan kembar aku. Kami menangis dan berpelukan kegembiraan. Aku sungguh tak menyangka aku dapat bertemu semula dengan tuan dan kembarku. Tuan aku tersenyum lalu menutup kembali pintu kereta. Sepeninggalan tuan aku, kesempatan itu kuambil untuk menceritakan sehari dalam sejarah hidupku. Aku berdoa semoga itu kali terakhir aku berpisah dengan tuan dan kembarku.
Bak kata Aimran - the end.
Friday, March 27, 2009
Hajat tak kesampaian
Frust menonggeng tertonggeng. Plan nak meronggeng dengan anak anak buah fid malam esok tak kesampaian. Boleh pulak tempat yang kami plan nak pi ramai ramai tu fully booked. Tetiba je takde idea nak cari tempat lain untuk meronggeng. Sesuai tak kalau pi Zoo Negara sekali lagi? Boleh ambik gambar dengan ular ni sekali lagi.
Bersusun pulak agenda weekend ni. Jangan kena kerja sudah la. Camne aku nak cari idea untuk cengelat supaya tak payah kerja weekend ni? Habis sume plan nanti. Saturday ni pasti busy bangat. Geng ronggeng sudah bersediakah untuk aktiviti sabtu ni? Agak-agaknya Pak Ado join tak?
Thursday, March 26, 2009
Sambungan...bungalow horror di Port Dickson
Kisahnya masa beronggeng kat Bungalow Mewah ni...ramai antara geng ronggeng belum ada camera canggih memasing. Hanya Ayah Zam je yang ada camera canggih besar gedabak dia tu (dah lama tak nampak camera tu yek??? Masuk Muzium ke??? pecuttttt...lari...). Anyway, atas jasa camera canggih tu jugak lah aku dapat masukkan gambar gambar kenangan beronggeng kat PD yang kali ke 13 ni...courtesy Zamreen. Geng ronggeng buat trip pi PD ada lah dalam 214 kali...rasanya. Tu pun gorganiser ada proposal bebaru ni nak buat trip pi PD lagi. Itu hometown aku tu oiiiii.....cari lah tempat lain pulak.
Sebalik kisah facilities yang modern dan serba serbi baru yang diva diva aje boleh layan yang ada dalam bungalow tu (ada sofa sofa empuk english style, plasma tv 42 inci, peti ais samsung 2 pintu colour silver dan lain lain. Malas aku nak describe facilities bilik pulak...nanti penat nak menaip). Terselit jugak kisah cemas masa berenang dalam kolam renang yang Olimpik size tu. Yand depthnya 5kaki. Adam yang masa tu umur 3 tahun dok jeles tengok kengkawan melompat masuk kolam dgn orang dewasa sambut dari dalam kolam...terus buat diving siap sommersault terus DUSH masuk kolam tanpa apa apa signal. Suka suka dia je nak melompat.
Pastu dia stagnant dalam air kat dasar tu tak gerak apa pun. Yang ada dalam kolam tu...mama lin kot dan dia lah yang paling panic sekali. Daddy yang memang terror berenang dan menyelam terus menyelamatkan Adam. Thank God wh was not panic masa tu. Masa angkat dia bawak keluar pun dia relax je...tapi entah berapa gelen air dia dah telan...Adam je lah yang tahukan. Merah juhaklah muka dia lepas diselamatkan.
Biler kita tanya kenapa Adam lompat masuk tempat dalam? Dia jawab " ye lah...Adam dah lama panggil Ayah tapi Ayah buat tak tahu je". Memang lah ayah dia buat tak tahu...sebab ayah dia bukan dalam kolam...dia tengah buat rescue 911 mission untuk lepaskan seekor ketam batu ke laut. Ketam tu tenant sebelum kami tinggalkan sekor. Tak sempat bbq kot.
Disebalik kisah horrow dan kes hampir lemas Adam tu...malamnya kami sempat jugak tu buat bbq. Makan memang tak hingat dunia punya la. Ada lamb, fish, prawn, sosej, corn and chicken. Esoknya recycle but breakfast sebab banyak sangat terlebih.
Lepas trip yang ni...13 hari cerita tak habis habis pasal keindahan Bungalow Indah Maha Mewah ni. Sebab tu setiap kali lalu batu 8 PD...kisah Bungalow ni pasti akan keluar lagi dan lagi dan lagi. Yang penting...biler geng ronggeng meronggeng. Tak kisah lah kat mana ceruk or horrow sekali pun. Kenangan indah pasti ada. Itu memang identiti geng ronggeng. Tapi kalau nak ronggeng sekali lagi kat bungalow indah ni...I'll pass. Korang saje lah pi. he he he.
Wednesday, March 25, 2009
Ronggeng dgn anak sedara
Puas aku dok cari gambar ronggeng kat Bungalow PD tu tapi tak jumpa. Aku belum ada camera canggih aku kot masa tu. Belek punya belek aku jumpa gambor ni masa bawak anak anak buah aku beronggeng ke Melaka. Aku suka pi Melaka..esp biler dapat makan Asam Pedas. Biler nak ada cuti panjang lagi yek? Boring boring kat PD boleh zasss drive terus pi Melaka. Sejam je pun perjalanan. Sapa nak ikut? Kalau Mak Yang pun balik kampung masa tu...boleh singgah makan rendang kerang dengan asam pedas. Nanti kiter calling calling dengan gorganiser kiter sape lagi kalau bukan Mak Yangkan kan kan. Suka hati aku je nak order order rendang kerang kan? Layannn.
Gunung Kinabalu.
Tuesday, March 24, 2009
Kenangan sebelum trip ke Bungalow Berhantu PD
Tarikh memang lah tak ingat dan tak nak ingat pun. Tapi kenangan beronggeng kat Bungalow Kenangan Terindah kat batu 8 PD memang semua geng ronggeng akan ingat sampai biler biler. Nak postkan gambar Bungalow tu pun cam tak sampai hati je. Tapi paling tak boleh lupa biler pintu Bungalow tu tak leh kunci and Ayah Zam jadi jaga tak bertauliah. Ikat pintu guna tali je. Tapi sebelum trip tu masa perancangan bukan main lagi...maha agong punya preparation. Biler aku kata nak ajak geng ayah ayah saje pi ronggeng malam malam kat PD (dangdut lah kononnyakan)...sume tak approved. So ada lah tercipta sajak ni ha masa merapu tu. Was this the first trip yang Aan ikut geng ronggeng??? jeng jeng jeng...
Lin kata Lin tak kisah
Abang Nuar ronggeng tak pernah
Yasreen kata boleh blah
Takut zam tak ingat rumah
Fida pun kata dia tak kisah
Tapi hati tetap gundah
Jijah senyap tak terkata
Dia sporting je...
Fairuz pulak terpinga pinga
Ronggeng tu ape?
Mak Yang kata lantak lah
Eden tak ambik pot lah
Janji den konyang mengunyah
BBq, sardin, speggeti sumo den belasah
Mok re ketawa he he he
Apo yang geli hati
Ruponya tgk zana dgn siti
pakai swim suit...2 piece lagi
Ngeri....
Aan cam biasalah
Kat mano Mak Yang..situ dio mencelah
Diorang Share sepinggan makan bersepah
Sendawanya 2 kali dah
Tapi makannya tak sudah sudah
Lin kata Lin tak kisah
Abang Nuar ronggeng tak pernah
Yasreen kata boleh blah
Takut zam tak ingat rumah
Fida pun kata dia tak kisah
Tapi hati tetap gundah
Jijah senyap tak terkata
Dia sporting je...
Fairuz pulak terpinga pinga
Ronggeng tu ape?
Mak Yang kata lantak lah
Eden tak ambik pot lah
Janji den konyang mengunyah
BBq, sardin, speggeti sumo den belasah
Mok re ketawa he he he
Apo yang geli hati
Ruponya tgk zana dgn siti
pakai swim suit...2 piece lagi
Ngeri....
Aan cam biasalah
Kat mano Mak Yang..situ dio mencelah
Diorang Share sepinggan makan bersepah
Sendawanya 2 kali dah
Tapi makannya tak sudah sudah
Kebosanan Terserlah.
Boring bangat kat office nih. Kejap kejap meeting. Pastu meeting lagi. Project lak cam hampas. Lebih kurang cam Titanic with few captains. And hopeless captains. Geng Ronggeng pun hampas...mintak photo untuk aku update blog...nan ado. Ha aku update kali ni without photo and cerite merapu meraban sikit. Amacam? Ada ok ini posting? Layan....
Monday, March 23, 2009
It comes naturally
Dengan takde proper plan tapi akhirnya around 6pm Saturday 21st March kami dapat jugak menjejakkan kaki ke Bukin Quin Kuantan. Kampung di mana Lin grew up sampai darjah 4 katanya sebelum berpindah ke KL. I will let fid cover pasal all our activities dalam her blog.
Dapat lah kami berkenalan dengan family kakak Lin and abang ipar dia Abang Ya. They are very cool, peramah and the way they welcome my family rasa macam dah bertahun kenal. Seronok rasanya. Tak susah untuk kita adopt tu suasana kampung tu yang nyaman dan segar.
On sunday morning, masa pergi kedai beli newspaper pekedai tu tanya "Tinggal rumah siapa?". Baru sekali jumpa he knows that I am an outsider. Maknanya he knows semua orang kampung tukan. Not like us yang stay kat KL ni. Neighbours pun ada yang tak kenal.
Dengan family Abang Ya.
EJ and other kids as usual macam ada magic. Within seconds they became good friends and created a strong boundary among themselves. Main sama. Mandi sama, Makan sama, Nyanyi sama, Gaduh sama then baik balik. Kalau sorang buat something semua akan ikut. It depends on who was the trend setter for that moment. Memang kelakar kekadang tu tengok gelagat diorang.
Saturday night tu when we were at Teluk Cempedak selepas puas bermain dengan her friends. Ej hugged me and said Thank you sebab bawa dia ke Kuantan. She said that night was the best day of her life. Very strong words but I know Ej enjoyed the accompany from her new friends Ateh and Iman and the siblings Aqif and Afiq.
We stayed sehari je. Memang tak puas. Tapi nak buat camne esoknya kerja.
Bila bab berpisah, selalunya kids yang lebih Emo sampai kekadang tu letih nak layan diorang...tapi this time around I felt it myself. Rasa cam sedih je biler time nak balik tu. It has been so long I did't feel this kind of sadness when I wanted to say Good Bye.(really long...tak tipu punya). Definitely I will come back to Bukit Quin as I already miss everthing there. Thank you Abang Ya, Kak Za, their kids and of course thank you to AnNurLin's family for the invitation.
Dapat lah kami berkenalan dengan family kakak Lin and abang ipar dia Abang Ya. They are very cool, peramah and the way they welcome my family rasa macam dah bertahun kenal. Seronok rasanya. Tak susah untuk kita adopt tu suasana kampung tu yang nyaman dan segar.
On sunday morning, masa pergi kedai beli newspaper pekedai tu tanya "Tinggal rumah siapa?". Baru sekali jumpa he knows that I am an outsider. Maknanya he knows semua orang kampung tukan. Not like us yang stay kat KL ni. Neighbours pun ada yang tak kenal.
Dengan family Abang Ya.
EJ and other kids as usual macam ada magic. Within seconds they became good friends and created a strong boundary among themselves. Main sama. Mandi sama, Makan sama, Nyanyi sama, Gaduh sama then baik balik. Kalau sorang buat something semua akan ikut. It depends on who was the trend setter for that moment. Memang kelakar kekadang tu tengok gelagat diorang.
Saturday night tu when we were at Teluk Cempedak selepas puas bermain dengan her friends. Ej hugged me and said Thank you sebab bawa dia ke Kuantan. She said that night was the best day of her life. Very strong words but I know Ej enjoyed the accompany from her new friends Ateh and Iman and the siblings Aqif and Afiq.
We stayed sehari je. Memang tak puas. Tapi nak buat camne esoknya kerja.
Bila bab berpisah, selalunya kids yang lebih Emo sampai kekadang tu letih nak layan diorang...tapi this time around I felt it myself. Rasa cam sedih je biler time nak balik tu. It has been so long I did't feel this kind of sadness when I wanted to say Good Bye.(really long...tak tipu punya). Definitely I will come back to Bukit Quin as I already miss everthing there. Thank you Abang Ya, Kak Za, their kids and of course thank you to AnNurLin's family for the invitation.
Friday, March 20, 2009
Congratulations Ejin
Tonite our 'adik bongsu' dapat award for her online course by UniMas. I'm glad to share this news with all our readers. She is the first to receive such an award for her fantastic effort. So...Ejin....congratulations. We are proud of you.
Adik beradik sume tak sabar nak tengok the award. Hopefully it comes dalam bentuk yang kami sume boleh share sikit...kah kah kah. This is kak long's idea. Not me...percaya ke?
Anyway, Ejin was not able to attend the award winning ceremony since she is in KK for work sambil ronggeng. Have a good time in KK.
Keriangan terserlah
Setiap kali ada aktiviti ronggeng, anak anak mesti riang gumbira. Tak sabar nak jumpa geng memasing. Yang best tu biler tengok diorang enjoy bermain. Macam macam idea permainan. Dalam kereta yang sempit pun macam macam mainan diorang invent. Biler bab berborak mengalahkan orang dewasa. Siap bergossip kekadang. Ada antara gambar-gambar ni diorang ambik sendiri masa on the way to Wedding Andak.
Wednesday, March 18, 2009
Selamat Pengantin Baru - Diela
Selamat Pengantin Baru kita ucapkan kepada Diela dan suami. Semoga berbahagia sehingga ke akhir hayat.
DiBalik selendang wajahmu kuintai
Melepas rindu sarat didada
Ikatan suci selamat dimeterai
Kuiring doa semoga berbahagia
Untuk Ms Ado yang datang majlis kahwin ni sambil menyelam minum air katanya. Kita tujukan pantun khas ni(siap pinjam pembayang dari lagu Imran Ajmain)
Kelip kelip kusangka api
Kalau api mana puntungnya
Wajah pengantin cantik berseri
Muka Ms ADo berseri juga
Hilang ghaib kusangka mati
Kalau mati mana kuburnyo
Diela sudah bertitle isteri
Ms Ado..ekau pulak bilo?
Tut tut bunyi kentut
Kalau kentut mana baunya
Di bowling alley cinta bertaut
Hingga tidur Ms Ado tak lena
Alamak...geng ronggeng yang lain pun nak pantun gak. Jeles la pulak.
Geng ronggeng suka makan
Shopping pun suka juga
Eden ponek nak melayan
esp bab bab posing...depa tak kira tempat dan masa.
Angin ribut...hujan taufan...panas terik...tepi longkang...atas bukit...sume boleh yo biler nak posing. Pantun ke ni? Separuh pantun kot. layannnn.
DiBalik selendang wajahmu kuintai
Melepas rindu sarat didada
Ikatan suci selamat dimeterai
Kuiring doa semoga berbahagia
Untuk Ms Ado yang datang majlis kahwin ni sambil menyelam minum air katanya. Kita tujukan pantun khas ni(siap pinjam pembayang dari lagu Imran Ajmain)
Kelip kelip kusangka api
Kalau api mana puntungnya
Wajah pengantin cantik berseri
Muka Ms ADo berseri juga
Hilang ghaib kusangka mati
Kalau mati mana kuburnyo
Diela sudah bertitle isteri
Ms Ado..ekau pulak bilo?
Tut tut bunyi kentut
Kalau kentut mana baunya
Di bowling alley cinta bertaut
Hingga tidur Ms Ado tak lena
Alamak...geng ronggeng yang lain pun nak pantun gak. Jeles la pulak.
Geng ronggeng suka makan
Shopping pun suka juga
Eden ponek nak melayan
esp bab bab posing...depa tak kira tempat dan masa.
Angin ribut...hujan taufan...panas terik...tepi longkang...atas bukit...sume boleh yo biler nak posing. Pantun ke ni? Separuh pantun kot. layannnn.
Subscribe to:
Posts (Atom)