Nota kaki - kisah ini adalah rekaan semata mata tiada kena mengena dengan yang hidup atau dah meninggal dunia.
Scene 65 - Rombongan Cik Kiah ingin membantu kawannya Cik Adoi memujuk kakak tirinya Neng Timah supaya memerima pinangan Pak Adus dan mengurangkan jumlah wang hantaran.
Jiran kepochi :- Tahniahlah Kak Timah bakal menerima adik ipar tak lama lagi. Dengar cerita usahawan berjaya orangnya. Siapa namo eh? Asal mano? Hensem tak? Putih tak? Macho tak? Pakai kereto apo? Ada helicopter tak? pandai masak tak? dio afundi sape AF7 ni? bla bla bla...banyak eh soal.
Neng Timah :- Banyaknye la soalan nko ni...sib baik akak tengah mood baik tau. Akak lyan je nko. Kalau mood aku tak baik aku swing nko sekali. Cantik tak baju akak ni ha? Bakal Adik ipar akak la Pak Adus namo eh...yang belikan kat Kolumpor nun ha. Sebab tu totap pakai baju ni hari ni...kot kot dia datang karang...sojuk mato eh tengok akak pakai baju yang dia belikan ni ha...katanya beli kat lorong haji taib...kolumpor tau...nko jangan main main. katanya beli kat lorong haji taib...kolumpor tau...nko jangan main main. Mahal ni tau..nko ada ke? baju camni? Sebab takde la nko dengki dgn akak pakai jugak baju same kaler dengan akak. Nak tumpang glamer la tu...tapi kaler baju akak lagi terang ye ye aku menang ye ye.
Kawan 1 : Cik Adoi..aku rasa mission kite hari ni mesti berjaya...aku tengok kakak nko happy je.
Kawan 2 : Ye la Cik Adoi..nko jangan risau la. Mesti kow tim punya. Nko tengok je baju den yang ngelip ngelip ni mesti kakak ekau suko punya dengan baju aku nih.
Mis Adoi: Ye ke? terima kasihlah atas sokongan kengkawan. Aku dah tak sabar nak kawin dah ni. Jeles dengan kawan kiter yang tengah honeymoon kat Perok nun. Mesti bestkan kahwin ni. Best ke kahwin? mesti best la dapat kahwin.
Kawan 3 : Cik Adoi..nko join kitorang melepak sini buat apa? pi la dapur ambik makanan bawak sini. Aku dah meroyan lapar ni. Nko tak nampak ke gelang aku satu dah tukau jadi merah...emergency dah ni. Kalau dua dua tukau merah aku boleh pengsan kat sini tau. Dah la dari tadi aku dok bau rendang je.
Mis Adoi : ye la ye la. Nko ni kuat betul makan la. Kan baru je tadi kiter makan kat R&R. Nko ni tak puas puas makan.
Budak kecik tu : Uncle ni kan tengah bina badan...mesti lah kena makan banyak dan makan lagi lagi makan. Peace.
Scene 66 :- Selepas Neng Timah mendengar penjelasan kengkawan Mis Adoi. Dia terus menyinga. Tak setuju.
Neng Timah :- No No No. Aku tetap dengan keputusan aku...hantaran 99,999.99. Muktamad. No 9 tu nombor bertuah aku korang tau tak? Lagipun bakal adik ipar aku tu usahawan belacan dan cencaluk yang berjayo. Import eksport sampai ke luar negeri tau. Korang apa tahu?
Kawan 1 :- Tapi Kak timah..mahal sangat tu. Nanti apa pulak orang kampung ni kata. Akak nak jual adik la...mata duitan la. Lagi naya kalau Pak Adus cancel. Saya masuk jarum...tak kira...ha saya tak kira...saya pun solo ni. Baik kak timah pikir bebaik
Kawan 3:- Aduh hai...sib baik dah lepas makan. Kalau masa datang datang tadi dah start berbalah ni..konfem aku kempunan Asam pedas dengan rendang kerang power tadi. sedap bangat. Satanemmmm...nalarekek.
Budak 1 : Amenda diorang gaduh gaduh ni?
Budak 2 : Entah la labu...aku belum sunat tak ambik pot hal orang orang tua ni. Ada aku kesah???
Scene 67 : Rombongan Cik Kiah berputus asa dan pulang separuh hampa...separuh je sebab perasaan separuh lagi puas hati dapat makan asam pedas power dengan rendang kerang.
Ms Adoi :- Hai Hai Hai..nak kawin pun susah. Aku Doa doa la Pak Adus aku tak lari. Kengkawan aku pun ramai yang tunggu masa dan peluang aje nak ciluk Pak Adus dari aku. Hampel tul la diorang ni. HAUS. Kalau tak dapat kumpul duit hantaran tu camne lak ni? Tapi...best ke kawin ni? apsal diorang tak jawab soalan aku tadi...best ke kawin? mesti best kan...aku rasa la..mesti best punya. konfem best.
1 comment:
mantap karangannye, SPM dulu mesti score nih
Post a Comment