Katanya, jalan kat Bukit Putus tu jammed sampai ke Kuala Pilah. Bagaimana la agaknya ye keadaan sehari sebelum raya hari tu. Mahu patah pinggang duduk lama lama dalam kereta meredah jammed. Ingatkan kat KL je jalan jammed.
Sebab both Fenfid dengan Zamreen tak tahu jalan ke rumah, Tu yang Zana kena jemput kat depan Istana Di Raja tu.
Hamba tengok memasing slim slim je lepas berpuasa sebulan ni. Cabutttt.
Kat area rumah Zana ni sebab termasuk dalam diameter 3 km dari kawasan Istana Di Raja, kalau ada apa apa kenduri kahwin ke kena ikut adat serba sikit. Salah satunya rumah pengantin kena di pasangkan kain kuning keliling rumah. Ada lagi beberapa adat yang penduduk kat sini kena ikut esp kalau ada ahli keluarga yang bersangkut paut dengan hal ehwal istana.
Yang pasti Daddy Fen senyum fr ear to ear sebab kat rumah Zana ni terhidangnya rendang rembau yang power tu. Macam mana lah agaknya rasa Rendang Rembau tu kan? Resepi daddy fen dah buat postingkan...boleh la di cuba.
Selepas dari Sri Menanti, singgah ke Bukit Mahkota untuk beraya dengan Kak Zie, Abg Said sekeluarga. Cantik cantik rumah kat kawasan Bukit Mahkota ni.
Ini je stok gambar hari raya geng ronggeng yang hamba ada. Nanti kalau ada lagi boleh lah di update kat blog ni.