Sunday, September 27, 2009

Sri Menanti - Pekan Di Raja Negeri Sembilan

Pada hari Raya yang ke 2. Fenfid dengan Zamreen beraya di Sri Menanti Negeri Sembilan ke rumah Zana, geng ratu posing. Masing masing tak pernah sampai ke sini. Kiranya sambil beraya diorang melancong la sekali.
Katanya, jalan kat Bukit Putus tu jammed sampai ke Kuala Pilah. Bagaimana la agaknya ye keadaan sehari sebelum raya hari tu. Mahu patah pinggang duduk lama lama dalam kereta meredah jammed. Ingatkan kat KL je jalan jammed.

Ratu posing berposing dengan prop motor kapchai.
Sebab both Fenfid dengan Zamreen tak tahu jalan ke rumah, Tu yang Zana kena jemput kat depan Istana Di Raja tu.

Alamak - Mama reen lari konti la.
Hamba tengok memasing slim slim je lepas berpuasa sebulan ni. Cabutttt.
Kat area rumah Zana ni sebab termasuk dalam diameter 3 km dari kawasan Istana Di Raja, kalau ada apa apa kenduri kahwin ke kena ikut adat serba sikit. Salah satunya rumah pengantin kena di pasangkan kain kuning keliling rumah. Ada lagi beberapa adat yang penduduk kat sini kena ikut esp kalau ada ahli keluarga yang bersangkut paut dengan hal ehwal istana.
Yang pasti Daddy Fen senyum fr ear to ear sebab kat rumah Zana ni terhidangnya rendang rembau yang power tu. Macam mana lah agaknya rasa Rendang Rembau tu kan? Resepi daddy fen dah buat postingkan...boleh la di cuba.
Selepas dari Sri Menanti, singgah ke Bukit Mahkota untuk beraya dengan Kak Zie, Abg Said sekeluarga. Cantik cantik rumah kat kawasan Bukit Mahkota ni.
Ini je stok gambar hari raya geng ronggeng yang hamba ada. Nanti kalau ada lagi boleh lah di update kat blog ni.

4 comments:

zamreen said...

owhhh ai sgt x suke itu gambar... gumuksnye adoooi....

harini 1st day masuk ofis dah ade member tegur pipi dah membulat... huwaaaa.......

Ejin said...

Cantik colour naju you tu reen! Bandung mari ke???

zamreen said...

Ejin, baju tu dekat je frm Jln TAR. nanti bile pakai bandung pny i suruh fendi lablekan :D

Ejin said...

hehehe ..label, jgn tak label ....