Daddy punya...kari kambing, telur ikan, ayam goreng cili dengan daging kicap sikit. Satanem. Rasa lebih kurang macam nasi kandar kat mydin USJ tu.
Mummy ambik ayam goreng madu. Tapi ayam dia kena cukai dek misha.
Mulanya Daddy suggest misha makan nasi dengan ayam madu tu tapi dia nak jugak order mi mamak. Pastu dia swap dengan mummy. Kerana kesedapan ayam madu tu, misha dah masukkan ke dalam Blueberry Danish kat Bakery Cafe Disneyland Hong Kong dan ayam goreng madu ni.
Malamnya, Nuarlin kidnap misha ke Jusco Keramau AU. Ada project khas katanya. Pastu masa daddy nak fetch misha, the kids sume sibuk mengadu lapar. Terus la daddy yang baik hati drive ke Danau Kota. Sampai sesat sebab tersilap simpang. Pastu kat satu roundabout kecik kat wangsa maju ada sorang budak cina dok berkeliaran jalan kat tengah tengah jalan raya dekat dengan roundabout tu. Ngeri je tengok.
Daddy pernah try makan kat Mali's Corner main branch kat Taman TAR...memang satanem. Masa ke Classic Kopitiam perasan ada branch baru kat Danau Kota. Tu yang daddy gigih drive ke Danau Kota bagi Nuarlin try kesedapan makanan kat sini. Lagi pun sebelum trip hari tu ada member dah racun with his sms masa dia tengah menikmati kesedapan nasi lemak kat sini.
Menu simple je tapi orang beratur ramai giler. Kat sini layan diri. Simple konsep tapi sangat sesuai.
Nasi Lemak Ayam Panas dan Char Kueh Teow...memang meletopssss.
Daddy dan Abah Nuar order Nasi Lemak dengan Ayam Goreng.
Yang lain lain ordered Char Kueh Teow Special.
Happy je Misha dapat ronggeng dengan kengkawan.
Aqif yang mulanya merajuk terus ok biler dapat food yang sedap.
Char Kueh Teow tu kena kawan dengan cili jeruk untuk menambah kesedapannya.
2 comments:
sedap nampak kuey teow tu...
char kuay teow tu mmg super duper mabeles. so mamareen xde la rase terkilan sgt x dpt gi penang mggu ni. nak nasi kandaq kalu, bleh pi USJ muahaha...
Post a Comment