Wednesday, December 9, 2009

Sepetang di Semenyih

Ingatkan sume gambar-gambar ni dah di load dan posting dah di buat...rupanya masih berkulat belum di loadkan. Last Saturday Fendifid balik PD sebab ada wedding. Ayah Zam ada ajak dinner kat Chillies untuk celebrate Anniversary Zamreen sesama tapi tak dapek nak join sebab kesuntukan masa.

On the way balik PD plan singgah kat Semenyih sebab nak beli barang kat Mydin. Roger roger Mama Reen. Buat buat sebut Asam Pedas Melaka sume. Akhirnya...petang baru sampai Semenyih...tengaharinya fendifid makan ala kadar je time lunch sebab Zamreen dah usahakan Asam Pedas Melaka special dok menunggu kat Semenyih. Specially imported dari dapur Bonda.

Sampai je umah Zamreen...salam salam terus duduk kat meja mengadap makanan. Perut memang dah lapar sangat.


Ni la Asam Pedas Melaka special from dapur Bonda. Satanemmmmm. Bertambah tambah Mummy dengan Ayah Zam makan. Mama reen, cuit cuit je nasi...apakah??? Daddy fen je makan berhemah. Lariiiii.



Ayam goreng, Sotong goreng kunyit dan sayur campur tak import. Mama reen yang masak. Sekali sekali tunjuk bakat untuk kengkawan...meletops.

Penyedap. Ulaman daun tenggek burung, petai, daun selon dan telur asin. Sayang sekali Nuarlin tak dapat join memeriahkan luncheon sempena Anniversary Zamreen yang ke XX. Nanti Mama reen tulis kat comment apa angka untuk ganti XX tu. Daddy fen tak pasti la.
To Zamreen...congratulations...selamat berbahagia selalu dari pasangan remaja fendifid.
Lepas dah kenyang...Ej, Alif and Adam main basikal lak. Tapi tak lama sebab lepas tu fendifid kena rush balik PD. Janji nak jumpa kawan sekolah lama. Nanti bila ada kelapangan kita ronggeng lagi. Puas hati dapat makan Asam Pedas power. Terima Kasih daun keladi.


EJ kalau dapat main memang gelak manjang la. Biler nak suruh stop ajak balik...jenuh.

Sape la photographer ambik gambar belakang je ni. Bukan Daddy fen ye.


Aliff yang terkejut macam nampak "sesuatu"

5 comments:

Misbehave said...

hepi enibeseri mama reen n ayah zam! semoga bahagia ke akhir hayat.ecececececeh blashing ar tu =p

uwaaaaaa rindu asam pedas bondaku.*makkkkkkkkkkkk nak makan asam pedassss!

Liz Duan said...

happy anniversary zamreen.....

zamreen said...

tenkius tenkius.. blushing sudah..
it was our 11th anniversary ye kawan2.

aiyaaa daddy sudah lupe, tak blog psl dessert mamareen yg power rangers tu, nak tgu mamareen posting sendiri, silalah haussss...

fendifid said...
This comment has been removed by the author.
fendifid said...

gambar dessert tu pangsung takde...sekeping pun takde...apakah?