Monday, April 26, 2010

Pre meet up before Mega Ronggeng.

Sabtu lepas, selepas di tunda beberapa kali akhirnya dapat jugak Geng Ronggeng berjumpa untuk majlis makan makan bersama themenya, "Melantak tak Hingat punya". Tuan tanahnya, tak lain tak bukan Cik CT K. Hamba di khabarkan sambil aktiviti utamanya makan makan dan gossip gossip, geng ronggeng nak berbincang untuk trip mega yang akan berlangsung penghujung May dan usul trip seterusnya ke Utara. Tapi Ms President malas nak layan usul trip ke Utara tu sebab Trip May pun tak siap discuss lagi. Kah kah kah. Nak buat camnekan Ms President. Yang penting, semangat beronggeng mesti sentiasa UP.

Tapi hamba kureng puas hati la biler dapat photo majlis makan makan ni. Cam ada yang kureng je. Entah sapa la photographer haus yang ditugaskan untuk snap gambar gambar paparazzi luncheon ni? Kalau ikut firasat hamba, ni sume hasil kerja Ayah Zam. Sebabnya gambar dia sorang je takde. Geng ronggeng yang lain lain tu dok ikut theme sangat. Melantak tak Hingat. Apo nak dikato. Sabar yo, Ayah Zam. Lain kali ambik kursus macam Ms Aan aka ratu posing, macam mana nak enter frame.

Jom kito layan, kisah di sebalik pesta makan geng ronggeng weekend baru ni.


Tak cayo hamba kata photo mengecewakan? Ni contoh eh. Dinamakan "photo cover semua". Gambar makanan takde sangat. Yang ni yo paling jelas sekali. Menu yang ado tentu la menu wajib - Sardin CT K. sayur campur, kari daging (untuk di makan dengan roti jala jugak), ayam goreng rempah, keropok, sambal belacan, budu (import secara paksa dari Pandan Indah from Nuarlin. Daddy Fen beritahu hamba, di roger rogernya Nuarlin konon tanya khabar sambil selit mintak budu). Kentang bulat - menu baru ni dari CT K. Roti jala dan kuah durian from Fenfid. Hot Jelly aka cucur udang from Zamreen. Ice Cream from Ms Aan aka ratu posing. Cake Coklat from Ms president.Drinks pula Ribena longan from Nuarlin. Kalau ada yang tertinggal tu, mintak maap je la ye.
Ayam goreng rempah. Makan dengan nasi lemak pun mari ni.

Botol budu tu yang mahal tu. Lawan pulak dengan Ikan masin, pehhh, satanem.

Pau. Permintaan khas daddy fen. Yang ni hamba pelik sikit, dok ngidam ngidam ni. Ada apa apa ke? Nanti hamba cuba korek rahsia dari Ms Ado yang buat buat blur sejak dua menjak ni. Lariksss.

Nama food ni, tetiba je jadi Hot Jelly. Bukan apa. Patutnya Zamreen bawak agar agar katanya. Tapi kesuntukan masa, cucur udang la jadi penyelamat. Tapi cucur udang melaka ni memang terkenal kat Semenyih tu.
Sebagai penghormatan kat Tuan Tanah event makan makan ni, hamba selitkan gambar ronggeng yang CT K dah framekan. Jadi wajib la kan kat semua photo tu mesti ada CT K.

Abah Nuar antara yang terawal sampai terawal makan dan terawal landing.


Ms Ado aka Ratu Posing pun antara yang terawal sampai. Gigih dia keluar umah sesudah subuh untuk sampai awal. Tapi awal dia pun lepas makanan sume dah siap masak. Lariiiikkk


Khaimal sedang menjamu selera. Bekas keropok tu orang lain ingat dah hilang. Rupanya Ayah Khai bawak lari.

Ms Aan dan Ms ado aka ratu posing, dah siap siap makan sebelum fenfid sampai. Takut daddy fen baca berapa round diorang dok repeat tambah nasi. Jadi Cik Anne take over. Tak cukup kat bawah tadi bersidang dengan Ayah Khai, Cik Annes sambung lak kat meja. Apakah???

Biler orang tanya, Berapa round dah nko tambah ni Cik Anne? Buat buatmuka terkejut. Taktik lama ni. Dalam poket hamba je. Tak gitu Daddy fen?

Akhirnya Cik Anne ngaku Round 3 katanya.
Ms Aan lak sambil posing tu, tangan dok cubit CT K. Mulut bisik kat CT K- "Biar pecah di perut mah. Jangan pecah depan daddy fen. Masuk blog nanti aku repeat 4 kali tadi". Lariiiii.
Zamreen baru sampai masa ni dengan ole ole dari vietnam dan bandung.
Keberangkatan tiba Ms President. Masa ni orang lain dah ketat dah perut memasing.

Apo la yang mummy fid dok suka sangat tu.


Untuk Ayah Zam yang gambar dia sekeping pun takde, cuba belajar dari Ms Aan cara cara nak enter frame. Cam ni, enterframe 1.

Enter frame 2. Ayah Khai pun dok ambik course enter frame jugak.

Ni bukan aksi enter frame. Tapi ni aksi Moncong. Sama ada sedap sangat atau kena paksa makan? Kena tanya Ms President. Lariiiiii.

Ni aksi lenggang perut, biar makanan gerak ke kiri, pastu boleh sambung lagi makan. Apakah?

Yang ni, lesson aksi enterframe yang ULTIMATE. Demo by Ms Aan aka ratu posing.
1) Buat buat tak pandang camera
2) Jarak kan sikit dari main subject photo ni.
Kalau Ayah Zam ikut style Ms Aan, hamba pasti lain kali gambar Ayah Zam akan ada dalam event geng ronggeng yang seterusnya.

Mokre yang last sekali sampai pun ada gak aksinya.

"Hujan pun tahu nak berhenti" kata kata usikan untuk mok re yang kusyuk makan. Tapi masalahnya, Mok re ikut kata kata Ana Raffali - "Hujan Bunga di Kuala Lumpur".
Sepanjang masa beb, mana ada berhenti henti. Sapa nak jawab?

Sebelum bersurai, photo session dulu. Tapi yang sorang tu dok mencanggung tu, apa kes? Banyak makan sampai tak larat nak berdiri la tu. Lariiiiiiii
Ms president pi umah CT K pun balik berplastik begs dia angkut. Bekas kosong untuk tapau food tak yah cerita la kan. 5 jenis tupperware ada. Tu baru pi umah orang, kalau pi shopping, lu pikir la sendiri kata Nabil.

Akhirnya, agenda bincang, terus ke laut. Sume dah kenyang otak pun jammed. Nak bincang apa nya kan. Sampai next event la hamba buat coverage lagi aktiviti geng ronggeng. Layannn.

2 comments:

hazel said...

overall mmg mantoppp...

zamreen said...

sempat ke 2nd meeting sebelum trip mega, wlupun x dpt join trip tu nak nyebok jugak attend meeting coz nak makannnnn!!!