Tahniah la kepada Ej sebab berjaya menuntut janji dari daddy dan mummynya. Walaupun terpaksa menunggu 4 tahun. Berbaloi baloi.
Semasa Zamreen sampai ke Ice Rink, Daddy Fen dan Ej dah mula berskating katanya. Zamreen semua join mummy lepak kat luar Ice Rink tu sambil bergelak ketawa melihat aksi lawak Ej dan Daddy Fen menapak napak kat dalam Ice Rink tu sambil tangan masing masing dok memegang dinding Ice Rink tu.
Sebelah Ice Rink tu ada games untuk kanak kanak. Zamreen ambik peluang berposing dulu.
Hafiy pun sibuk layan game.
Jom kiter lihat aksi skater amatur yang baru belajar ni.
Ej yang mula mulanya melekap kat dinding Ice Rink semakin berani beraksi di tengah gelanggang.
Kalau tak silap hamba, ini mesti masa Ej mula mula masuk rink tu, sebab dok pegang dinding.
Kelakar pulak hambar lihat gambar daddy fen ni. Kenapa terlebih bongkok ni? Dah tua ke? lariiiiii
Selepas teruja melihat aksi daddy fen dan misha yang semakin berani skate di tengah gelanggang. Ayah zam dan Adam pun masuk Ice rink tu untuk menunjuk bakat masing masing. Untung untung boleh terjatuh atas ais tu. Khabarnya, Adam tak jadi beraksi sebab tak boleh nak berdiri bila dah sarung skating boot tu.
Selepas Adam keluar, Alif pula yang masuk guna same pass. Kalau tak membazir je Rm18 duit tiket yang di beli untuk Adam tu.
Wahhh. Ej dah macam expert. Berani sungguh ke tengah gelanggang. Tapi mana Daddy Fen? Tak kan dok melekap lagi kat dinding rink tu. Pro katanya kan. Apakah?
Ayah Zam yang sedia teruja nak beraksi.
Macam chop dinding pulak gayanya Daddy Fen ni.
Ej cuba membantu Ayah Zam menyesuaikan diri.
Alif yang cuba untuk mengimbangkan badan. Mencungap cungap jugak lah Alif nak menghabiskan 1 pusingan ni katanya.
Alif yang tetap gigih meneruskan perjalanan untuk membuat 1 pusingan.
Kesian pulak hamba tengok muka Alif yang macam keletihan ni.
Ayah Zam yang masih merangkak rangkak.
Posing tetap wajib.
Selepas buat beberapa pusingan, Ayah Zam akhirnya berjaya skate ke tengah dan tidak bergantung pada dinding rink tu lagi. Makin lama makin laju Ayah Zam dan Misha skate. Lepas keluar dari rink tu sempat lagi daddy fen dan ayah zam layan hot dog.
Selepas buat beberapa pusingan, Ayah Zam akhirnya berjaya skate ke tengah dan tidak bergantung pada dinding rink tu lagi. Makin lama makin laju Ayah Zam dan Misha skate. Lepas keluar dari rink tu sempat lagi daddy fen dan ayah zam layan hot dog.
Ej yang masih tak puas masih berada dalam rink walaupun daddy dan ayah zam dah bersiap untuk keluar dari tempat skating ni.
Selepas tu Fenfid dan Zamreen meneruskan ronggeng mereka ke I City di Shah Alam. Kalau tengok gambar gambar di bawah ni, memang menarik tertarik da'bomb. Warna warni lampu lampu hiasan berbagai object tu. Jom layan aksi berposing mereka.
Penuh pancawarna tapi sayang gambar blur. Katanya guna DSLR, macam mana boleh blur macam ni? Confius hamba.
Entah berapa la di belanjakan untuk semua ni. Tapi sungguh sesuai menjadi tourist attraction.
Sempat lagi mummy main cak cak.
Cun bangat group photo ni. Kalau Couple Comel (The COCO) ada mesti lebih meriah ronggeng ni gamaknya.
Cactus berwarna warni.
Sempat lagi Daddy Fen dan Mummy Fid bercanda di balik pokok. Dah macam cerita hisdustan pulak hambar tengok.
Cun.
Ayah Zam dan Mama reen nak bercanda jugak tapi Adam ada pulak dok kacau daun.
Mama reen feeling feeling dating dengan Ayah Zam zaman dulu dulu.
Lovebird.
Gaya sama tapi kat tempat lain.
mummy yang tak habis lagi main cak cak.