Sunday, March 29, 2009

Aku Sepasang Kasut



Masa sekolah dulu, karangan yang paling aku tak suka ialah karangan "surat rasmi" dengan "karangan bercerita". Tapi sebab nak ajar EJ bab bab karangan ni terpaksa la aku buat satu karangan bercerita untuk dia jadikan contoh. Tajuknya. "aku sepasang kasut". Lagipun pemintaan mama ejin dia untuk aku buat posting pasal kasut ni dan sejarahnyakan. Layannnn.

Aku sepasang kasut yang berwarna hitam. Aku dilahirkan sebagai kembar tak seiras. Aku diberi gelaran kanan manakala kembarku bergelar kiri. Aku berasal dari kota Bandung. Tuan aku telah membeli aku di sebuah gedung yang bernama Donatello semasa percutiannya di tanah kelahiranku. Pada masa itu, aku berasa sangat bertuah, gah dan gembira kerana aku akhirnya mempunyai seorang Tuan. Tetapi di sebalik kegembiraan itu aku berasa sedih dan hiba ketika mengucapkan selamat tinggal kepada keluarga, saudara mara dan rakan-rakanku yang lain di Gedung Donnatelo itu. Di sebalik kemuraman itu terselit juga perasaan teruja untuk berbakti kepada tuan aku.

Aku di bawa pulang ke Malaysia lalu bermulalah episod baru dalam kehidupanku. Kadang kala aku akan di pilih untuk bertugas tetapi kebiasaannya aku hanya berihat di dalam kamarku. Aku mempunyai beberapa orang rakan yang berkongsi kamar yang sama.

Pada suatu hari ketika bertugas, aku perasan tuan aku berkeadan sedikit kelam kabut. Pada fikiranku, tuan aku kelewatan untuk menghadiri satu menyuarat yang sangat penting. Dalam keadaan tergesa-gesa tuan aku berjalan menuju ke keretanya. Selepas membuka pintu dan duduk di dalam kereta, tuan aku hanya membawa kembarku sahaja masuk ke dalam kereta. Aku di tinggalkannya di atas jalan lalu tuan aku menutup pintu kereta.

Ketika itu suasana sangat cemas. Aku menjerit meminta tolong tapi tuan aku sangat pekak badak rupanya. Jeritan aku seperti mencurahkan air di daun keladi. Sia sia sahaja aku menjerit terpekik terlolong sedangkan tuan aku tidak dapat mendengar jeritan batinku. Tiba-tiba ketika mengundurkan kereta, tuan aku dengan tidak sengaja telah melanggar aku. Aduh! Sakit punggung ku dilenyek tayar kereta itu. Aku semakin kehilangan suara dan hanya mampu menangis sambil melihat kelibat kereta dan tuan aku semakin jauh meninggalkan aku di atas jalan.

Ketika itu, hanya tuhan sahaja yang tahu betapa hancurnya hatiku kerana aku kini ditinggalkan keseorangan dan kesepian. Sedangkan aku masih belum puas untuk berbakti kepada tuan aku. Hanya doa yang dapat ku kirimkan di angin lalu untuk tuan dan kembar yang kusayangi. Semoga mereka berdua selamat dan ceria selalu dan selalu ingat kepadaku. Selepas beberapa ketika, tiba-tiba seorang gadis comel menghampiri aku. Dia mengangkat aku dan diletakkannya aku di bawah sepohon pokok yang rendang. Di fikiran ku ketika itu berat mengatakan di bawah pokok itulah rumah ataupun kamar baru ku. Akan ku jalani sisa sisa riwayatku di bawah pokok ini. Sesungguhnya aku sedar bahawa aku tidak berguna lagi tanpa kembarku di sisi. Sudah tiada air mata untuk aku tangisi nasib diriku yang malang ini.

Sepanjang masa di bawah pokok itu aku terasa masa berlalu begitu perlahan sekali. Untuk menghiburkan hatiku yang kesepian aku menyanyikan lagu "stanza sepi sekeping hati" sambil melihat manusia dan kereta yang lalu lalang di depan rumah baru ku. Malam itu aku gagal untuk melelapkan mata. Aku masih belum dapat menyesuaikan diri dengan keadaan persekitaran rumah baruku. Dalam keadaan mengantuk aku dapat melihat semakin ramai manusia dan kereta mundar-mandir didepanku. Rupa-rupanya malam sudah berganti siang.

Sedang aku melayan rasa mengantuk dan sakit punggungku yang dilenyek kereta semalam aku terlihat kelibat seorang diva sedang berjalan sambil matanya melilau melihat keadan sekeliling. Aku menjerit keriangan. Itu rupanya tuan aku. Syukur walaupun tuan aku tungkik dan gagal mendengar jeritanku tapi silauan dua permata di tubuhku berjaya menangkap perhatiannya. Tuan aku berjalan laju menghampiri aku. Selepas menoleh kiri dan kanan sambil membuat muka seposen tuan aku sepantas kilat mengangkat aku dan terus berjalan menuju ke keretanya. Selepas membuka pintu tuan aku menemukan semula aku dan kembar aku. Kami menangis dan berpelukan kegembiraan. Aku sungguh tak menyangka aku dapat bertemu semula dengan tuan dan kembarku. Tuan aku tersenyum lalu menutup kembali pintu kereta. Sepeninggalan tuan aku, kesempatan itu kuambil untuk menceritakan sehari dalam sejarah hidupku. Aku berdoa semoga itu kali terakhir aku berpisah dengan tuan dan kembarku.

Bak kata Aimran - the end.

6 comments:

fido said...

OOOIIII!!!!! ni saper yg suruh di monolog kan citer kasut bling bling aku nih???!!!! Anyway, aku mmg x leh tido mlm tuh... dah ler si black donna aku tu yg plg best di bawak ke hulu ke hilir... 'light & ez' beb! frust giler aku! Seb' baik ada selipar spare dlm keta. Klu tak, mau aku g mtg kat ukay perdana tu ngn berkaki ayam! I love u my black bling bling donna!!!

Ejin said...

kah kah kah ...cikgu bagi A utk karang nie ...very kreatif hehehe

btw, Fid, camne boleh tertinggal kasut tu?????

fido said...

paneh giler ari tu & the car was parked jauh sket! kena plak dpt an 'emergency' call to drop by kat sek si mek misha coz dia tertinggal water color kat umah! Dah ler aku lmmbt nk g mtg, kena singgah umah amik barang tu & g sek si kenit tu dulu plak! smpi kat keta, i took off the shoes without realising tat kaki kiri was in the car, whilst kaki kanan was still kat luar!! btw, klu ko tertanya2- pesal aku bukak kasut...he he he.. u've got to figure out urself! ader aku kisah?? ahaks! yg plg x leh di 'digest' oleh otak aku nih... iskk 3x.. aku sendri yg lenyek si black donna aku tuh! U know.. I actually asked myself lps i terasa tat i've langgar smth masa reverse tu " aper lah yg aku lngr td erk? hopefully not a cat cam si ejin!" larikksss!!!

Ejin said...

sempat lagi nak ungkit aku langgar kucing tu! hahahaha ... nasib baik kasut tu "menunggu" ngko kan...kalau tak kena pi bandung lagi utk cari pengganti

Liz Duan said...

cantik kasut tu..sib baik jumpe lagi...kalau tak sampai tua cinderella tunggu

fido said...

mm... u read my mind well, beb!!! p/s: au saje jer langgar si black donna tuh!! hoping ler si fendu tu sian kat aku..ahks 3x!!