Sementara nak tunggu waktu berbuka, semua geng lepak kat luar ambik angin petang. Anak anak sibuk bermain berkejaran.
Geng Ratu posing paling lambat sampai. Macam VIP lak hamba tengok biler yang lain dok tunggu kat luar.
Dania dan hafiy. Hafiy ambik gambar ni ada makna tersirat tau.
EJ sibuk main basikal dengan kengkawan.
Hafiy : Takde apa la kak. Kak dania cantik la hari ni. he he he
2 jejaka macho. Hafiy dan Aqif
Yang 2 beradik ni, orang dok main kat luar diorang dok lepak tengok TV tak bergerak. Puasa la katakan. Takde tenaga nak main kat luar tu.
Geng ratu posing sampai je, memasing berposing dulu. Wajib tu.
Ha...ni la sebab Hafiy dok ngendeng Dania je dari tadi. Ada mee sebalik udang. Rupanya nak tackle adik Dania, delisha. Kan main nko ye Hafiy.
Tak puas posing kat luar, sambung lak dalam umah.
Tak cukup korum tapi nampak cam ramai je kan. Penuh gak gambar hambar perhatikan....Apakah? lariiiii
Abah Nuar yang memang peel very observant..dok buat lawatan YB dia kat bukit tepi Highway Duke tu. Apa lagi Abah Nuar...tolong lah mintakkan penghadang kalis bunyi tu. Boleh kurangkan bunyi bising untuk Fenfid dan jiran jiran.
EJ yang over excited. Daddy dgn mommy nko tak pernah bawak ke pi site visit kat situ? Pelik Hamba tengok.
Heartrob Hafiy. Delisha.
Dah namanya majlis berbuka. Mesti la banyak makanankan. Jom hamba bawak korang tour makanan pulak. Apa la agaknya Fendid masak untuk geng ronggeng kali ni. Layannnnn
Sambal tempoyak tu...tu yang mahal. Siap ada Budu, ikan masin, telur dadar, ayam masak kicap dengan serunding tak jadi. Hamba di beritahu sepatutnya Nuarlin bawa budu dari rumah tapi terlupa katanya. Daddy fen jadi penyelamat beli sebotol kat Jusco petang tu jugak dengan Abah Nuar. Yang bergedil tu Zamreen bawa all the way from Semenyih. Sedap bangat.
Fenfid masak rendang kampung, labu dan pucuk manis masak lemak. Goreng tahu dan tempe dengan kuah kicap. Dapat pujian rendang dan kuah labu tu. Siap geng ratu posing suruh Daddy fen buat posting letak resepi. Layannnn kata Daddy fen.
Fenfid dah awal awal pesan, Jangan bawa kueh banyak banyak. Tapi geng ronggeng pemurah memasing. Bersusun kueh mueh. Banyak tak habis.
Yang ni gambar semua makanan. Banyaknya...hamba tengok pun seram. Boleh habis ke ni?
Ribena Laici. Gigih hamba tengok daddy fen dok buat air ni 2-3 round.
Ni sebenornya penyedap Majlis berbuka tu. Petai jeruk, ulam raja, timun cameron dan yang paling di tunggu tunggu, ulam Daun Tenggek Burung. Berselera memasing makan biler ada ulam ulaman ni. Hamba pun tak pasti siapa dok ula ng tambah nasi beberepa round. Yang pasti, gulai labu tu licin. Daun tenggek burung pun licin. Sambal tempotak pun licin.
Macam ni la rupanya daun Tenggek Burung tu. Yang Daun lebar lebar tu.
Time santap.
Papa Kery dok lawan dengan Dania siapa makan paling banyak. Rupa rupanya, dua dua pun tak kuat makan.
Abih tu sapa yang kuat makan? Jom tengok gambar ni dan sila la teka. Lariiiii. Daddy Fen, Ayah Zam dan Abah Nuar, terus cari port baik punya landing. Siap bawak lari mangkuk budu tu. Pastu diorang bertiga bergilir gilir pi ke meja dok tambah itu ini.
Yang pasti, memasing happy dapat makan sama sama, bergossip sama sama. Anak anak pun riang gumbira bermain tak kisah nak kacau mak bapak. Nanti lepas raya boleh ronggeng lagi.
4 comments:
2 jejaka macho tu hafiy and afiq la..bukan aqif....selalu tertukar nama anak2 ibu lin yer hehehhe
ish ish Hafiy dah pandai ngorat... ikut perangai ayah ke mama dia nih? hahaha...
meriah nya....
MAMA dia..MAMA dia... geng hlaboley kasi kompem pnya!!!!
Post a Comment