Saturday, February 27, 2010

Rezeki Jangan di Tolak

Orang kata...musuh jangan di cari...rezeki jangan di tolak. Petang tadi masa kat HUKM...dok nak sambut geng ratu posing yang datang nak melawat FIL...tiba tiba Kak Fiza hulur beg plastic M&S...ingatkan ole ole untuk FIL...rupanya...besday present...from ratu posing (mak yang, aan, zana) dan mok re. Dengan pesanan...tak muat pi tukar sendiri. Apakah?? Nasib baik muat ngam ngam hoooo.

Terima kasih kepada geng ratu posing dan Mok re. Pantun khas untuk korang...macam biasa...pembayang pantun pinjam lagu Imran Ajmain.
Kelip kelip kusangka api
Kalau api mana puntungnya
Terkejut terima hadiah harijadi
Tercengang cengang den dibuatnya.
Hilang ghaib kusangka mati
Kalau mati mana kuburnya
Esok jugak akan den rasmi
Pasti segak hensem bergaya
Layannnn.

Bakat terpendam Geng Ronggeng

Semalam Fid dengan jayanya bertungkus lumus mengarrangekan Surprise Advance Birthday untuk aku. Kira berjaya jugak la aku di surprisekan. Thank you Thank you. Walau pun geng ronggeng ramai yang tak dapat hadir atas sebab sebab yang tak dapat di elakkan.(rugi rugi...you don't know what you missed...ha ha ha...saje je nak bakar kejelesan.)
Makanan pun sampai sejuk dok tunggu kehadiran VIP. Apa apa pun...ratu posing wajib berphoto session dulu. Sayang sekali Ratu Posing Aan takde.
Geng ronggeng dan Mok re (takde dalam gambar....sibuk makan agaknya...apakah???) saje yang ada kelapangan untuk hadir.

Lepas potong cake je...terus semua menjamu selera. Fid pre ordered awal awal...chicken chop, speg cabornara, cheese tart,fruits dan kueh mueh. just nice la...cukup cukup je.


Geng ronggeng yang dapat hadir untuk majlis Birthday yang ke 25 tahun...daddy fen.


Fid pun nak tumpang berposing...tapi sempat lagi bergossip. Sape sape tak datang...dia la jadi bahan gossip. Lariiii.

Mak Yang : ISHHHHHH....sibuk je la diorang berdua ni...aku tengah nak makan...sibuk nak berposing.
Zana : Tak kira tak kira...bab makan... malam karang pun aku boleh makan...posing yang penting...nak masuk blog..katanya
Fid : Tuan rumah mesti ada banyak gambar...wajib tu.
Kan dah kata...pantang mana ada photographer...di situ la Zana...kena berdiri belakang sekali pun takde...asal ada. Cabuttttt.

The kids...makan tak seberapa...sibuk rebut mic. Memasing nak tunjuk bakat terpendam. Yang bestnya geng ronggeng juniors sume sporting.

Penuh perasaan Afiq nyanyi...suara je keluar manja manja. Daddy fen dok bagi semangat...jerit ...jerit kuat lagi. kah kah kah.


Macam buat show unplugged pulak...hebat. Persembahan sempena mentornya.."Abah"...takde.

Lin...tengah berlatih cara cara pegang mic macam Mas Idayu...pilih pun lagu dangdut "memori daun pisang".
Zana cam biasa la...enterframe sesaje...kah kah kah.


Lin yang dok pilih lagu...tapi silap besar la kalau mic dah dapat kat Zana...tak di lepasnya. Balik balik dia...balik balik dia...habis sume lagu dia hafal...apakah???

Masa ni lin baru nak masuk gear 1...nampak tak gaya Zana nak merampas mic tu.


Zana : Nak pegang mic lama lama...kena la buat buat berduet dengan aqif...lin tu dok jeling je tu nak rampas mic dari aku...Boleh blah la.
Lin : A e leeee....macam la sedap sangat nko nyanyi...(muka tak puas hati....kah kah kah)


Tak cukup duduk...berdiri pulak...lagu Siti nko...nak kena tarik suara...wajib la berdiri. Key paling tinggi aku capai...katanya zana.
Ada gaya giler kuasa tak???

Siap bersilang kaki...sapa nak jawab???
Tak caya cakap aku? Tengok camne bosan gaya Afiq duduk.
Afiq : Apa sudah jadi? balik balik dia...balik balik dia???? Biler Mak Ado nak balik ni???


Fid : Aku sebagai tuan rumah...kena buat misi resque the mic ni...batak mic pulak mak ado ni. Kasi rapat ambik gambar dulu...puji puji cakap dia lawa...cute bagai...pastu baru rampas mic.
Soalan : Berjaya kah Fid merampas Mic dari Zana?
Jawapan : Bergantung pada sessi karaoke seterusnya...kita tengok Zana di jemput hadir ke tak...kah kah kah.
Apa apa pun...I hope everyone had a great fun. And tak sabar untuk activiti geng ronggeng seterusnya. Layannnn

Tuesday, February 23, 2010

Trip Kenangan - Kuching

Antara trip yang paling hangat dan paling berkesan untuk geng ronggeng ialah trip ke Kuching. Sayang sekali Nuarlin tak dapat turut serta for both trip ni. Kiranya kalau buat siaran ulangan Nuarlin wajib ikut. Masa trip ni la Ratu Posing aka Aan rasanya first time ikut trip geng ronggeng. Terus melekat jadi ahli geng ronggeng.

Antara kenangan paling trill ialah biler fenfid tertinggal surat beranak EJ. Siap kena buat report polis...kalau tak EJ tak dapat ikut.

Stay pulak sehari kat Damai...memang happening giler tempat tu. Tak puas rasanya. Wajib untuk trip seterusnya kita stay 2 hari kat Damai tu.
Tak pasti kat mana ni...maybe tengah gear 1 bershopping.
Sempat jugak naik cruise.




Lepas dah puas shopping...pi jalan jalan ke muzium...tapi tak masuk pun...takat berposing je.



Masa mula sampai ke Damai ada surprise besday celebration untuk daddy fen.





Yang ni gambar sesat...masa ni malu aku nak ngaku kengkawan diorang ni. masa gambar ni di ambik...AF3 baru je selesai. masa tu Tsumawi melanda negara kita. Diorang ni tak dapat bergambar dengan mawi...dengan sign board ni pun jadi la...tak faham tak faham. kereta yang lalu lalang siap gelak kan diorang ni.

Kepada chief geng ronggeng...cepat cepat la plan trip ulangan sempena anniversay trip geng ronggeng ni. tak sabar rasanya nak bersuka ria bergelak ketawa ramai ramai. Laynnnn.

Monday, February 22, 2010

Trip pertama Geng Ronggeng.

Aku suggested tadi kepada geng ronggeng untuk buat trip ulangan ke Genting dan Kuching. Sebab 2 trip ni sangat significant kepada geng ronggeng. Gambar yang di tepek kat posting ni di ambil masa trip ke Genting. Trip pertama aku join geng ronggeng. Masa ni kesemua geng ronggeng mencari nafkah di HLA. Trip Kuching pulak antara trip terbaik geng ronggeng. Banyak kenangan manis dikutip dan dicipta masa both trip ni. Seronok biler ingat ingat balik all the sweet memories.

Masa trip ke Genting...aku tak kenal any of geng ronggeng. Ej, Alif dan Fikri pun dalam setahun kot umur memasing. Tengok la betapa cutenya Fikri masa ni. Sekarang semakin cute miut dia.
Yang turut serta trip ke genting.

Memasing dok dukung anak kecik masa trip tu.


Stroller sorang satu


Masa ni la baru geng ronggeng tahu...ada ramai geng untuk makan makan dan jalan jalan. Nanti aku posting lak gambar trip kuching...tapi tak banyak la...agaknya masa ni takde digital lagi...sume pakai film...so gambar tak banyak. Apakah???

Sunday, February 21, 2010

Ronggeng Di Kemensah

Dah lama hamba tak bersiaran. Nak buat camnekan. Geng ronggeng pun dah lama tak meronggeng. Memasing bz katanya...walaupun. Makanya secara tak sengaja ada usul untuk beronggeng di Kemensah. Jauh betul venue meronggeng kali ni. Nun jauh di sekangkang kera. Kemensah ni belakang area Zoo Negara je.
Seperti kebiasaan, makanan macam nak kenduri untuk 100 orang. Ada nasi goreng, bihun goreng, roti canai, sardine (peminat sardine no 1 - abah nuar tak dapat hadir...kena kerja...kesian dia), pau (dengarnya permintaan khas Daddy Fen), fruits, sate (malang sekali tokey sate tak dapat turut serta kerana sebab sebab yang tak dapat di elakkan) dan lain lain.
Fenfid sampai lambat sebab anaknya Ej ada class lukisan. Sampai je terus makan dulu. Masa tu geng ronggeng yang lain tengah bz bermandi manda. Macam heaven je layan makanan yang banyak tu. Daddy fen katanya pening tak tahu nak makan mana satu dulu. Ayah Zam ikut layan lagi makan untuk round yang ntah keberapa.

Tak lama masa fenfid makan makan, geng ronggeng sume balik ke chalet. Riuh dan gamat la suasana. Masing masing sambung lagi makan makan dan makan. Yang pasti...air dan ais laju je habis sebab cuaca sangat panas.

Anak anak sambil mandi manda...makan sate. Kali ni tokey satey balas dendam. Sebelum ni ramai yang komplen sate tak cukup. Nah kau...melantak sate sampai tak habis. Siap bungkus bawa balik. Untuk tokey sate aka ratu posing aan...hamba mewakili peminat sate (kecuali daddy fen je...tak minat sate katanya?? Tak perasan hamba berapa cucuk dia makan.) mengucapkan terima kasih daun keladi. Walau tak dapat hadir...sate tetap di hadirkan.

Sexytary untuk trip ronggeng kali ni...aka Zana. Dia tukang roger roger untuk pastikan orang ni bawa apa...orang tu bawa apa. Dia sendiri jadi pembekal buah buahan...punya la banyak di bawaknya...macam nak pergi berniaga kat pasar malam.
Antara peminat sate. Masa event makan makan sebelum ni...Ayah Zam antara yang tak dapat merasa sate...kali ni apa lagi....lepas geram la. katanya....lariiii.


Kat Kemensah ni...ada beberapa chalet. Yang geng ronggeng pergi ni namanya chalet jinbara. RM30 je untuk 1 chalet. Berdekatan dengan chalet chalet ni ada kolam buatan yang airnya di salurkan dari bukit. Airnya suam suam. Sebelah chalet pula ada sungai...yang airnya sejuk. So pengunjung boleh pilih nak mandi kolam atau sungai. Tempat untuk bbq juga di sediakan untuk setiap chalet.


Yang ni kat kolam. Boleh tahan besar kolam ni.


Yang ni pulak sungai. Ada beberapa spot...sungai tu di tahan airnya dengan batu...untuk membentuk kolam.


Tetiba pulak ratu posing aka mak yang jadi baby sitter.


Seronok kan main...anak anak dapat bermanja dengan Mak Yang. Melepas rindu katanya.

Kembar siam. Gitu la rupanya chaletnya.

Ibu lin dan tokey Pau aka Cik Siti aka Amah.
Spot fav ibu lin...senang nak capai food katanya. Ibu lin kononnya nak buat surprise besday untuk Abah Nuar...sekali...abah nuar kena kerja daaaa. Frust. Agaknya sebab tu kali ni food banyak tak habis. Abah nuar dengan Aan takde...siapa la yang antara mereka ni yang tukang perabih makanan selalunya? lariiiiii


Ni pula Daddy fen dan Ayah zam bawa the kids mandi kat sungai.

Hafiy yang tak nak masuk air sebab sejuk. Ayah zam la jadi mangsa kena dukung dia.

Masing masing ambik giliran untuk naik buaian gantung tu.

tinggi tu.


Adik pulak take turn.

Adam lepas tu. Abang macam biasa la....jadi pemerhati aje. Hamba tengok daddy fen mesti surrender sebab tak dapat angkat abang untuk naik buaian tu.

Mokre dan Ratu posing aka Mak Yang terpaksa balik awal. Ada hal katanya. Geng ronggeng yang lain...terus stay mandi manda makan makan.


Tukang perabih Pau. Asal sape tak habis je...pas kat dia. kah kah kah.

Daddy fen denganpau kacangnya. Dah nak dekat 5 biji pau di belahnya...baru jumpa pau kacang. Yang dot merah tu hamba tengok cam tak betul je. Pau kelapa pun ada dot tu. Tak kisahlah...janji sedap. Hamba dikhabarkan pau tu meletups...sume orang suke.
Lepas ni mana lak geng ronggeng ni nak meronggeng. Kita tunggu je la...hamba pun tak di beritahu lagi. Kita tunggu la sexytary khabarkan nanti bila dah confirm.