Thursday, March 4, 2010

Aksi ronggeng di Kuching

Aduhhhh...berdesing telinga hamba kena perli selepas haus buat seketika. Sampai ada yang bertanya mengapa hamba berhibernasi. Bukan apa...gusarkan blog ini sunyi dari posting. Jutaan terima kasih ditujukan kepada daddy fen yang bersusah payah menyambung legasi blog ini dengan posting yang lucu sampai pecah perut hamba. Pasti terkedu Cik President aka ratu posing dan ratu karaoke yang baru saja di nobatkan...aka zana...menjadi pelakon pelakon utama di dalam posting daddy fen. kah kah kah...hamba tolong sambungkan gelak ketawa ria.

Untuk kesekian kalinya...gambar gambar ini hamba cedok dari FB mama reen. Sempena trip Geng ronggeng ke Kuching pada 2006 (seperti yang di khabarkan oleh mama reen..tapi hamba rasa mungkin tahun 2004 atau 2005). Mari kita sama sama lihat...siapa di antara geng ronggeng yang benar benar berubah mengikut peredaran masa...atau kekal maintain seperti beberapa tahun dahulu.
Alif kah itu? Betul kah itu Alif? Hamba gosok mata 10 kali sebab macam tak percaya. Firasat hamba...pasti Mama reen hebat memasak jika kita sama sama lihat Alif 2010.

Kedatangan Geng Ronggeng ke Resort ini menyerlahkan keceriaan suasana di Resort ini. Lebih lebih lagi ketika waktu sarapan. Hampir semua tetamu adalah pelancong luar negara.

Untuk kesekian kalinya...gambar aksi geng ronggeng pasti akan penuh memenuhi setiap ruang frame. Tidak dapat hamba nak ulas gambar ni di ambil di mana kerana 3 orang yang paling tengah sudah memblok latar belakang dengan jayanya. Lariks.

Mengapakah?
Wajah wajah ceria mengambarkan betapa enjoynya trip ke Kuching ini. Pada sesiapa yang belum pernah ke Kuching...hamba sarankan cepat cepat lah book flight ke Kuching. Hamba pasti...kalian akan teruja dengan keindahan bandaraya kuching.


Ayah Zam dan handbagsnya.

Tempat wajib kalau ke Bandaraya Kuching. Hamba kurang pasti berapa monument sepertinya ini terdapat di sana.


Berlatar belakangkan Sungai Rejang atau lebih di kenali Waterfront.


Jangan lepaskan peluang untuk menikmati panorama indah bersama cruise. Merekalah penyambut tetamu, merekalah waiter dan merekalah juga penari penarinya.

Ini bukti gambar gambar ini dari camere kepunyaan Zamreen. Hanya Mama reen yang memandang ke arah cameraman. Yang lain lain....apakah?


Cik president tengok apa tu? Lariks.

Selepas penat bershopping...meronda sekitar bandaraya Kuching.


Di airport sebelum berangkat pulang.

Ej dengan tabiat menghisap jari. Khabarnya sudah ditinggalkan tabiat itu sekarang ini.
Bilakah agaknya geng ronggeng akan ke Kuching lagi? Daddy fen di mana? Tiada langsung kelibat daddy fen di dalam gambar gambar ini. Nuarlin ketinggalan boat kah? Pastikan trip ronggeng seterusnya...nuarlin dapat turut serta. Penat Cik President angkut 2 botol besar kicap tapi tiada siapa yang teringin. Lariks.

5 comments:

Liz Duan said...

you guys are definitely a team...

zamreen said...

betullah 2006, masa tu mamareen dah tgglkan HLA. adam baru 3 thn masa tu.

hazel said...

yong meletop masa nie...

Ejin said...

Bukan Sungai Rejang lah (Sungai Rejang kat Sibu) ,....korang posing tu kat Sungai Sarawak...

Reen: suka tengok gambar korang kat padang tu!

fido said...

ha laaa..... 2006- meletop! 2010- boom kebabooo!!!!! saper nk jwp???? ishh... buleh x jgn lotak gamba2 dolu2 nih!! Poning la omak menengok eh! Bagai di tusuk duri sembilu arrrr!!!!