Tukang karut tak berapa pasti berapa banyak kes havoc..tapi kalau tersalah info tu - harap maaf saje. Antara yang Tukang Karut ingat antara kes Havoc untuk trip kali ni ialah masa nak departure tu. Ada ke patut geng Ratu Posing yang cute miut sume diberi seat sebaris. Sesak nafas sorang sorang di buatnya. Berapa kali yek kena tukar tempat? 3 kali kot. Pastu kes seterusnya berlaku Sebaik landing di Pekan Bandung, suasana meriah lagi havoc telah tercetus semasa bagasi di scan. Boleh pulak bekas sambal tergolek dog dalam mesin pengimbas tu. "Kejarin" ----"Tutupin" antara dialog para kastam kat airport Bandung tu. Pastu biler part imbasan nasi impit...panic muka kastam2 tu...dok ingatkan barangan terlarang. Terus beg tu kena di periksa isi kandungannya. Tak ke haru - hanya makanan je dah menyebabkan kecoh sekejap kat airport tu. Tukang Karut pun konfuse...geng ratu posing ni pi Bandung ke pi Hong Kong? Dok bawa food bagai.
Since ada geng ronggeng yang dah pi Bandung dulu..so senanglah sikit trip yang ni kan. Iternary sume dah siap. Pastu siap ada bonus dapat melawat ladang strawberry. Cuba tengok cara diorang tanam Strawberry tu. Kalau kat Cameron di tanam secara batas, kat Bandung di tanam dalam guni plastik.
Nyonya mana sesat dgn topi ni?
CTK-A an-Mk nyang-Ado
Masa kat Tangkuban perahu lak-geng ratu posing kena kejar dengan paparazzi. Sampai nak ke toilet di ikutnya para paparazzi ni. Tapi diorang bukan bawa camera-diorang bawa barang barang jualan dok pujuk geng ratu posing beli barang jualan tu. Rimas katanya. Tapi posing tetap vogue.
Kat Bandung itu je lah pun persembahan sight seeingnya. Selebihnya adalah masa untuk shopping. Geng Ratu posing kalau dah masuk sesatu kedai tu-riuh di buatnya. 4 orang tapi owner kedai tu mesti ingat 1 bas rombongan CIk Kiah dok bertandang. Ribut-ribut.
Tengok je berapa plastik beg kalau masuk rumah mode ni. Berjam-jam boleh layan kat sini.
Dah macam tempat wajib ambik gambor kat The Summit ni.
Kalau dah namanya ratu posing tukan, selagi tak tido dok berposing je kejenya. Ni adalah antara hasil borong. Dah macam kedai kasut pun ada. Menanah mato -Sape tu kawan eh Angelina Jolie? Jennifer Aniston? menanah mato dia menengok barangan2 ni. Tapi kenapa dia sorang je yang menanah mato? Tak puas ke dia shopping kat Bali dulu? Cabut lariiiiiii.......
2 comments:
la amah ke yg bertopi tu...ingat kan pekerja nye..aduh2 buk...kejarin2..hehehhe
i miss tumah mode
Post a Comment