Saturday, May 2, 2009

Ronggeng Labour Day - The Mines Shopping Mall

Punya la lama dok planning nak ronggeng selepas ronggeng Kuala Gandah...asyik tak jadi. Sementara nak tunggu plan ronggeng yang seterusnya kita ronggeng dekat-dekat dulu la. Plan ramai-ramai jumpa kat The Mines Shopping Mall kat Sungai Besi. Mula mula pi bagi ikan makan. Tapi roti bersepah kat situ sebab ikan ikan pun dah tak lalu asyik makan roti je. Cuba baling speggetti ke, pizza ke kan...baru la berebut-rebut ikan tu makan.














Gambar keluarga. Macam macam aksi.


Lepas dah habis sebuku roti, terus pi bowling centre. Kat Mines ni ada Splash Zone tapi belum siap lagi...still under renovation. Macam best je tengok splash zone tu...tempat kids main air. Ada karaoke centre tapi the kids perefer bowling so layannn.Abah Nuar tak main sebab demam. Sekali sekala je jadi coach untuk the kids. Juara kali ni jatuh kepada Ayah Zam. Dengan dok sibuk layan Hafiy tetap balingan mengancam. Bravo. Ada sorang tu pulak next round dia jatuh liga bawah. Kena join Kids punya liga. Among the kids juaranya ialah Aqif. Mainan Aqif improve mendadak. Menanah mata geng ratu posing kalau tengok Aqif main bowling. Tercabar.




























Lepas habis game bowling, sume dok nyanyi dahaga la lapar la. Masing masing kebuntuan tak tahu nak makan apa...nak pi Bagan Lalang macam jauh sangat. Abah Nuar pun tak larat nak drive jejauh. Teringatkan KopiCat kat Bangi owned by Cat Farish. Sampai je kat KopiCat cafe tu...tutup la pulak. Terus drove to Restoran SOHO yang ternampak masa on the way tadi.

Kids sumer makan Chicken Chop. Parents ambik set. Sedap. Bersungguh-sungguh sume makan. Lepas dah habis ada pulak yang nyanyi nak sate pulak...terus order sate. Licin. Sementara tunggu makanan sampai sebenarnya ada order tauhu bakar tapi tak sempat snap gambar. Dah Licin.











Set C - Sesuai for 5-6 orang.

Sambal udang petai

Sate yang sangat sedap.Kuah sate ni sedap.

Kerabu Mangga

Siakap tiga rasa.

Ada lagi sayur, Tomyam Kapal Pecah dengan lala masak Thai yang takde gambornya. Lepas dah kenyang the kids macam tak puas lagi main. Plan nak ke taman kat Bangi tapi bila sampai Taman tu...gelap gelita takde lampu. Terus pi Mc D...penuh pulak. Akhirnya kami ke Jusco Balakong bawak the kids main games.



Ada gaya lewis hamilton??? Focus tuuuu...



















Lepas dah puas main games...rasa dahaga pulak. Terus ke Alif Bistro tak jauh dari Jusco tu. kat Alif Bistro ni teh ais dgn nescafe aisnya sangat lah Satanem. Siap order lagi. Sambil lepak minum layan cerita Spiderman. Nak makan sume still kenyang. Tapi akan ku repeat datang ke Alif Bistro ini untuk minum teh dengan nescafe powernya itu.

Lepas crite Spiderman tamat...terus sume berangkat pulang. The kids pun tak buat perangai sebab memasing memang dah puas main and kepenatan. Tetap tertunggu-tunggu agenda ronggeng seterusnya.

5 comments:

Nyang1 said...

u ols memang x boleh dipisahkan dngn makanan kan...Yong kau tetap "maintain" with your corporate colour

fendifid said...

patutlah hari ni kurang panas...ingat ada snowing ke ribut ke...rupanya ada orang yang dah di createkan ID berkurun lama...baru hari ni tinggalkan jejak.

hazel said...

eh eh eeh...nyang ke tue?????? ooo berguna upanye iD tu ye...selamat menjejakkan kaki ye nyang...

'' kejarin - kejarin ''

zamreen said...

mamareen missed the fun at the games.. masa tu hafiy tgh lena tidur dlm stroller dia. tak nak ler take the risk kang dia tbangun langsung ayah dia tak bleh enjoy... hmmm kat mana ek nak cari isteri sporting camnie :)

fido said...

kat JUSCO!!! ha ha ha!!!