Kalau ikut perancangan awal fenfid nak ke Genting saje untuk memenuhi permintaan Ej untuk main ice kat snowworld. Pastu ajak Zamreen dan Nuarlin dan geng ronggeng yang lain untuk join, Memasing dah ada perancangan dan hal memasing.
Abah Nuar pulak dah berbulan plan dengan kengkawan kaki pancing dia untuk memancing udang kat Kuantan. Since cuti Wilayah, fenfid terus naik Kuantan siap janji dengan Lizdu dan Nuarlin untuk ronggeng sesama kat Kuantan.
Selepas dah siap mandi manda kat TC dan pekena Seafood yang lazat dengan Lizdu, fenfid terus ke Kg Quin lepak dengan Nuarlin kat kampungnya.
Keesokannya kami ke Air Terjun Sungai Pandan. Cantik air terjunnya. Air pun sejuk yang amat. Aku tunggu sampai matahari ada baru aku start mandi. Kurang sejuk sikit airnya.
Layan la gambar pemandangan air terjun yang cantik dan nyaman.
Main Model.
Bersih dan cantik sekali air kat sini.
The kids datang sini untuk posing posing je sebab air dalam jugak kat sini.
Kat sini tempat the kids mandi manda...cetek sikit.
Lepas dah puas mandi manda...as usual la Ej paling awal masuk mandi dan paling akhir keluar dari air. Terus pulang ke rumah. Masuk je ke rumah bau menyucuk hidung. Apa lagi kalau bukan Udang galah goreng berempah. Udang galah tu Abah Nuar dan anak buah dia Acik yang pancing. Besar besar tu udang nya. Fresh sesangat. Ej dok puji sokmo kesedapan udang itu
Ada ikan Patin dan Ikan Belida juga. Yang fenfid dan Ibu lin memasing tak makan. Abah Nuar je yang balun sume dengan rakusnya. Selain dari tu...since duduk pun kat kampung ada la beberapa activiti yang dapat di buat bersama.
contohnya makan tebu.
Ej yang buat permintaan kat Abah Nuar nak makan tebu. Layann.
9 comments:
abah nuar plan nk balik lg mancing udang..x puas katanye..heheheh
kalau dapat banyak tu...singgah keramat ye...apakah? Semenyih jauh sangat...lagi pun Zamreen tak minat makan udang katanya. Kah kah kah.
tak nak pun pelawa aku gi makan udang galah yeeeeeeee....tak pe lah...
kak long...nko maksud kan aku ke...nuarlin??? aku tetamu maaa...mana boleh pandai pandai ajak.
Lin...sila la jawab. he he he
hehehe lepas ni kalau ade trip ke kuantan lg nuarlin jamu udang galah kat org jauh lak ye (lizduan & family)..ingat x mkn udang galah cam zamreen...kan daddy kan?
Lin...silap besar la kalau ingat Liz tak makan udang galah...tengok je posting makan makan kat 30smthg...liz tu barbarian.
Zamreen memang tak makan udang galah...tahun depan tak payah la susah susah ajak diorang ke Kuantan....apakah??? kah kah kah
he..he..he..sedap kutuk aku fend..
malu lah pulek dgn Nuarlin...akak ni pemalu cikit!!!! gitu...
Fend - cantik nyer air terjun. Aku cilok gambar air terun nie yek ...nak antar kat kawan aku kat UK ..
lama nyer aku tak makan tebu ...and that udang - looks tempting kepada aku yang allergic udang!!!
ok...ejin...cilok la.
Post a Comment