Seperti kebiasaan, makanan macam nak kenduri untuk 100 orang. Ada nasi goreng, bihun goreng, roti canai, sardine (peminat sardine no 1 - abah nuar tak dapat hadir...kena kerja...kesian dia), pau (dengarnya permintaan khas Daddy Fen), fruits, sate (malang sekali tokey sate tak dapat turut serta kerana sebab sebab yang tak dapat di elakkan) dan lain lain.
Fenfid sampai lambat sebab anaknya Ej ada class lukisan. Sampai je terus makan dulu. Masa tu geng ronggeng yang lain tengah bz bermandi manda. Macam heaven je layan makanan yang banyak tu. Daddy fen katanya pening tak tahu nak makan mana satu dulu. Ayah Zam ikut layan lagi makan untuk round yang ntah keberapa.
Tak lama masa fenfid makan makan, geng ronggeng sume balik ke chalet. Riuh dan gamat la suasana. Masing masing sambung lagi makan makan dan makan. Yang pasti...air dan ais laju je habis sebab cuaca sangat panas.
Anak anak sambil mandi manda...makan sate. Kali ni tokey satey balas dendam. Sebelum ni ramai yang komplen sate tak cukup. Nah kau...melantak sate sampai tak habis. Siap bungkus bawa balik. Untuk tokey sate aka ratu posing aan...hamba mewakili peminat sate (kecuali daddy fen je...tak minat sate katanya?? Tak perasan hamba berapa cucuk dia makan.) mengucapkan terima kasih daun keladi. Walau tak dapat hadir...sate tetap di hadirkan.
Sexytary untuk trip ronggeng kali ni...aka Zana. Dia tukang roger roger untuk pastikan orang ni bawa apa...orang tu bawa apa. Dia sendiri jadi pembekal buah buahan...punya la banyak di bawaknya...macam nak pergi berniaga kat pasar malam.
Antara peminat sate. Masa event makan makan sebelum ni...Ayah Zam antara yang tak dapat merasa sate...kali ni apa lagi....lepas geram la. katanya....lariiii.
Kat Kemensah ni...ada beberapa chalet. Yang geng ronggeng pergi ni namanya chalet jinbara. RM30 je untuk 1 chalet. Berdekatan dengan chalet chalet ni ada kolam buatan yang airnya di salurkan dari bukit. Airnya suam suam. Sebelah chalet pula ada sungai...yang airnya sejuk. So pengunjung boleh pilih nak mandi kolam atau sungai. Tempat untuk bbq juga di sediakan untuk setiap chalet.
Yang ni kat kolam. Boleh tahan besar kolam ni.
Yang ni pulak sungai. Ada beberapa spot...sungai tu di tahan airnya dengan batu...untuk membentuk kolam.
Tetiba pulak ratu posing aka mak yang jadi baby sitter.
Seronok kan main...anak anak dapat bermanja dengan Mak Yang. Melepas rindu katanya.
Kembar siam. Gitu la rupanya chaletnya.
Ibu lin dan tokey Pau aka Cik Siti aka Amah.
Spot fav ibu lin...senang nak capai food katanya. Ibu lin kononnya nak buat surprise besday untuk Abah Nuar...sekali...abah nuar kena kerja daaaa. Frust. Agaknya sebab tu kali ni food banyak tak habis. Abah nuar dengan Aan takde...siapa la yang antara mereka ni yang tukang perabih makanan selalunya? lariiiiii
Ni pula Daddy fen dan Ayah zam bawa the kids mandi kat sungai.
Hafiy yang tak nak masuk air sebab sejuk. Ayah zam la jadi mangsa kena dukung dia.
Masing masing ambik giliran untuk naik buaian gantung tu.
tinggi tu.
Adik pulak take turn.
Adam lepas tu. Abang macam biasa la....jadi pemerhati aje. Hamba tengok daddy fen mesti surrender sebab tak dapat angkat abang untuk naik buaian tu.
Mokre dan Ratu posing aka Mak Yang terpaksa balik awal. Ada hal katanya. Geng ronggeng yang lain...terus stay mandi manda makan makan.
Tukang perabih Pau. Asal sape tak habis je...pas kat dia. kah kah kah.
Daddy fen denganpau kacangnya. Dah nak dekat 5 biji pau di belahnya...baru jumpa pau kacang. Yang dot merah tu hamba tengok cam tak betul je. Pau kelapa pun ada dot tu. Tak kisahlah...janji sedap. Hamba dikhabarkan pau tu meletups...sume orang suke.
Lepas ni mana lak geng ronggeng ni nak meronggeng. Kita tunggu je la...hamba pun tak di beritahu lagi. Kita tunggu la sexytary khabarkan nanti bila dah confirm.
5 comments:
kat mana Kemensah ni...ampun kan hamba bertanya ok!...
fend, takut nya buai gantung tu....kalau kau yg gantung habis luruh pokok tu....sian!
Kemensah ni kat belakang Zoo Negara...dekat je. Dalam 10 minit drive from Zoo.
Aku naik buai tu...tapi gambar takde...Fid lupa nak snap...sebab diorang dok enjoy bergelakkan aku.
wah, kenapa tak khabar? kalau tak boleh kitorang join sekali mandi manda.. sekali harung isi borang geng ronggeng, ahli seumur hidup :P
izma...salah kan zamreen...tak khabar kat korang.
best nyer fend ....excited giler muka misha main air hehehe
Post a Comment